Akhir-akhir ini, isu LGBT semakin hangat diperkatakan. Bukan hanya di Malaysia, malah di luar negara.
Sebagai umat Islam, kita menentang sekeras-kerasnya budaya LGBT ini. Saya meminta agar pihak bertanggung jawab memainkan peranan supaya memantau dan menangani gejala itu di negeri ini.
Perbuatan-perbuatan berkaitan LGBT adalah haram di sisi agama Islam dan bertentangan dengan adat resam yang kita amalkan.
Umat Islam seharusnya tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak bermoral ini dan mengambil iktibar daripada peristiwa yang menimpa kaum Nabi Luth AS.
Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah SWT merahmati negeri ini dan menjauhi kita daripada segala wabak dan bala, Amin.
YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail
MB Pahang
#TolakLGBT
#MajuTerusPahang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan