responsif teks foto

Selasa, 23 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan : Sedikit Cerita


by: darigaunghati

Semasa PAS bersama Umno membentuk Barisan Nasional-BN, (1973) penulis belum mengerti apa-apa tentang politik. Namun selepas menyertai PAS pada awal 80an dan bergaul dengan pemimimpin PAS tempatan di Kuala Lipis terutamanya Ustaz Kassim Yahaya (allahyarham) sedikit demi sedikit fahamlah penulis kenapa manusia perlu kepada Parti Islam.Dari beliaulah banyak cerita menarik mengenai PAS dapat dikutip. Umpamanya cerita penyertaan PAS ke dalam Barisan Nasional. Menurut Allahyarham .... selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969 yang menyaksikan rusuhan kaum Melayu-Cina terburuk dalam sejarah Negara, Tuanku Abdul Rahman Putra (perdana Menteri Malaysia pertama) didesak supaya melepaskan jawatan kepada Tun Abdul Razak Hussein. Bagi menjaga air muka Tuanku di usahakan satu pertubuhan antarabangsa bagi menempatkan Tuanku disitu, maka ditubuhkan lah Pertubuhan Negara - negara Islam (OIC) dimana Tuanku menjadi penerajunya yang pertama. OIC beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi.

Tun Razak mengambil alih kerusi Perdana Menteri pada 22 september 1970 dan melantik Tun Dr Ismail Abdul Rahman sebagai Timbalanya dan selepas itu Tun Hussen Onn apabila Tun Dr Ismail meninggal dunia.

Tun Razak menggunakan kepakaran diplomasinya untuk membentuk kerajaan perpaduan ( kerajaan tanpa pembangkang). Maka diusahakanlah supaya PAS yang memerintah Kelantan dan Gerakan yang memerintah Pulau Pinang menyertai gabungan parti-parti untuk memerintah Malaysia (membentuk kerajaan). Beliau segera menghubungi Dato' Asri Haji Muda , Yang Dipetua Agong PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

Pertemuan empat mata diadakan diantara Tun Razak dan Dato' Asri ( apa yang dipersetujui diantara keduanya tidak diumumkan) membuahkan hasil apabila PAS-Perikatan membentuk kerajaan campuran di Kelantan yang membuka laluan untuk menubuhkan BN selepas itu (1973).

Balasanya, Dato' Asri dibawa ke pusat memegang Potfolio penting- Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah. beberapa orang pemimpin PAS seperti Mustapa Ali (ketua Pemuda), Abu Bakar Omar dilantik sebagai timbalan menteri, manakala tokoh lain seperti Yusuf Rawa, Hasan Adli di lantik sebagai Duta. Tokoh -tokoh tempatan turut menerima habuan dilantik menduduki jawatan dalam pelbagai agensi kerajaan pusat dan negeri. Allahyarham ustaz Kassim dilantik sebagai pegawai Tabung Haji dengan gaji dan elaun yang lumayan. Bila musim Haji beliau akan ke Mekah.

PAS Pahang juga mendapat satu kerusi Dun iaitu Dun Bukit Ibam yang dianugerahkan kepada MOhd Rosdi Mohd Arif selaku pesuruhjaya PAS Pahang ketika itu.

Antara perubahan yang berjaya dibawa PAS semasa menyertai BN ialah mengubah lambang palang merah kepada bulan sabit bagi semua HOspital diseluruh negara, menyiarkan azan di televisyen dan radio Malaysia (kekal sehingga kehari ini) PAS juga berjaya mengujudkan jawatan Pencegah Maksiat di pejabat-pejabat agama setiap daerah manakala di Tanah Rancangan Felda pula di ujudkan jawatan Pegawai Sosial Agama (SDA U)(Jawatan ini telah dimansuhkan oleh Felda).

