responsif teks foto

Jumaat, 3 Ogos 2018

Penurunan kuasa berkaitan tanah di Pahang dikuatkuasa

Dato' Seri Wan Rosdy bin Wan Ismail - MB Pahang
KUANTAN - Kerajaan negeri melaksanakan penurunan kuasa pihak berkuasa negeri kepada pentadbir tanah dan pendaftar bagi kelulusan kebenaran pindah milik, gadaian serta pajakan tanah, berkuat kuasa semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pelaksanaan itu membolehkan kelulusan diperoleh dalam tempoh satu ke dua hari atau 10 hari, bergantung kepada kategori pindahan, berbanding tiga bulan sebelum ini.

"Penurunan kuasa ini akan menyelesaikan banyak kes pindahan tertunggak kerana kita memudahcarakan dan mengurangkan birokrasi dalam permohonan, asalkan permohonan dibuat secara lengkap.

"Sebagai contoh, permohonan kebenaran pindah milik dan gadaian bagi maksud kasih sayang iaitu antara suami isteri, waris qadim seperti anak, adik-beradik dan cucu serta waris bukan qadim iaitu saudara terdekat kini boleh dilakukan pentadbir tanah dengan kelulusan antara satu ke dua hari.

“Ini bermakna permohonan dikemukakan di pejabat tanah dan dipertimbangkan oleh pentadbir tanah, berbeza sebelum ini iaitu pejabat tanah perlu mengemukakan permohonan kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) sebelum dihantar ke pejabat Menteri Besar," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. - Bernama

Tiada ulasan:

AddToAny