responsif teks foto

Ahad, 5 Februari 2023

Tapak Rumah untuk dijual



 


Iklan tapak rumah untuk dijual

Kawasan : Kampung. Durian Sebatang

Mukim : Dong

Keluasan tanah : Suku ekar

Jumlah lot untuk dijual : 4 lot sahaja

Bentuk muka bumi : Tanah Pamah

Harga : RM 55k

Cara bayaran : Tunai (nego sampai jadi)

Berdekatan dengan rumah penduduk dan pelbagai fasiliti. Jalan tar sehingga tanah. Kawasan bebas banjir.

Call@Whatsap 019 - 770 7940
- Wan -

Sabtu, 4 Februari 2023

Apa dia Mikroorganisma EM4

 



Dalam menjalankan proses penapaian bahan organik, peranan bioaktivator tidak dapat dipisahkan. Bio activators, juga dikenali sebagai Mikroorganisma Berkesan, adalah koleksi jenis mikro tertentu, yang berfungsi dalam proses penapaian atau pemecahan bahan organik supaya ia boleh digunakan sebagai nutrisi tambahan untuk tumbuhan kita.

Dalam video ini, pegawai pertanian memberikan kaunseling tentang bentuk bakteria pereput poc atau baja organik sama ada padat dan cecair iaitu em4. Di tengah-tengah harga baja kimia yang mahal, baja organik menjadi alternatif, kerana selain harga yang agak berpatutan, ia juga dapat menambah baik tanah pertanian kita yang semakin berkurangan kualitinya akibat penggunaan bahan kimia yang berterusan. dan sekali lagi, hasilnya tidak kurang baik daripada penggunaan baja kimia. jadi semoga melalui video ini rakan-rakan petani mendapat maklumat yang berguna.

Rabu, 25 Januari 2023

Jam Azan Digital

 


JAM AZAN DIGITAL CLOCK STOK READY !!! JAM SOLAT TAKWIM Jam Azan Taqwim PTIME PROMAS IMAN BUATAN

SPESIFIKASI JAM

Model P1 - P9

Saiz 15 " x 12" ( Dengan Bingkai)

Paparan LED 0.56" ( Merah )

Penggera Bunyi 'BIP'. Zikir & Azan Mekah

Aksesori Adaptor 240VAC / 5VDC 1A. Manual Pengguna.

Memori SD card

WAKTU SOLAT YANG TEPAT
Waktu solat rasmi dari JAKIM dan Jabatan Mufti.

4 FUNGSI BUNYI
* Bacaan quran 10 minit sebelum azan
  • Subuh (Al Waqiah)
  • Zuhur (Ayat-ayat lazim)
  • Asar (Ar Rahman)
  • Magrib (Al Mulk)
  • Isyak (Yassin). 18 minit sebelum Isyak.
  • Syuruk (AL kahfi 10 ayat awal dan akhir)
  • Dhuha : Surah Dhuha, Doa Dhuha & Selawat Tafrijiyah.
Pengguna boleh SET tambahan bacaan RUQYAH selama 1 jam lebih.

* "BEEP" semasa masuk waktu solat
* Azan penuh setelah "BEEP"
* Zikir pendek tepat setiap jam
* Ada kawalan bunyi

Volume zikir automatik perlahan antara 11pm dan 5am.

PAPARAN TARIKH MASIHI / HIJRAH
Tarikh yang dipaparkan berselang seli selama 10 saat antara masehi dan hijrah

BATERI SOKONGAN
Jika berlaku blackout, tak perlu setkan balik waktu/tarikh semasa.

HIASAN BERMANFAAT

Dilengkapi hiasan kaligrafi islam
Jam jenama PTIME banyak digunakan di Masjid-masjid dan Surau-surau seluruh Malaysia

HADIAH / CENDERAHATI
Hadiah untuk ibubapa, perkahwinan dan persaraan


Dapatkan Sekarang : https://invl.io/clfy52j



Khamis, 19 Januari 2023

Masalah Gearbox..? cegah sebelum parah.