Namun usia PAS di dalam BN yang sama-sama ditubuhkanya tidak lama . apabila Tun Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976. Hussein On yang menggantikanya gagal memahami inspirasi Tun Razak menubuhkan kerajaan Perpaduan lalu berlakulah konflik yang membawa kepada pemecatan PAS dari BN… pada 1977, selepas keluar daripada BN, pengaruh PAS merosot teruk, PAS seolah-olah tidak mampu untuk bangkit semua, dalam pilihan raya umum 1978, Kerajaan PAS Kelantan dikalahkan BN dengan pukulan KO. PAS hanya berjaya mempertahankan dua kerusi sahaja. “PAS hanya tinggal batu nesan” sindir orang Umno … puluhan tahun PAS merana untuk mendapatkan semula Kelantan. PAS berjaya mengambil semula Kelantan pada tahun 1990 selepas Umno berpecah dua kepada Umno (Baru) dan Semangat 46.

Bagi vateran PAS, mereka masih ingat cerita PAS dalam BN ini, penyertaan PAS dalam 'kerajaan perpaduan' ketika itu adalah strategi Tun Razak untuk melemahkan PAS dari dalam atau untuk mengekang pengaruh PAS supaya PAS tidak akan menjadi alternatif kepada Umno buat selama-lamanya dan Tun Razak berjaya dalam misinya itu. Buktinya selepas PAS keluar daripada BN, PAS tidak punya apa-apa kekuatan, namun kini selepas 22 tahun di pecat daripada BN, kekuatan PAS sudah pulih dan mampu kembali mencabar Umno-BN dan menjadi alternatif kepada Umno.

Perlu diingat PAS dan Umno merebut lokaliti yang sama dalam pilihan raya, iaitu kawasan dominan Melayu/Islam. ertinya PAS adalah musuh pilitik Umno, PAS mesti dikalahkan kini dan selamanya, apa strateginya tidak mustahak yang penting PAS mesti dikalahkan atau dilumpuhkan supaya hidup segan mati tak mahu.

Pakar-pakar strategi Umno-BN sudah tentu tidak berdiam diri untuk menghalang kebangkitan PAS serta rakan-rakanya didalam Pakatan Rakyat.

Bila sudah dinamakan MUSUH ... maka segalanya adalah HALAL...

Darigaunghati

KOMEN

Pengalaman suka duka PAS bersama UMNO cukup banyak. Harap PAS keluarkan satu ‘Buku Khas’ untuk tatapan generasi akan datang.

6 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Awak dpt cerita dari orang lama PAS, kawan semasa remaja bersama-sama PAS, ke hulu ke hilir bersama arwah bapa saudara kawan juga seorang guru agama ditempat kawan, 6 kali jadi calon PAS dalam PRU, tak pernah menang.

Kawan terus mendaftar menjadi ahli UMNO ketika umur 18 tahun, kenapa ?

Kawan sudah masak tipu helah parti PAS, cara-cara nak pengaruhi masyarakat membenci UMNO, semua kawan lalui mas remaja. Tidak dinafikan, isu agama sebagai senjata untuk mempengaruhi orang-orang kampung yang kurang ilmu agama mudah dijalanan.

Akibatnya penduduk kampung berpecah, banyak lagi penyelewengan pemimpin PAS buat melalui salura agama Islam.

Kawan akan paparkan dalam blog kawan nanti, apa jua penyelewengan PAS melalui agama Islam, untuk menipu orang-orang kampung, termasuk duit kutipan derma orang ramai......

Kawan sedar perkara ini, sebab itu, walau pun kawan dalam keluarga PAS, tetapi menjadi ahli UMNO, kerana kawan yakin bahawa UMNOlah yanag dapat meneruskan wadan perjuangan bangsa dan agama.

Tanpa Nama berkata...

"tuhan bagi akal kita fikirlah..."
Kawan setuju pendapat Tun Dr Mahathir PAS dan UMNO tidak boleh bersatu. Kalau bersatu kaum lain berasa tak selesa.

