responsif teks foto

Rabu, 27 November 2019

Pesta Kor Risik Diraja

Cara artis hargai Perajurit dengan konsert 
cerita dari Lipis tentera kita
Pesta Kor Risik Diraja

Peranan artis turut dimanfaatkan bagi memberikan pendedahan kepada orang ramai untuk mengenali dengan lebih dekat kehebatan perajurit negara khususnya bahagian risikan yang dipandang tinggi di mata dunia menerusi Pesta Kor Risik Diraja.

Bakal berlangsvng selama tiga hari dengan barisan artis berbeza, Pesta Kor Ris!k Diraja bermula 6 hingga 8 Disember depan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

I-Cafe Biker station yang diberikan kepercayaan mengendalikan konsert itu memilih ramai nama besar untuk memeriahkan sambutan jubli emas bahagian risikan itu.

Barisan artis terbabit membuat persembahan dibahagi kepada tiga kumpulan iaitu Konsert Metal Sound pada 6 Disember yang menampilkan kumpulan XPDC, May dan Man Kidal dengan harga tiket RM60.

Golden Acorn Gala Night pula berlangsung pada 7 Disember menampilkan Datuk Hattan, kumpulan Lefthanded dan Haiza dengan harga meja bermula dari RM3,000 hingga RM5,000.

Manakala Konsert Rock Millenium pada 8 Disember menampilkan kumpulan Floor 88, kumpulan Khalifah dan Band Sentuhan dengan harga tiket RM65.

Wakil penganjur yang dikenali sebagai Kidat berkata, pihaknya yakin konsert itu mendapat sambutan baik daripada peminat.

“Kami sudah buat tinjauan dalam kalangan peminat dan mereka mengakui jarang ada konsert berlangsung selama tiga malam serta menyukai idea ditampilkan.

“Mereka juga tertarik dengan barisan artis yang dipilih kerana menggabungkan barisan legenda dan baharu,” katanya.

Bantu Anggota Kor Risik

Sementara itu Hattan berkata, dia menyok0ng konsert itu kerana seorang bapa saudaranya pernah terbabit dalam Kor Risik.

“Bagusnya kerana sebahagian kutipan ini digunakan bagi membantu bekes anggota Kor Ris!k.

“Pada usia sekarang, persembahan untuk majlis sebegini menjadi keutamaan saya.

“Melihatkan senarai artis, saya percaya ia adalah gabungan terbaik untuk menarik peminat,” katanya.

Man Kidal pula mengakui ini kesempatan terbaik peminat untuk melihat gabungan semula dia bersama Datuk Nash dalam satu konsert besar.

“Kami berbangga dijemput terbabit dalam konsert ini. Apatah lagi matlamatnya adalah untuk mencari dana membantu Yayasan Kor Ris!k Diraja.

“Lefthanded berjanji menampilkan persembahan bertenaga dan memilih menyampaikan lagu popular kami buat peminat yang hadir nanti,” katanya.

Nash pula memberitahu tidak sabar beraks! bagi menghilangkan kerinduan peminat setia kumpulan Lefthanded.

Pengunjung berpeluang memenangi hadiah pelbagai cabutan bertuah termasuk sebuah motosikal Yamaha Y15ZR yang menjadi kegil4an ramai sekarang.

Selain itu, pelbagai acara lain turut diadakan antaranya pameran Kor Risik Diraja, pameran motosikal membabitkan beberapa artis popular, jualan barangan dan e-sport games (PUBG).

Tiket boleh didapati menerusi www.ilassotickets.com.

Kredit : Wan Jenal




Selamat menyambut Hari Ulang Tahun KRD 


Selamat Ulang Tahun Kor Risik Diraja Ke 50, JUBLI EMAS. Proud to be part of 50 year ganeration in KRD..



Pesta PERISIK janji kelainan sempena 50 tahun Kor Risik Diraja

Tiada ulasan:

AddToAny