responsif teks foto

Rabu, 9 Januari 2008

Respon: Tuk Gajah pejuang atau sebaliknya


Pada hari ini (Berita Harian: edisi timur - 07 Jan 08) kita berbahas dan berbincang untuk mengangkat Tok Gajah sebagai pejuang bangsa bukan sebagai penderhaka. Tetapi apabila diteliti dalam buku sejarah tercatat beberapa sifat negatif yang sukar untuk dimaaf oleh masyarakat melayu pada masa ini atau sebelumnya adalah seperti berikut:
Tok Gajah umpamanya, dikatakan telah mengeluarkan suatu perintah, iaitu mengerahkan agar setiap upacara perkahwinan yang dibuat oleh orang-orang kampong di kawasanya perlu menyembelih seekor kerbau dan menyerahkan kepadanya kepala kerbau itu. Jika arahannya dilanggar, mereka akan didenda, jika tidak membayar denda, rumah dan anak bini akan dijadikan tebusan. Kalau menentang, akan dibunuh . Aduan kepada raja mengenai kezaliman Tok Gajah tidak akan mendapat layanan kerana Tok Gajah merupakan anak emas raja. Tok Gajah juga telah menyinggung perasaan Orang Kaya Haji Lipis dengan mengambil kawasan pentadbirannya di Budu dengan titah dan restu Sultan Ahmad. Perkara ini telah ditentang hebat oleh Orang Kaya Lipis, penduduk Budu dan ketua-ketua kampong. 71 Pernah seorang pemegang konsesi telah membayar sebanyak $ 110,000 kepada Tok Gajah untuk memperolehi sesuatu kedudukan di Pahang.
“Tuk Gajah merupakan pemimpin yang ditakuti dikalangan pembesar yang tidak puas hati terhadap Sultan Ahmad. Walaupun begitu, Tuk Gajah menjadi orang kepercayaan Sultan kebanyakan pembesar baru yang dilantik oleh Sultan Ahmad tidak disukai oleh pembesar lama yang sememangnya membenci Tuk Gajah.” Catatan Frank Swettenham 1885.
Maharaja Perba dan Orang Kaya Lipis menjadi pembesar yang paling malang kerana kebanyakan tanah mereka telah diagihkan oleh Sultan Ahmad kepada Syarikat-syarikat pelabur Eropah, China atas nasihat orang kesayangan baginda. Seperti Tuan Itam, Orang Kaya Bakti, Tuan Imam Indera Mahkota dan Tok Gajah.
Pada Tahun 1888 selepas dua kejadian ‘misteri’ pembunuhan rakyat British yang bernama Go Hui dan Su kim telah digunakan oleh pihak Inggeris sebagai alasan untuk memaksa Sultan Ahmad menerima seorang Residen British di Pahang. Bermula era pemerintahan residen menjadikan penasihat Sultan atau orang kuat Sultan hilang kuasa tradisi. Residen telah melaksanakan pentdbiran Daerah dan Majlis Negeri ini menyebabkan kuasa pemerintah tradisi hilang ini menyebabkan mereka melakukan memberontak melawan British demi ‘survaival politik’ bukan atas sifat cinta kepada negara dan bangsanya.
Zaini: Maaf kalau tulisan ini salah kerana semua maklumat fakta diambil daripada rujuk dibawah.
Rujuk:
Sejarah Politik Pahang 1880-1935 - Aruna Gropinath hlm 71
Mencari Sejarah – (Tun) Suzana (Tun) Hj.Othman.
Tradisi Persejarahan Pahang Darul Makmur 1800-1930 - Muhammad Yusooff Hashim dan Aruna Gropinath.

3 ulasan:

Kemahang, Benta, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur berkata...

Banyak buku2 sejarah tanah melayu termasuk sejarah pahang masih ade terdapat di perpustakaan negara spanyol dan kebanyakannya meburuk2kan negara kita. bagi sesiapa yang berkesempatan meneliti buku2 sejarah tersebut haruslah meneliti kesahihan perjalan sejarah tersebut sebelum mempercayainya bulat2. terima kasih. Di sana juga ada sebuah buku yang mengatakan orang yang pertama mengelilingi dunia adalah seorang panglima dari tanah melayu yang bernama awang dan bukannya Kapten Ferdinand Magellan. Awang adalah tahanan yang dibawa ke portugal pada 1511 dan mengikuti kapal magelan. setelah magelan mati di perlayaran, awang mengambil alih sebagai kapten. tapi orang putih tetap orang putih, dioarang cakap magelan yang dah mati itu jugak yang pertama mengelilingi dunia.

Nan Zul berkata...

Dalam penulisan sejarah yang penting ada bukti. Orang melayu tidak menyimpan bukti contoh paling senang kita tidak pernah menyimpan atau berusaha membuat salasilah keluarga sendiri, ini menyebabkan cucu cicit kita tidak mengenali sepupu dua pupu atau yang seterusnya. Berbalik dengan tulisan sejarah, kalau ada yang menulis atau bercerita kebanyakan berkenaan dengan mitos, cerita dongeng, cerita tahyul yang tidak boleh dipercayai dengan akal. Orang putih menulis bersandarkan fakta rujukan contoh dari surat surat rasmi, dairi pentadbir dan sebagainya. "Contoh, Kita bercerita" sebab apa banjir di Pahang pada tahun 1971? ada yang menyatakan ada naga dari ulu Sg jelai hendak ke Laut, Cerita Mat kilau ada ilmu rahib(boleh hilang. Dari cerita itu, bolehkah dijadikan Sejarah atau fakta. Minta maaf kalau respon saya ni tak betul.

Tanpa Nama berkata...

Jika kita merujuk tulisan dr yg memusuhi kita jangan kata tok gajah,nabi muhammad saw pun di tuduh ahli sihir,penyair,pemecah belah,kaki betina dan macam2 segala yg tak boleh di maafkan.patut2 lah bila nak mengambil rujukan..kata orang tua2.. Nak tau baiknya seseorang tanya sahabatnya nak tau buruknya tanta musuhnya.

AddToAny