responsif teks foto

Isnin, 5 Julai 2021

Respon MB ke atas pekebun peneroka tanah secara Haram

 


RESPON RINGKAS YAB MENTERI BESAR PAHANG

MENGENAI ISU PENGUATKUASAAN KE ATAS PENCEROBOHAN TANAH KEBUN MUSANG KING DI RAUB


Mengenai isu penguatkuasaan ke atas pencerobohan tanah kebun di Raub ketika ini –

1. Ia tindakan bersepadu melibatkan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP), dengan mendapat kerjasama Polis.

2. Tempoh kerja-kerja penguatkuasaan bermula Sabtu, 3 Julai dan dijangka sehingga 2 Ogos 2021 atau selama kira-kira sebulan.

3. Operasi penguatkuasaan membabitkan kebun-kebun haram termasuk ditanami durian ‘Musang King’ dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Batu Talam, berkeluasan kira-kira 250 ekar atau 101.17 hektar.

4. Operasi penguatkuasaan termasuk menahan mana-mana individu/pekebun yang memasuki kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) Batu Talam tanpa kebenaran, dan turut menyita apa juga barangan dan kenderaan.

5. Semalam sahaja (Ahad, 4 Julai), 18 orang telah ditahan di Ibu pejabat Daerah (IPD) Raub untuk dibuat tahanan reman dan akan disiasat lanjut untuk diambil tindakan di bawah Akta Perhutanan Negara dan Kanun Keseksaaan.

6. Sebelum itu pada Sabtu, 3 Julai, empat (4) ditahan – menjadikan yang ditahan dalam tempoh dua (2) hari lepas – 22 orang.

7. Operasi penguatkuasaan ini ialah operasi penguatkuasaan biasa tetapi mendapat tentangan serta provokasi dengan kata-kata kesat dikeluarkan ke arah pegawai-pegawai dan kakitangan penguatkuasa.

8. Atas dakwaan kononnya operasi penguatkuasaan ini melanggar perintah Mahkamah Rayuan, ia sebenarnya tidak kerana kerja-kerja penguatkuasaan dilakukan di luar kawasan kebun durian yang dimaksudkan yang dimiliki oleh Royal Pahang Durian Resoruces PKPP Sdn Bhd.

9. Operasi penguatkuasaan ini serta kawasan dijalankan penguatkuasaan ialah setelah mendapat pandangan perundangan daripada Pejabat Penasihat Undang-undang (LA) Negeri yang sebelum itu telah merujuk kembali perkara ini ke Mahkamah Rayuan.

10. Saya berharap ini tidak dijadikan isu perkauman kerana sebelum ini, kerja-kerja penguatkuasaan kita turut dilakukan di Sungai Ichat (terdapat pekebun India) dan Lembah Bertam (pekebun Cina), Cameron Highlands; serta di Kechau, Lipis (pelombong emas Melayu).




Operasi Penguatkuasaan Hutan Simpan Kekal Batu Talam Raub.

 


KENYATAAN AKHBAR

Operasi Penguatkuasaan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Daerah Raub

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bersama-sama Agensi Kerajaan Negeri telah menjalankan Operasi Memusnahkan Kebun  Haram Durian yang telah diusahakan oleh Pekebun di sekitar Daerah Raub. Operasi ini yang mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah tertumpu disekitar kawasan HSK Batu Talam dengan anggaran keluasan 250 ekar. 

Operasi yang diadakan ini ialah tertumpu kepada tindakan memusnahkan kesemua tanaman durian yang telah ditanam secara haram oleh pekebun-pekebun ini dan disamping itu juga anggota Operasi akan membuat tangkapan keatas mana-mana individu atau pekebun yang memasuki kedalam kawasan HSK tanpa kebenaran dan akan menyita apa-apa jua barang dan kenderaan yang dibawa bagi apa-apa tujuan kedalam kawasan HSK. 

Sepanjang Operasi ini dijalankan, pihak Jabatan berdepan dengan keadaan provokasi oleh pekebun haram. Antara tindakan yang mereka lakukan ialah dengan membuat halangan kepada kenderaan Jabatan untuk keluar dan masuk ke kawasan ini serta menghalang anggota dari menjalankan tugas. Oleh itu beberapa laporan polis serta rakaman video telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan susulan. 