 


  • Masalah Pressure Leak / Low Pressure
  • Gear Jadi Delay @ Lambat Masuk / Termenung Ketika Waktu Sejuk @ Starting
  • Meraung/Menyentap @ Lambat Masuk Semasa Pertukaran Ke Gear Lebih Tinggi
  • Masuk D dan R Menyentap
  • Masalah Jerking
  • Gearbox Terasa Berat Atau Tidak Lancar
  • Gear Terasa Ketat Untuk Gearbox Manual @ AMT Gearbox

✅ Rawatan Melembutkan Oil Seal Dalaman Gearbox Dan Meningkatkan Semula Tekanan Bendalir Dalam Transmisi Auto

✅ Minimum Kos @ Mengelakkan Kos Belanja Yang Tinggi

✅ Boleh Menggunakan Treatment E3 GearBox Untuk Mencegah ATAU Merawat Kerosakan Awalan Ini sebelum LEBIH PARAH @ SEMAKIN TERUK

✅ Sudah Menjalani Proses RnD Yang Menyeluruh Dan Diuji Keberkesanannya ,



Dapatkan Sekarang :  https://invl.io/clfv8cg


CARA-CARA KEGUNAAN

✅ Boleh Masukkan Sendiri Terus Melalui Dipstick Pada Gearbox (Bagi Model Kereta Yang Ada Dipstick)
Bagi Model Yang Tiada, Mesti Masukkan Di Workshop

✅ Tidak Perlu Tukar Minyak Auto Jika Keadaan Minyak Masih Baik dan Baru. Boleh Terus Topup Sahaja. Pastikan "Check Level" Sukatan Minyak Gearbox Dengan Betul ( Boleh Rujuk Workshop )

✅ Mesti Wajib Tukar Minyak Baru Dahulu Jikalau Minyak Sudah Kotor @ Milage Servis Sudah Hampir Atau Sudah Cukup Tempoh. Boleh Masukkan E3 GearBox Semasa Buat Servis. Pastikan Filter Auto Juga Ditukar Baru

✅ Cubaan Rawatan Awalan Mesti 2 Botol Minimum Untuk Kereta Biasa/Sedan 1000 - 2000 CC Bagi Tujuan Kesan Yang Lebih Efektif

✅ 3 @ 4 Botol Minimum Rawatan Awalan Untuk Kereta Yang 2400 CC Ke Atas Seperti SUV , MPV , Estima, Alphard , Bmw , Merc , Audi , Porshe, Supercar dan Juga 4x4

[PENTING] SILA TENTUKAN QUANTITY ORDER MENGIKUT KEADAAN DAN KAPASITI KERETA SEPERTI DIATAS UNTUK RESULT YANG TERBAIK.


PERHATIAN 

E3 GearBox Bukan Minyak AJAIB @ MAGIC OIL ‼

Tempoh Rawatan Awalan 1 - 4 Minggu. Mesti Dipandu Setiap Hari Kereta Tersebut. Ada Juga Kesan Secepat 1@2 Hari , Bergantung Pada Tahap Masalah Atau Kerosakkan

‼Jika Berlaku Masalah Gearbox, Hanya 3 Pilihan Sahaja
Tukar Gearbox Second, Recond dan Baru
  • Repair @ Overhaul Gearbox Dengan Pakar-Pakar Gearbox
  • Cuba Rawatan Awalan E3 GearBox Treatment.
1 Bottle 130ml

Ps : Boleh campur combo 2 Botol DECARBONIZER + 2 Botol Gearbox Treatment . Klik Decarbo + Gearbox

Dapatkan Sekarang :  https://invl.io/clfv8cg




Ahad, 15 Januari 2023

Jalan raya sebelum Perang Dunia Kedua

Dibina pada 1939


Setelah 65 tahun negara mencapai kemerdekaan, jalan lama Maran-Jerantut-Benta Lipis sejauh kira-kira 180 kilometer yang dibina pada 1939 iaitu sebelum Perang Dunia Kedua tahun 1941 hingga 1945 masih tetap digunakan.