KELAB PEMUDA JIWA LUKA berkata...

kawan pulok start tak suka pas bermula tahun 2001. masa tu imam masjid kampung kawan dipilih sebulat suara jadi ketua umno cawangan.

rupa-rupanya beberapa orang kuat mesjid yang pro pas mula memboikot imam umno ni tadi...mula2 kome tak perasan, kenapala tiap kali semayang jumaat, dia tak jadi imam, dia tak baca khutbah, sama juga dalam semayang jemaah yang lain.

akhirnya imam umno ni tadi cerita kepada kome, dia diminta letak jawatan umno, kalau tak tak sah dia mengimamkan orang semayang. tetiap pagi depan rumahnya dilempar risalah segala mcm. .time kenduri kahwin terpaksa ambik tukang sembelih dari kelantan kerana sembelihannya tak sah.

akhirnya kami pemuda kampung tak boleh menahan sabar, setelah beberapa kejadian orang pas dipukul dikampung kami secara misteri di waktu malam. akhirnya sampai sekarang mereka dah tak semayang di masjid kampung, kalau nak semayang kena pegi kampung lain, kenduri kendara dan kematian orang umno dipulaukan.

bila tok 4 ajak berdamai depa letak syarat, nak semua jawatan dalam masjid...inikah perjuangan islam? isle ye la kot mcm nik ajis.

KELAB PEMUDA JIWA LUKA berkata...

so kepada orang UMNO, kalau ada orang PAs perangai mcm ini dikampung anda, pukul je...lebih2 lagi yang kuat kutuk kerajaan di kedai kopi...itu je cara mengajarnya..diorang ni cakap besar nak jihad la apa la..bila kena tak melawanpun!

SERATAH berkata...

Seratah pernah saorang tokoh berceramah sejarah perjuangan, oreng itu ialah Tan Sri Ghazali Shafee ( King Gas ).

Apa kata dia, sebab beliau adalah salah saorang perancang kapada penubuhan BN., katanya.

Betul selepas peristiwa berdarah
13 Mei 1969, semasa Majlis Gerakan Negara (Mageran) orang melayu mula sedar orang melayu misti bersatu,

Tak kala itu King Gas berkata PAS lah yang pertama beria-ai benar hendak menyertai Perikatan.

Tapi King Gas kata nanti dulu biar
Gerakan dulu menyertai pakatan ini
baru Pas masuk, kerana tak mahu dituduh melayu masih perkauman.

Setelah Gerakan dan parti-parti lain menyertai, baru Masukkan Pas
supaya tidak dianggap melayu pentingkan melayu sahaja.

Setelah berada dalam BN Pas mendapat apa yang mahu, Pas nak kan menteri Tanah, UMNO beri, sebab
orang melayu kelantan ramai yang tak ada tanah, Dato Asri masukkan beramai-ramai orang Pas dalam Felda
terutama dari kelantan.

Tanpa Nama berkata...

kenapa kita sering menyalahkan orang lain. kenapa kita tidak menyalahkan diri sendiri. dua 2 parti ini berjuang dalam satu matlamat namun berbeza pendapat. satu nak mewujudkan sebuah negara yang berteraskan islam, satu lagi nak bina negara dengan acuan sendiri. keduanya adalah parti daripada bangsa melayu juga. tapi kenapa kita sering bertelagah. kenapa tidak kita berfikir untuk beruding. mungkin disebabkan agama islam sudah lagi kurang diterima dan di amalkan umat malaysia. ada yang adil kita tentang dan pandai bedalih dan pembohong kita sokong.
wahai teman sekalian pilihla satu pemimpin yang adil dari kalangan kamu dan dapat membimbing kearah keradaan Allah. Jangan terlalu fenetik dengan sesuatu parti yang kamu pilih. kerana semua ciptaan manusia tu ada kelemahan dan kita pilih yang kurang kelemahannya buakan yang memberikan kita bantuan pada masa-masa pilihanraya sahaja. bile sudah menang haram x nampak muka. apa lagi aduan kita langsung x diendahkan, masuk tv barulah tergopoh gapah datang kononye prohatin. pilihlah wahai temanti antara dua pas atau Umno. fikirkanlah.....kerana kebenaran itu pasti akan datang. itu janji Allah.

AddToAny