Ahad, 12 November 2017

"Sudah Jatuh ditimpa Tangga..."

Firdaus, 12, dan adik bongsunya, Syafiqah, 3 tahun tinggal bersama adik beradiknya (7 orang adik beradik) yang lain di rumah peninggalan arwah ayah mereka di Kampung Tembeling, Berchang.
Dikala waktu ini, ibunya berada di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan difahamkan atas sebab masalah kencing manis dan jantung. Dikala waktu ini juga kakak sulung mereka berada di Hospital Kuala Lipis difahamkan juga atas sebab kencing manis.
Mereka hanya bergantung kepada bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM400 sebulan dan pendapatan kakak mereka (anak ke-2) yang bekerja di ladang timun Kampung Berchang. Kakak mereka ini (anak ke-2) telahpun berkahwin dan tinggal bersama mereka.
Adik beradik mereka yang lain (anak ke-3, 4 & 5) masing-masing masih bersekolah di tingkatan 3, 4 dan 6 di sekolah menengah dalam daerah Lipis dan hal ini menyebabkan Firdaus terpaksa berkorban untuk tidak ke sekolah (bermula selepas peperiksaan UPSR) demi menjaga adiknya di rumah.
Lawatan YB Dato' Mustapa Long, ADUN Padang Tengku dan rombongan dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Lipis lewat tengah hari tadi sedikit sebanyak membantu memberi penyelesaian kepada mereka.
Mari kita sama-sama doakan agar keluarga ini dipermudahkan segala kesulitan agar dapat menjalani kehidupan yang lebih baik. Aamiin.


Tiada ulasan: