responsif teks foto

Khamis, 9 Ogos 2018

Kertas Cadangan bina semula FELDA


Kertas Cadangan Penambahbaikan Bina Semula FELDA dari Majlis Permuafakatan NGO FELDA.

1. Mengkaji dan menilai semula akta, dasar dan isi perjanjian antara KERAJAAN, FELDA serta Peneroka termasuk Akta GSA, Perjanjian Asal dan Perjanjian Tanam Semula.


2. Penambahbaikan masalah pengurusan urus tadbir ladang yang gagal oleh FELDA dan mengkaji kedudukan Felda Technoplant Sdn Bhd (FTPSB) yang telah mengakibatkan pendapatan merosot dan hutang Peneroka FELDA meningkat.

3. Menilai, mengkaji dan mengaudit semula Akaun Penyata Hutang Peneroka yang gagal dimuktamadkan serta nilai-nilai kos operasi ladang yang dimasukkan kedalam akaun Peneroka yang meragukan.

4. Tabungan melalui potongan dari pendapatan Peneroka FELDA termasuk Tabung Tanam Semula, Tabung Jalan Pertanian dan Tabung Pemulihan Ladang perlu diaudit dan disemak status penggunaan dan perbelanjaan duit tabungan yang terkumpul.

5. Meningkatkan Kadar Perahan Asas (KPA) Yang Menurun dan Penentuan Nilai Kadar Perahan Gred (KPG) Yang Tidak Telus serta Kadar Getah Kering (KGK) yang terus berada pada tahap yang rendah.

6. Menstruktur Organisasi Pengurusan Komuniti JKKR/JKKK, GPW, keahlian JCC, Jawatan Kuasa Perunding Peneroka (JKPP, Ketua Peneroka) dan lain-lain organisasi didalam komuniti FELDA serta melantik Ketua Peneroka FELDA sebagai senator di Parlimen.

7. Menilai semula projek Perumahan Generasi Baru FELDA (PGBF) dan lain-lain program perumahan FELDA samada terbengkalai atau telah siap agar dapat diduduki oleh Generasi FELDA serta menyediakan kemudahan infrastruktur untuk Tanah Lot Generasi FELDA.

8. Meningkatkan kecekapan perkhidmatan kakitangan FELDA diperingkat rancangan dengan memperkasa kebajikan, menaiktaraf fasiliti dan kemudahan lain yang diperlukan.

9. Mencipta pendapatan alternatif kepada Peneroka, Generasi dan FELDA melalui pembangunan ekonomi setempat dikawasan rancangan FELDA.

10. Mengkaji semula status hakmilik pajakan, pindah milik dan pembahagian harta pusaka/perwarisan berkenaan tanah Peneroka FELDA.

11. Memperkasa dan menstruktur semula Koperasi-koperasi disetiap rancangan FELDA dan Koperasi Permodalan FELDA(KPF).

12. Mengkaji dan menilai semula kedudukan Pelaburan FELDA melalui FIC dan anak-anak syarikatnya agar lebih kompetitif dan berdaya maju dalam meraih keuntungan yang bermanfaat kepada FELDA.

13. Menstruktur bayaran hasil Peneroka secara harian atau mingguan serta menghentikan wang tahanan dan Bayaran Kembali pada setiap pembayaran. Bayaran Sara Hidup yang lambat juga menyebabkan Peneroka tertekan.

14. Mewujudkan Universiti FELDA atau kolaborasi bersama institusi pendidikan sedia ada dengan subjek khas berkenaan bidang didalam FELDA.

15. Meningkatkan dan mengatasi masalah kemudahan pengangkutan awam disetiap rancangan FELDA serta menaiktaraf jalanraya dari bandar ke kawasan rancangan FELDA.

16. Membenarkan Peneroka memiliki Lesen Menjual dan Membeli hasil ladang sawit dari MPOB.

17. Menilai masalah sosial dan kekeluargaan termasuk gejala dadah melibatkan generasi FELDA, nasib ibu tunggal, kadar perceraian, kecurian dan lain-lain yang melibatkan komuniti dalam rancangan FELDA serta kebajikan kakitangan FELDA.



Tiada ulasan:

AddToAny