responsif teks foto

Rabu, 11 Januari 2023

Bantuan Banjir Negeri Pahang

 

KERAJAAN NEGERI PAHANG SALUR BANTUAN WANG IHSAN KEPADA MANGSA BANJIR

Kerajaan Negeri Pahang menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bermesyuarat pada hari ini telah bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir yang terlibat dalam bencana itu baru-baru ini.

Bantuan Wang Ihsan ini disalurkan kepada 802 ketua isi rumah (KIR) yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di mana setiap KIR akan menerima sumbangan berjumlah RM1,000.

Bantuan ini akan diserahkan kepada penerima selewat-lewatnya pada 16 Februari 2023.

Bantuan ini merupakan peruntukan awal yang disalurkan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berjumlah RM1 juta kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.

Sepanjang tempoh Monsun Timur Laut yang berlaku baru-baru ini, tujuh daerah di Pahang telah terlibat dengan kejadian banjir iaitu Lipis, Jerantut, Raub, Temerloh, Bera, Kuantan dan Pekan.

Saya berharap mereka yang menerima Bantuan Wang Ihsan ini dapat menggunakan sumbangan ini untuk membeli barang keperluan dan perkakasan bagi mengurangkan beban yang ditanggung.

Saya juga berdoa semoga kita semua dilindungi oleh Allah SWT daripada segala musibah dan juga bencana.

Kredit FB: Wan Rosdy bin Wan Ismail



Tiada ulasan:

AddToAny