responsif teks foto

Khamis, 14 Oktober 2021

Kes bunuh ibu bapa sendiri


Seorang penganggur berdepan hukuman mati apabila didakwa di Mahkamah Majistret Lipis di sini pada Khamis atas dua pertuduhan membunuh ibu bapanya pada 4 Oktober lalu.

Tertuduh, Ahmad Hafizuddin Mohammad, 31 beralamat Kampung Kemahang, Benta di sini kelihatan tenang dan menganggukkan kepalanya tanda faham selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Aisyah Ahmad.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes berkenan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Hafizuddin didakwa telah membunuh Mohammad Maasai, 68, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kemahang, Benta antara jam 11 malam hingga 12 tengah malam pada 4 Oktober lalu

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhairi Mohamad Noh yang mengendalikan pendakwaan kemudian memohon tertuduh dirujuk ke hospital untuk dinilai kesihatan mentalnya. Siti Aisyah kemudiannya menetapkan sebutan semula kes tersebut pada 11 November depan.

Pada 4 Oktober lalu, sepasang suami isteri warga emas maut dipercayai ditetak anak lelaki mereka dengan menggunakan parang dan kejadian didakwa berlaku selepas suspek berbual bersama bapanya mengenai ilmu agama dan ketuhanan.

Kredit : Sinar Harian.

Tiada ulasan:

AddToAny