responsif teks foto

Rabu, 24 Januari 2024

FGV Melancarkan Bahan Penanaman Kelapa Sawit Toleran Ganoderma Pertama di Malaysia

 


Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) melalui anak syarikatnya, Felda Agricultural Services Sdn Bhd (FASSB) hari ini melancarkan dua produk inovatif baharu, YangambiGT1 dan PalmaShield yang mampu mencegah serangan ganoderma yang merupakan antara ancaman utama dalam industri kelapa sawit.

YangambiGT1 ialah benih minyak sawit pertama di Malaysia dengan keupayaan bertolak ansur terhadap serangan ganoderma manakala PalmaShield adalah agen kawalan bio daripada spesies Trichoderma asperellum.

Ganoderma adalah kulat yang menyebabkan penyakit reput batang basal pada pokok kelapa sawit. Pada masa ini, 4% atau 60,000 hektar daripada keseluruhan ladang kelapa sawit di Malaysia telah diserang ganoderma dengan anggaran kerugian industri kira-kira RM1.5 bilion.

Jumlah kawasan yang dijangka terjejas oleh ganoderma akan meningkat kepada kira-kira 450,000 hektar, bersamaan dengan kira-kira RM11.25 bilion menjelang tahun 2020.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Dato’ Zakaria Arshad berkata, Kluster Perkhidmatan R&D dan Agri mengambil masa hampir 10 tahun untuk membangunkan bahan tanaman baharu, YangambiGT1 yang merupakan pendekatan jangka panjang terbaik untuk menyelesaikan serangan ganoderma.

“PalmaShield mempunyai keunikan tersendiri kerana ia merupakan agen kawalan biologi yang perlu diaplikasikan sekali ketika anak benih ditanam berbanding produk lain di pasaran yang berasaskan bahan kimia dan perlu digunakan semula pada selang masa tertentu.
Inovasi baharu itu tidak menggunakan sebarang bahan kimia yang boleh membahayakan alam sekitar dan selaras dengan komitmen Kumpulan untuk melaksanakan amalan mampan dalam setiap operasi perniagaan,” katanya.

FGV menjangkakan jualan 30,000 anak pokok YangambiGT1 pada 2016 dan meningkat kepada 100,000 anak pokok menjelang 2017. Pada masa ini, FGV memiliki 43% bahagian pasaran tempatan menerusi produk bintangnya, jenama Yangambi ML161. Bagi PalmaShield, FGV menjangkakan jualan sebanyak 300 tan setahun dengan anggaran nilai RM5 juta.

Pada masa ini, FGV adalah satu-satunya pengeluar benih toleran ganoderma di Malaysia iaitu YangambiGT1. Penemuan tanaman tahan penyakit ini secara tidak langsung akan mengukuhkan keyakinan pelanggan terhadap jenama Felda Yangambi.

PalmaShield ialah biokawalan kuat berasaskan kulat yang mengandungi bahan aktif (Trichoderma Asperellum M103) untuk mengawal ganoderma. Uniknya, strain Trichoderma berasal dari tanah subur yang terletak di ladang kelapa sawit di Sungai Tekam, Pahang dan telah diuji keberkesanannya di tapak semaian pada tahun 2014 dan 2015.

Khamis, 18 Januari 2024

Moh Karnival Makmur Daerah Lipis.

 

MOH KARNIVAL MAKMUR DAERAH LIPIS
 
TARIKH : 26/ Jan 2024 - 28 Jan 2024

HARI : JUMAAT HINGGA AHAD

MASA : 8 PAGI HINGGA 10 MALAM

LOKASI : DATARAN ORANG KAYA HAJI LIPIS , PAHANG

MOH KE KARNIVAL MAKMUR DAERAH LIPIS PELBAGAI AKTIVITI AKTIVITI , PAMERAN , RAWATAN DAN PELBAGAI LAGI !!



Isnin, 8 Januari 2024

Skim Makmur Ternak 2024

 


MAKLUMAN HEBAHAN BAGI PERMOHONAN PROGRAM SKIM MAKMUR TERNAK NEGERI PAHANG TAHUN 2024

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Skim Makmur Ternak Negeri Pahang di buka untuk permohonan bagi tahun 2024. Ianya, bertujuan membantu penternak bagi mengekalkan sumbangan mereka dalam pengeluaran daging ruminan tempatan, disamping mensasarkan peningkatan pendapatan bagi golongan penternak. Skim Makmur Ternak mempunyai dua insentif Geran Pemadanan untuk bekalan induk/baka ternakan (nilai maksima RM10,000.00/individu) memerlukan pemohon untuk menanggung kos 10% daripada jumlah nilai ternakan dan Geran Penuh bagi bantuan input ladang/bahan binaan pembaikkan kandang dan infrasturktur ladang (nilai maksima RM5,000.00/individu).

Sehubungan dengan itu, borang permohonan Skim Makmur Ternak DVS/SMT01 akan dipaparkan di facebook jabatan. Untuk makluman, permohonan ini akan dibuka bermula pada 8 Jan 2024 sehingga 12 Feb 2024.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pegawai kami Pn Amnani binti Aminudin di talian 09-5171090. Kerjasama dan perhatian YBrs./Tuan/Puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.





Jumaat, 5 Januari 2024

Kursus Pertanian Negeri Pahang 2024





KURSUS PERTANIAN UMUM ANJURAN JABATAN PERTANIAN NEGERI PAHANG
 
Dilampirkan jadual Kursus Petani/ Orang Awam Dan Usahawan IAT bagi tahun 2024. Terbuka kepada peserta yang mendaftar awal bagi setiap kursus yang bakal berlangsung.
Hebahan setiap kursus yang bakal berlangsung akan dilakukan melalui media sosial rasmi Jabatan Pertanian Negeri Pahang.

Antara lokasi perlaksanaan kursus :

a. Akademi Usahawan Tani, Maran (09-2987360)
b. Pusat Latihan Pertanian Pintu Padang, Raub (09-3556828)
c. Pusat Latihan Pertanian Inderapura, Kuantan (09-5341071)
Sebarang pertanyaan berkaitan kursus boleh menghubungi Seksyen Latihan Jabatan Pertanian Negeri Pahang di talian 09-5733133.

Jabatan Pertanian Negeri Pahang



Sabtu, 23 Disember 2023

Bantuan Usahawan Pahang(i-PUSH)


PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN KEWANGAN USAHAWAN NEGERI PAHANG (i-PUSH) FASA 3

Tarikh permohonan akan dibuka dari 1 Januari 2024 hingga 31 Januari 2024.
Permohonan boleh dibuat di 


 

Rabu, 6 Disember 2023

Berkhatan peringkat Daerah Lipis 2023.

 


MOH BUNTATT!!! BERKHATAN PERINGKAT DAERAH LIPIS seperti berikut :-
  • 16 Disember 2023 Sabtu
  • 7.30 Pagi - 6.00 Petang
  • MASJID TENGKU ABDULLAH PADANG TENGKU
https://maps.app.goo.gl/Vf7FhQ18uG25pqbUA

GOLONGAN ASNAF SECARA PERCUMA

2. Pihak penganjur masih membuka penyertaan seramai 100 PESERTA DENGAN KADAR YURAN PER INDIVIDU RM30 SAHAJA

3. Tarikh Tutup Penyertaan Selewat-lewatnya Pada 13 DISEMBER 2023/RABU

4. Sebarang pertanyaan dan urusan pendaftaran boleh terus hubungi sdr ridzhuan di talian 018-9103770

SANGAT RUGI KALAU LEPASKAN PELUANG BEGIITUUU JER

DAFTAR SEKARANG

Klik link d bawah

www.wasap.my/60189103770/DaftarBerkhatanLipis

Yang menjalankan amanah,
Muhamad Ridzhuan Bin Nor Hamidi
Penyelaras Program,

Pengerusi,
Kelab Belia Masjid Padang Tengku(KBMPT)
2 Disember 2023|Sabtu

Isnin, 4 Disember 2023

Plug elektrik guna USB

 


Dah boleh campak kepala charger yang korang pakai tu...‼️

Asik berebut je Suami isteri, pastu hilang tak tentu pasal. Tukar je plug jenis ni, terus ada USB type C dengan A, cas direct terus 

Tengoklah  weh harga dia Murah je pun 

Pasang Sendiri


HIGH QUALITY 18W 3.0 USB Type-C Plug FAST CHARGE UK 13A USB C Wall Socket Electrical Outlet with USB




AddToAny