Untuk hari ni sahaja pihak Jabatan telah menahan seramai 18 orang yang disyaki pekebun haram kerana telah memasuki kawasan HSK tanpa kebenaran dan telah membuat provokasi yang melampau kepada anggota Jabatan. Kesemua 18 orang ini telah ditahan di IPD Raub untuk dibuat tahanan reman dan akan disiasat selanjutnya serta diambil tindakan dibawah peruntukan Akta Perhutanan Negara. 

Pegawai Penyiasat Jabatan akan menjalankan tugas-tugas siasatan selanjutnya bagi memastikan kesemua pekebun haram ini dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.

Sekian, 

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang




Ahad, 4 Julai 2021

Tidak ke Masjid Kerana Covid Tetap Beroleh Pahala

 

Para pengunjung tetap surau masjid tentu sangat terasa apabila tidak dapat lagi melakukannya sepertimana biasa disebabkan oleh Covid-19. Tentu ada kalangan mereka yang terasa seolahnya mereka kerugian pahala kerana tidak dapat ke masjid. Namun, sebenarnya tidak begitu. Rahmat Allah sangat luas memberikan pelbagai ruang berpahala kepada hambanya termasuk ketika sakit dan uzur. Kepada siapa yang menjadi pengunjung tetap masjid kemudian terhalang ke masjid kerana sakit dan sebagainya mereka tetap beroleh pahala ibadat tersebut. Apatah lagi mereka tidak ke masjid kerana arahan pemerintah bagi menjaga keselamatan nyawa rakyat dalam menghadapi bahaya Covid.


Dalilnya ialah Hadis Nabi (saw) buat mereka yang tidak keluar berjihad bersama Nabi saw disebabkan keuzuran bahawa mereka tetap beroleh pahala:

إنَّ بالمَدِينَةِ لَرِجَالًا ما سِرْتُمْ مَسِيرًا، وَلَا قَطَعْتُمْ وَادِيًا، إلَّا كَانُوا معكُمْ، حَبَسَهُمُ المَرَضُ.

وفي رواية : إلَّا شَرِكُوكُمْ في الأجْرِ.

Sesungguhnya di Madinah terdapat orang-orang yang mana kamu tidak berjalan satu perjalanan dan tidak kamu lalui satu lembah melainkan mereka bersama kamu (beroleh pahala). Mereka terhalang (hadir perang Jihad) kerana sakit".

Dalam satu riwayat Baginda bersabda "pasti mereka berkongsi dengan kamu pada pahala"

Hadis Sahih Muslim

Hadis ini disebut di hadapan para Sahabat yang bersama Nabi (saw) keluar berjihad.

Begitu juga mereka yang sakit atau bermusafir lalu tidak dapat mengamalkan ibadat yang selalu dilakukan secara istiqamah mereka tetap diberikan pahala.

Ini selaras dengan sabda Nabi (saw):

إِذَا مَرِضَ العَبْدُ، أوْ سَافَرَ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا.

"Apabila hamba itu sakit atau bermusafir dicatat baginya pahala seumpama apa yang selalu mereka lakukan ketika bermukim tidak musafir juga ketika sihat"

Hadis Sahih Bukhari

Maka usahlah bersedih kerana tidak mampu ke masjid kerana covid. Insyallah pahala tetap dijanjikan oleh Allah apabila ianya merupakan amalan kita yang istiqamah dilakukan sebelum covid berlaku. Malah mentaati pemerintah dalam hal sedemikian demi menjaga keselamatan nyawa rakyat pasti diberikan pahala tambahan pula.

Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

4hb Julai 2021


Sabtu, 3 Julai 2021

Perlukan Bantuan RM300 juta Pada Ahli Parlimen

 



SENARAI NOMBOR TELEFON PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT PARLIMEN DI NEGERI PAHANG.