Ini dibuktikan apabila sebuah jambatan di Sungai Kepung, berdekatan Felda Sungai Tekam, Jerantut dekat sini yang turut dibina pada 1939 masih digunakan oleh penduduk yang melalui jalan berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, jalan itu merupakan ‘lebuh raya’ terawal yang dibina penjajah British dari Pekan melalui Maran-Jerantut-Lipis-Batang Kali ke Kuala Lumpur bagi tujuan pentadbiran dan mengangkut hasil Pahang ke Pelabuhan Port Swettenham (Pelabuhan Klang).

Ironinya, jalan yang sama pernah dilalui Sultan Pahang keempat, Almarhum Sultan Sir Abu Bakar pada 16 Ogos 1945 dari Pekan ke Kuala Lipis yang ketika itu pusat pentadbiran negeri untuk mengadakan pertemuan dengan Gabenor Pemerintah Tentera Jepun bagi negeri Pahang.

Almarhum Sultan Sir Abu Bakar bersama rombongan melalui jalan itu yang dikenali pekan Tong Kiat atau kini Sungai Jerik. Jalan tersebut tetap dalam keadaan asal walaupun ada cadangan untuk melebarkan laluan tersebut kira-kira 30 tahun lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Kampung Anggerik Jengka Satu, Abdullah Ani, 65, berkata, rujukan buku ‘Peristiwa Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Di Ladang Ng Tong Kiat Pada Tahun 1945’ oleh Ungku Nazaruddin, Lembaga Muzium Negeri Pahang membuktikan jalan terbabit mempunyai nilai sejarah tersendiri.

Menurutnya, jalan tersebut sempit dan bengkang-bengkok yang berbahaya kepada kenderaan khususnya pada waktu malam, tetapi terpaksa juga digunakan oleh pengguna kampung tradisional dan Felda kerana tiada pilihan untuk urusan harian.

“Laluan jalan ini ternyata penting kepada pengguna dari Maran atau Kuantan sebagai jalan pintas ke Jerantut dan Lipis. Terdapat juga destinasi pelancongan Lubuk Yu, Lubuk Ujid dan Kuil Sri Marathandavar yang menjadi tumpuan penganut Hindu,” katanya di sini semalam.

Terdapat tiga fasa projek menaik taraf jalan dengan meluruskan jalan yang bengkang-bengkok di laluan berkenaan iaitu dari Simpang Maran-Kampung Batu 55, Simpang Jengka 8-Jerantut dan dari Bandar Jerantut ke Kampung Lata Kasah.

Seorang pengguna, Nor Minah Abd. Rahman, 53, dari Felda Ulu Jempol berkata, projek menaik taraf jalan itu tidak menyeluruh kerana banyak lagi kawasan dalam keadaan asal seperti dari Batu 55 Jalan Maran ke perkampungan Asli Sungai Bangkong, jalan ke Benta dan lain- lain.

“Projek terkini sedang dilaksanakan kerajaan iaitu menaik taraf jalan laluan berkenaan dari Simpang Felda Jengka 8 ke Kampung Sungai Bangkung,” katanya.

Seorang penduduk Felda Sungai Tekam, Mohamad Roziman, 54, berkata, jika diimbau sejarah lampau, Jalan Maran-Jerantut-Benta ini dibina sekitar 1918 bagi menghubungkan Kuala Lipis yang ketika itu menjadi ibu negeri ini dengan bandar diraja Pekan.

“Jalan ini dibina sebelum merdeka dan sehingga ke hari ini ia masih digunakan penduduk kampung tempatan kerana terpaksa menggunakan jalan ini terutama penduduk sekitar menjual hasil pertanian,” katanya.

Penduduk Kampung Budu, Lipis Rosmini Razif, 53, berharap kerajaan dapat menyediakan peruntukan khas menaik taraf jalan ini yang membabitkan banyak kampung tradisional antaranya Kampung Damak, Som, Batu Balai, Sempadan dan Kampung Tanjung Besar.

