responsif teks foto

Rabu, 17 November 2021

Akademi Tok Wan


Anak Muda Negeri Pahang dijemput untuk menyertai Akademi Tok Wan yang akan dikendalikan khas oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy bin Wan Ismail. Akademi Tok Wan merupakan inisiatif oleh YAB Menteri Besar untuk berkongsi ilmu mengenai kepimpinan, sains politik dan kenegaraan. 

Seramai 25 orang anak muda negeri Pahang dari pelbagai latarbelakang akademik dan pekerjaan akan terpilih menyertai Akademi Tok Wan siri pertama. Selain perkongsian ilmu daripada YAB Menteri Besar, peserta juga akan diberi peluang untuk bertukar-tukar pandangan tentang apa juga topik dan isu semasa yang bermain difikiran anak muda. 

Lebih menarik, peserta juga berpeluang untuk menjadi 'apprentice' kepada YAB Menteri Besar Pahang! 

Anak muda yang berminat boleh menghantar resume ke alamat email akademitokwan@gmail.com sebelum 30 November 2021. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Penyelaras Program Akademi Tok Wan, Encik Khairul Anwar bin Ahmad Nadzer di applikasi whatsapp 017-9747775. 


Tiada ulasan:

AddToAny