KERAJAAN TELAH SEDIAKAN RM300,000 UNTUK SETIAP AHLI PARLIMEN (duit telah mula diagihkan semalam) bagi membantu rakyat dalam kawasan parlimen masing-masing yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Boleh sebarkan '#posting' ini bagi membantu penyampaian maklumat untuk orang ramai mendapatkan bantuan dari ahli parlimen masing-masing, selain inisiatif secara terus kerajaan Perikatan Nasional yang akan diterima orang ramai seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) serta Bantuam Khas Covid (BKC).

SENARAI AHLI PARLIMEN DAN NOMBOR TELEFON PUSAT KHIDMAT PARLIMEN.

SENARAI PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN MALAYSIA NEGERI PAHANG.



PAHANG   

P078 Cameron Highland
Ahli parlimen :YB TUAN RAMLI BIN DATO' MOHD NOR
Nombor Telefon Pusat Khidmat: 09-340 2433

P079 Lipis
Ahli parlimen :YB Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Mohamad
Nombor Telefon Pusat Khidmat: 09-3121545

P080 RAUB
Ahli Parlimen : YB TENGKU ZULPURI SHAH BIN RAJA PUJI
Nombor Telefon Pusat Khidmat:09-3551880

P081 JERANTUT
AHLI PARLIMEN: YB DATO HJ AHMAD NAZLAN BIN IDRIS
NO TELEFON PUSAT KHIDMAT : 09-2661936

P082 INDERA MAHKOTA
AHLI PARLIMEN: DATO' SAIFUDDIN ABDULLAH
NO TELEFON PUSAT KHIDMAT : 09-5750655

P083 KUANTAN
AHLI PARLIMEN: YB PUAN FUZIAH BINTI SALLEH
NO TELEFON PUSAT KHIDMAT : 09-5130518

P084 PAYA BESAR
AHLI PARLIMEN: YB TUAN MOHD SHAHAR BIN ABDULLAH
NO TELEFON PUSAT KHIDMAT : 03-8882322

P085 PEKAN
AHLI PARLIMEN: YB DATO' SRI NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
NO TELEFON PUSAT KHIDMAT : 09-421 1030

P086 MARAN
AHLI PARLIMEN: YB DATO' SRI DR HAJI ISMAIL BIN HJ ABD MUTALIB
NO TELEFON PUSAT KHIDMAT : 03-88915027

P087 KUALA KRAU
AHLI PARLIMEN: YB DATO' SRI DR HAJI ISMAIL BIN HAJI MOHAMED SAID
NO TELEFON PUSAT KHIDMAT : 03-88868625

P088 TEMERLOH
Ahli Parlimen : YB DATUK WIRA HAJI MOHD. ANUAR MOHD. TAHIR
Nombor Telefon Pusat Khidmat: 09-2902380

P089 BENTONG
AHLI PARLIMEN: YB WONG TUCK
NO TELEFON PUSAT KHIDMAT : 09-2211813

P090 BERA
AHLI PARLIMEN: YB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
NO TELEFON PUSAT KHIDMAT : 09-2507272

P091 ROMPIN
AHLI PARLIMEN: YB DATO' SRI HASAN BIN ARIFIN
NO TELEFON PUSAT KHIDMAT : 094521177


Sila Ambil Perhatian Kepada Semua Rakyat Malaysia Yang Mermelukan Bantuan Boleh Hubungan No Telefon Penyelaras Parlimen.


Jumaat, 2 Julai 2021

Maksud N.P.K dalam Baja

 


APA MAKSUD BAJA NPK.. ?

1. Ramai pekebun menggunakan baja butiran yang tertera tulisan NPK pada bungkusan:15-15-15 atau 12-12-17. 

2. Maksud NPK 
N bermaksud Nitrogen : Baja untuk daun
P bermaksud Posphorus: Baja untuk akar
K bermaksud Kalium (Potassium) : Baja untuk buah/bunga

3. Jika pada baja  NPK 12-12-17, bermaksud mempunyai kandungan: 
Nitrogen:12%, 
Posphorus:12% 
Kalium (Pottasium):17%. 

4. NPK 12-12-27, jika dijumlahkan semuanya baru 51%. Ini kerana lebihan 49% tersebut adalah bahan lengai ataupun 'filler' yang digunakan bagi memegang dan mengurangkan 'kepanasan' setiap komponen tersebut. Jika peratusan setiap komponen tersebut digunakan 100%, ia akan menjadi merbahaya pada pokok dan mengakibatkan kesan terbakar.

