Foto: Salah satu tugas sebagai Amah |
KUALA TERENGGANU 17 Okt. - Kepada mereka yang memerlukan khidmat pembantu rumah namun enggan mengambil pembantu rumah warga asing, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mempunyai jalan penyelesaiannya.
Felda bersedia menyediakan golongan pembantu rumah berkemahiran yang diistilah sebagai Pengurus Rumah Tangga dari kalangan lelaki dan wanita pada sebarang peringkat umur.
"Felda mengambil inisiatif ini sebagai usaha mengurangkan kebergantungan kepada pembantu rumah asing di mana kumpulan pertama terdiri daripada seramai 100 orang pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi akan diberi kursus.
"Mereka akan menjalani latihan kemahiran selama setahun mulai Januari depan yang akan dikendalikan oleh Yayasan Felda mengikut silibus berasaskan kemahiran," kata Pengerusi Felda Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor semasa meraikan 106 bakal haji Felda dari wilayah Terengganu di sini hari ini.
Menurut beliau, kursus seperti penjagaan kesihatan, memasak, penjagaan kanak-kanak akan ditawarkan secara percuma kepada anak- anak peneroka Felda yang berminat tanpa had umur. Seterusnya
KOMEN
Kalau dahulu Felda mengeluarkan peruntukan untuk projek tanaman ‘cili kulai’ kepada peneroka. Apa sudah jadi dengan tanaman tersebut….? Hari ini…!!! Felda nak latih anak peneroka jadi amah hingga lulus SKM tahap berapa saya pun tak tahu. “ Saya cadang bagi mereka kahwin sahaja, jadi peneroka felda di tanah lot Felda Plantation lagi baik pada jadi Amah…”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan