Kertas Cadangan Penambahbaikan Bina Semula FELDA dari
Majlis Permuafakatan NGO FELDA.
1. Mengkaji dan menilai semula akta, dasar dan isi
perjanjian antara KERAJAAN, FELDA serta Peneroka termasuk Akta GSA, Perjanjian
Asal dan Perjanjian Tanam Semula.
2. Penambahbaikan masalah pengurusan urus tadbir ladang
yang gagal oleh FELDA dan mengkaji kedudukan Felda Technoplant Sdn Bhd (FTPSB)
yang telah mengakibatkan pendapatan merosot dan hutang Peneroka FELDA
meningkat.
3. Menilai, mengkaji dan mengaudit semula Akaun Penyata
Hutang Peneroka yang gagal dimuktamadkan serta nilai-nilai kos operasi ladang
yang dimasukkan kedalam akaun Peneroka yang meragukan.
4. Tabungan melalui potongan dari pendapatan Peneroka
FELDA termasuk Tabung Tanam Semula, Tabung Jalan Pertanian dan Tabung Pemulihan
Ladang perlu diaudit dan disemak status penggunaan dan perbelanjaan duit
tabungan yang terkumpul.
5. Meningkatkan Kadar Perahan Asas (KPA) Yang Menurun dan
Penentuan Nilai Kadar Perahan Gred (KPG) Yang Tidak Telus serta Kadar Getah
Kering (KGK) yang terus berada pada tahap yang rendah.
6. Menstruktur Organisasi Pengurusan Komuniti JKKR/JKKK,
GPW, keahlian JCC, Jawatan Kuasa Perunding Peneroka (JKPP, Ketua Peneroka) dan
lain-lain organisasi didalam komuniti FELDA serta melantik Ketua Peneroka FELDA
sebagai senator di Parlimen.
7. Menilai semula projek Perumahan Generasi Baru FELDA
(PGBF) dan lain-lain program perumahan FELDA samada terbengkalai atau telah
siap agar dapat diduduki oleh Generasi FELDA serta menyediakan kemudahan infrastruktur
untuk Tanah Lot Generasi FELDA.
8. Meningkatkan kecekapan perkhidmatan kakitangan FELDA
diperingkat rancangan dengan memperkasa kebajikan, menaiktaraf fasiliti dan
kemudahan lain yang diperlukan.
9. Mencipta pendapatan alternatif kepada Peneroka,
Generasi dan FELDA melalui pembangunan ekonomi setempat dikawasan rancangan
FELDA.
10. Mengkaji semula status hakmilik pajakan, pindah milik
dan pembahagian harta pusaka/perwarisan berkenaan tanah Peneroka FELDA.
11. Memperkasa dan menstruktur semula Koperasi-koperasi
disetiap rancangan FELDA dan Koperasi Permodalan FELDA(KPF).
12. Mengkaji dan menilai semula kedudukan Pelaburan FELDA
melalui FIC dan anak-anak syarikatnya agar lebih kompetitif dan berdaya maju
dalam meraih keuntungan yang bermanfaat kepada FELDA.
13. Menstruktur bayaran hasil Peneroka secara harian atau
mingguan serta menghentikan wang tahanan dan Bayaran Kembali pada setiap
pembayaran. Bayaran Sara Hidup yang lambat juga menyebabkan Peneroka tertekan.
14. Mewujudkan Universiti FELDA atau kolaborasi bersama
institusi pendidikan sedia ada dengan subjek khas berkenaan bidang didalam
FELDA.
15. Meningkatkan dan mengatasi masalah kemudahan
pengangkutan awam disetiap rancangan FELDA serta menaiktaraf jalanraya dari
bandar ke kawasan rancangan FELDA.
16. Membenarkan Peneroka memiliki Lesen Menjual dan
Membeli hasil ladang sawit dari MPOB.
17. Menilai masalah sosial dan kekeluargaan termasuk
gejala dadah melibatkan generasi FELDA, nasib ibu tunggal, kadar perceraian,
kecurian dan lain-lain yang melibatkan komuniti dalam rancangan FELDA serta
kebajikan kakitangan FELDA.