responsif teks foto

Khamis, 12 Januari 2023

Lebuhraya CSR: Ladang Selborne Padang Tengku, Kuala Lipis


 Progres Terkini Central Spine Road

Pembinaan Lebuhraya Central Spine Road (CSR) antara Kuala Krai, Kelantan hingga ke daerah Bentong dijadual siap sepenuhnya pada 2026.

Projek keseluruhan Lebuhraya CSR sejauh 350 kilometer tanpa tol dengan kos keseluruhan bernilai kira-kira RM8.7 bilion itu melibatkan enam fasa dengan empat daripadanya sejauh lebih 200 km terletak di dalam Pahang manakala selebihnya terletak di Kelantan.
  • Fasa Pertama: Kuala Krai ke Jambatan Sungai Lakit sejauh 47km
  • Fasa Kedua: Jambatan Sungai Lakit ke Gua Musang sejauh 59km
  • Fasa Ketiga: Gua Musang ke Kampung Relong, Pahang 92.5km
  • Fasa Keempat: Kampung Relong ke Raub 50km
  • Fasa Kelima: Raub ke Bentong 54km
  • Fasa Keenam: Bentong ke Simpang Pelangai 47.5km
Pembukaan Bentong Bypass dapat mengurangkan kesesakan di jalan persekutuan sedia ada di bandar Bentong selain meningkatkan kebolehcapaian serta menjana ekonomi di kawasan Pahang Barat termasuk sektor pelancongan dan industri kecil dan sederhana.

Selain membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi, pembinaan lebuh raya itu juga membantu mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di bandar Bentong pada musim perayaan dan cuti sekolah ekoran pertambahan kenderaan menuju ke Kelantan.

Pada November 2020, kerajaan memaklumkan lebuhraya CSR ini dijangka bakal siap sepenuhnya pada tahun 2025. Namun disebabkan pandemik, projek ini telah tertunda selama setahun.

Kredit : Fawwaz Media


Tiada ulasan:

AddToAny