5. Contohnya, Baja Urea, bacaan label pada beg adalah 46-0-0. Ini bermakna Urea hanya mempunyai komponen Nitrogen sebanyak 46% dan tiada Posphorus atau kalium (Baja Daun).

6. Pembajaan untuk tumbesaran : Baja nilai N yang tinggi ataupun NPK yang SAMA seperti 15-15-15 atau 16-16-16 atau 18-18-18

7. Untuk akar yang kuat : Baja yang nilai P yang tinggi. Seperti CIRP (Christmas Island Rock Phosphate) Kandungan P adalah 28%-32%

8. Untuk kualiti Buah & Bunga : Baja yang nilai K yang tinggi. Seperti PN (Potassium Nitrat) di mana kandungan K adalah 46%

9. Kita perlu merancang untuk TUMBESARAN POKOK yang baik dengan memberi baja 15-15-15 atau 16-16-16 atau 18-18-18.

10. Apabila tiba masa BERBUNGA atau BERBUAH, ubah pula baja kepada 12 -12 -17 + Magnesium+Trace Elemen (TE)
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat..


Dapatkan Baja Power 

https://invol.co/cl4p58x


Formula Baja Power



Khamis, 1 Julai 2021

Kontroversi Khoo Kay Kim

 


SIRI TAHUKAH ANDA? 

Kenyataan kontroversi Tan Sri Khoo Kay Kim :

1. Satu aliran pendidikan di Malaysia sahaja
2. Komunis bukan pejuang kemerdekaan
3. Malaysia tidak pernah dijajah British sepenuhnya
4. Hang Tuah dan Hang Li Poh tidak pernah wujud
5. Tiada Pendatang di kalangan orang Malaysia

Kredit : Apek Cina 


Lagi RM6.03 juta bantu rakyat Pahang

 


KENYATAAN MEDIA MENTERI BESAR PAHANG
 
Lagi RM6.03 juta bantu rakyat Pahang terkesan COVID-19
Lanjutan kepada sumbangan menerusi Bantuan Prihatin Pahang (BPP) COVID-19 secara bersasar Fasa 1 dan Fasa 2 bernilai RM17.10 juta sebelum ini, sukacita saya umumkan bantuan lagi RM6.03 juta di bawah Fasa 3 pula.
 
Bantuan ini dalam bentuk pengagihan bakul makanan yang terdiri daripada pelbagai bahan makanan keperluan harian, kepada mereka yang terlibat.
 
Di bawah Fasa 3 ini, tumpuan ialah kepada pelbagai golongan rakyat lagi termasuk kumpulan penjaja yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agihan akan diuruskan oleh PBT-PBT berkaitan.
 
Turut akan menerima bantuan di bawah Fasa 3 ini ialah nelayan yang berdaftar di Pahang serta operator dan pekerja kantin dan dewan makan asrama sekolah.
 
Selain itu, bantuan kali ini juga ialah tambahan kepada bantuan sama yang telah disalurkan sebelum ini menerusi Pusat-Pusat Khidmat Dewan Negeri, bagi menampung keperluan mana-mana golongan/individu yang sangat terkesan dengan COVID-19.

Dengan bantuan di bawah Fasa 3 selain Fasa 1 dan 2 sebelum ini bermakna, Kerajaan Negeri berbelanja kira-kira RM23.13 juta menerusi BPP COVID-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula 12 Mei 2021.

Keputusan Kerajaan Negeri menambahkan lagi bantuan ini ialah kerana sikap mengambil kisah dan mengambil beratnya ke atas masalah rakyat hadapi khususnya yang terkesan teruk dengan COVID-19 serta arahan-arahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi membendungnya.

Sungguh pun bantuan ini dianggap kecil bagi sesetengah pihak namun kepada yang benar-benar terkesan, ia tentu sesuatu yang melegakan dan Kerajaan Negeri bersyukur dapat turut meringankan beban mereka.
 
Sesungguhnya juga - bak kata perbilangan; sedikit tanda ingat, banyak tanda ada.

DATO’ SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang
1 Julai 2021



AddToAny