“Mereka pertama kali akan merasai situasi seperti melalui jalan ke Bukit Fraser yang bengkang-bengkok. Seolah-olah negara masih di bawah penjajah,” katanya.

Tambahnya, kerajaan perlu adil menaik taraf keseluruhan laluan ini yang membabitkan beberapa daerah seperti Maran, Jerantut, Lipis, dan Bentong tanpa pilih kasih. – UTUSAN

Kredit Utusan Malaysia

 

Jumaat, 13 Januari 2023

Menyelesaikan Tanah runtuh dari Banjir dan Hujan lebat







Tanah runtuh! Banjir!!!! Hujan lebat yang berterusan di Malaysia menyebabkan bencana ini berlaku dengan lebih kerap. Kami tidak boleh menghentikan hujan tetapi kami boleh mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan kerosakan.

Semua kerja keras dalam membina infrastruktur musnah dan berjuta-juta dolar adalah kerugian akibat bencana ini.

Dengan Sangkar Gabion, kini kami dapat menstabilkan cerun yang terdedah kepada tanah runtuh.

# Gabion Cage menguatkan rasa selamat anda.
Gabion terdapat dalam 2 jenis, dawai PVC atau wayar GI (bergalvani)

(3X1X1 , 2X1X1 , 1X1X1)
  • Penyelesaian kos rendah
  • Sebarkan dengan Mudah dan Pasang dengan cepat
  • Sangat Tahan Lama dan Fleksibel (Kekuatan Tegangan Kuat)
  • Boleh Menahan iklim melampau
  • Kemudahan pengangkutan & tiada kesan buruk terhadap alam sekitar
ok, tak guna cakap banyak, tekan "Send Message" di bawah untuk hubungi saya segera bagi menyelamatkan banyak masalah dari awal hingga akhir👇👇

Feel free to contact us on other products!

Mr Eugene : 019-6575865

Office : 06-9789899

Location : Lot 16609, Taman Tangkak Jaya, 84900, Tangkak Johor

Kredit : Ophir Steel - Security Fencing


Khamis, 12 Januari 2023

Lebuhraya CSR: Ladang Selborne Padang Tengku, Kuala Lipis


 Progres Terkini Central Spine Road

Pembinaan Lebuhraya Central Spine Road (CSR) antara Kuala Krai, Kelantan hingga ke daerah Bentong dijadual siap sepenuhnya pada 2026.

Projek keseluruhan Lebuhraya CSR sejauh 350 kilometer tanpa tol dengan kos keseluruhan bernilai kira-kira RM8.7 bilion itu melibatkan enam fasa dengan empat daripadanya sejauh lebih 200 km terletak di dalam Pahang manakala selebihnya terletak di Kelantan.
  • Fasa Pertama: Kuala Krai ke Jambatan Sungai Lakit sejauh 47km
  • Fasa Kedua: Jambatan Sungai Lakit ke Gua Musang sejauh 59km
  • Fasa Ketiga: Gua Musang ke Kampung Relong, Pahang 92.5km
  • Fasa Keempat: Kampung Relong ke Raub 50km
  • Fasa Kelima: Raub ke Bentong 54km
  • Fasa Keenam: Bentong ke Simpang Pelangai 47.5km
Pembukaan Bentong Bypass dapat mengurangkan kesesakan di jalan persekutuan sedia ada di bandar Bentong selain meningkatkan kebolehcapaian serta menjana ekonomi di kawasan Pahang Barat termasuk sektor pelancongan dan industri kecil dan sederhana.

Selain membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi, pembinaan lebuh raya itu juga membantu mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di bandar Bentong pada musim perayaan dan cuti sekolah ekoran pertambahan kenderaan menuju ke Kelantan.

Pada November 2020, kerajaan memaklumkan lebuhraya CSR ini dijangka bakal siap sepenuhnya pada tahun 2025. Namun disebabkan pandemik, projek ini telah tertunda selama setahun.

Kredit : Fawwaz Media


AddToAny