Penjelasan oleh peguam yang mengambil kes tuntutan caruman tanam semula
KOMEN
Serah ladang kepada penggurusan FELDA memang patut dilakukan oleh peneroka yang tidak mampu melaksanakan kerja ladang disebabkan factor usia. Tetapi jika peneroka merasa masih mampu dari segi modal dan boleh melakukan kerja di ladang adalah di cadangkan agar mengerjakan sendiri, kerana boleh mendapat untung yang maksimun ditambah dengan harga memuaskan pada hari ini .
Kelemahan mengerjakan ladang sendiri adalah disebabkan peneroka perlu membeli semua beralatan, upah kerja, baja, racun rumpai, kebanyakan peneroka gagal melaksanakan pengurusan ladang dengan sempurna seperti pokok tidak dibaja mengikut jadual yang menyebabkan penghasilan buah terbatut dan pokok kekuningan.
Ditambah pula duit caruman tanam semua yang dipotong setiap bulan tidak diberi oleh FELDA. Ini merupakan strategi FELDA untuk menghalang peneroka dari mengerjakan ladang sendiri. Oleh yang demikian, terdapat 10 peneroka yang tidak puas hati kerana tidak dapat duit caruman tanam semula telah membawa kes ini ke mahkamah.
2 ulasan:
Makin ramei la peneroke bawok kes ni ke mahkamah...
tapi pengurusan felda sendiri pon teruk juga... pokok yg dibaja cuma di tepi jalan je.. bila masuk jauh sikit ke tengah ldg dah semak & tak berbaja langsung... 23 hektar leh dpt 5 tan. logik kah?? sebenarnya tak perlu susah utk dapatkan maklumat.. cuba2 lah bercampur dgn masyarakat setempat kemudian dari maklumat tersebut cuba masuk ladang dan siasat sendiri... daripada buruh potong buah--> --> loader --> driver lori --> kontraktor --> XXXX ---> XXXX masing2 ada bahagian sendiri secara gelap.. sbb tu lah jumlah tan terkumpul sikit. terutama di kawasan sg koyan-X ... org yg pernah mengatakan jika buat sendiri di katakan tak kenang jasa. tapi akhirnya dia sendiri pon ambil alih semula ladang. kenapa? dia pon dah tak nak kenang jasa atau merasakan sendiri juga penyelewengan yg berlaku ( curi buah )...???
Catat Ulasan