responsif teks foto

Khamis, 31 Januari 2008

Banguanan Bersejarah 5: Banguan Residen


BANGUNAN RESIDEN (Rumah Rehat Bukit Residen, Kuala Lipis)

Bangunan ini telah dibina pada tahun 1922 iaitu di puncak bukit tertinggi di Kuala Lipis sebagai rumah kediaman Residen Inggeris. Penghuni pertama bangunan ini ialah Hugh Cliford, ‘Supritendint’ of Ulu Pahang. Selepas beliau, residen-residen Inggeris yang lain terus menduduki bangunan ini sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1942 hingga 1945. Pada tahun 1958 hingga 1965, bangunan ini dijadikan sebagai asrama murid-murid lelaki Sekolah Cliford. Asrama Bukit Residen ini telah ditutup pada pada 31 Disember 1965. Rumah ini terbiar kosong sehingga tahun 1983 sebelum ia dijadikan rumah rehat kerajaan. Pada 1 Disember 1985, sudut Muzium Lipis telah diwujudkan di sini untuk mempamerkan bahan-bahan sejarah dan kebudayaan Daerah Lipis. Ianya merupakan sudut muzium yang pertama ditubuhkan di negeri Pahang.

1 ulasan:

Ummu Waheedah berkata...

salam,

Boleh tak saya dapatkan no. tel rumah rehat kerajaan . Nampak cantik betul, rasa berkunjung ke lipis. TQ

AddToAny