responsif teks foto

Isnin, 29 Mei 2023

Mengapa Kucing Mencakar Perabot dan Sofa



Bayangkan anda baru sahaja memasang perabot dan sofa baru,  tiba-tiba pada keesokan paginya, ia sudah penuh dengan tanda cakaran si comel ini! Anda rasa nak marah, tapi kena sabar! Tengok mata si comel memandang anda, tak sampai hati nak membebel pula. Jangan bimbang, jika anda tidak mahu perkara ini berulang kembali, Oyen kongsikan beberapa tips elak kucing cakar sofa dan perabot di rumah.

Jom kita bermula..!

Kenapa kucing mencakar?
Pernahkah anda tertanya-tanya mengapakah si comel ini begitu gemar untuk mencakar perabot dan sofa yang baru? Jom kita lihat beberapa sebab mengapa kucing sebenarnya mencakar:

Melakukan regangan otot. Dengan mencakar, kucing boleh membuat regangan pada otot mereka
Menanda kawasan mereka. Di tapak kaki kucing, ada kelenjar bau tersendiri yang meninggalkan bau mereka pada kawasan tersebut. Jadi, jangan terkejut jika semua benda baru yang anda beli akan menjadi mangsa cakaran mereka.

Mengekalkan kesihatan kuku. Dengan mencakar, ia akan menanggalkan lapisan kuku lama mereka
Menghilangkan stress. Mencakar juga merupakan salah satu cara kucing melepaskan perasaan dan tekanan mereka.

Tips elak kucing cakar sofa dan perabot
Ayuh kita lihat beberapa tips dan cara yang boleh dicuba untuk elakkan kucing ini mencakar perabot kesayangan anda lagi:

Sediakan tempat mencakar khas buat mereka
Jika anda tidak mahu sofa dan perabot anda menjadi mangsa, sediakan tempat mencakar khas buat mereka. Bagi cara ini, anda boleh membeli scratching post (tiang mencakar) atau scratching toys bagi kucing anda.

Tips membeli tempat mencakar kucing (scratching post)
Pastikan tempat mencakar kucing cukup tinggi untuk kucing meregangkan otot dan badan mereka (sekurang-kurangnya 31 inci)

Pastikan tempat mencakar ini kukuh dan tidak bergoyang dengan mudah. Jika tiang mencakar yang dibeli ini mudah jatuh, ia boleh jatuh menghempap kucing anda pula

Pilih tempat mencakar dengan jenis kain sisal atau sisal fabric. Ia lebih tahan lama  dan selesa bagi kucing mencakar

Sediakan tempat mencakar dalam bentuk melintang atau menegak. Ia memberikan lebih banyak pilihan bagi kucing untuk 

Tips Oyen: 

Jika anda masih belum mempunyai bajet untuk membeli tempat mencakar khas, gunakan tiang rumah yang berdekatan dengan ruang tamu sahaja. Anda boleh DIY dengan hanya membalut tiang rumah ini  dengan sisal rope dan anda sudah ada tempat mencakar untuk si kucing.

Letak tempat mencakar kucing di tempat yang betul
Seterusnya, apabila anda telah memilih tempat mencakar kucing yang sesuai, jangan  lupa untuk meletakkannya di tempat yang sesuai. Jika tidak kena lokasi yang diletakkan, tidak mustahil kejadian perabot dan sofa dicakar akan berulang kembali.

Berikut merupakan beberapa tips yang anda boleh cuba bagi memilih lokasi yang sesuai:

Letakkan di lokasi mereka sering bermain dan berehat seperti di ruang tamu dan juga berdekatan dengan tingkap

Kucing suka mencakar selepas bangun daripada tidur, jadi anda boleh letakkan satu tempat mencakar kucing di tempat mereka sering tidur

Kenalpasti sofa dan perabot mana yang menjadi mangsa cakaran mereka. Sediakan satu tempat mencakar berdekatan dengan kawasan ini.

Galakkan kucing untuk menggunakan  tempat mencakar yang disediakan
Pada mulanya, mungkin agak sukar untuk melatih dan menggalakkan kucing anda menggunakan tempat mencakar ini. Namun, ada beberapa tips yang anda boleh cuba:

Bermain bersama mereka berdekatan dengan tempat mencakar 
Letakkan catnip untuk menggalakkan mereka bermain dan tertarik kepada tempat mencakar tersebut
Setiap kali kucing anda berjaya menggunakan tempat mencakar ini, berikan mereka ganjaran snek dan pujian. Ini akan menggalakkan mereka membiasakan diri dengan tempat mencakar kucing ini.

Pada peringkat awal, anda mungkin perlu bereksperimen dengan pelbagai rekaan tempat mencakar untuk mengetahui mana satu yang menjadi pilihan kucing kesayangan ini.

Jadikan sofa dan perabot sukar untuk dicakar oleh kucing
Pasti anda tertanya-tanya bagaimana untuk menjadikan tempat ini sukar dicakar oleh kucing.Jika dahulu sofa dan perabot ini selesa untuk dicakar, kali ini gunakan cara yang sedikit kreatif tetapi masih tidak berbahaya.

Balut kain yang tebal pada sofa atau kawasan perabot yang sering menjadi sasaran cakaran kucing
Balut sofa atau perabot dengan menggunakan aluminium foil atau pelekat double sided
Semburkan pewangi yang berunsurkan sitrus seperti lemon dan oren. Kucing dikatakan tidak gemar akan bau ini dan boleh menghalau mereka

Sentiasa jaga kesihatan dan potong kuku kucing anda
Selain itu, anda juga perlu menjaga kesihatan dan memotong kuku kucing secara berkala. Bukan sahaja akan mengurangkan kesan  ‘kemusnahan’ akibat dicakar, kuku kucing yang dipotong secara berkala boleh mengelakkan jangkitan akibat kuku yang terlalu panjang.

Selain itu, memotong kucing secara berkala juga akan mengurangkan tragedi di mana kuku kucing ini boleh terlekat dan tercabut apabila mencakar. Pastinya sebagai pemilik kucing, anda pernah mengalami situasi di mana kucing anda mengiau meminta tolong kerana kukunya terlekat di sofa atau perabot.

Gunakan vinyl guard atau furniture protector pada perabot dan sofa
Sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh menggunakan vinyl guard atau furniture protector pada kucing anda. Ia boleh memastikan sofa dan perabot berada dalam keadaan baik sementara menunggu kucing anda membiasakan diri dengan tempat mencakar mereka.

Antara contoh produk bagi perabot dan sofa yang boleh digunakan:

Cuba hilangkan bau di kawasan yang sering dicakar
Apabila kucing mencakar di sesuatu kawasan, mereka akan kembali mencakar kerana bau yang ditinggalkan oleh mereka untuk menanda kawasan. 

Bagi cara ini, anda boleh cuba untuk menghilangkan bau mereka pada tempat yang sering dicakar dengan cuba membersihkan perabot atau sofa yang sering menjadi mangsa cakaran.

Bawa jumpa ke veterinar sekiranya perkara sama berulang
Katakan anda telah mencuba pelbagai cara yang Oyen cadangkan, namun masih tidak berjaya. Jika perkara ini masih berulang dengan semua langkah yang dilakukan ada baiknya anda bawa kucing untuk berjumpa dengan pihak veterinar.

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, mencakar merupakan salah satu cara untuk kucing melepaskan tekanan mereka, dan tidak mustahil kucing mencakar sekiranya mereka berada dalam keadaan sakit, tertekan atau mempunyai masalah kesihatan.

Dalam keadaan ini, bawa kucing anda ke pihak veterinar untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih lanjut.

Mengapa rakyat Malaysia memilih Oyen? di sini.

Kesimpulan
Bukan sahaja perabot atau sofa yang perlu dilindungi, namun kesihatan kucing sebenarnya merupakan perkara yang paling penting untuk dilindungi!

Dengan mendapatkan Oyen Pet Insurance, ia akan melindungi segala kos rawatan, surgeri dan segala cedera kemalangan sehingga RM8,000. 

Anda sudah tidak perlu lagi bimbang memikirkan kos rawatan yang perlu dihabiskan bagi si comel ini. Semak kelayakan di sini.




 

Ahad, 28 Mei 2023

Warga Lipis Semalam

27 Mei 2023

Padat, terima kasih warga Lipis.. memang betul-betul  padu, warga lipis sambut 
Apak Harry Khalifah dan chombi…




 

Jumaat, 26 Mei 2023

Semak Arah Kiblat Anda.


Umat Islam di negara ini setiap tahun disarankan untuk menyemak kedudukan arah kiblat dari lokasi mereka tepat pukul 5.16 petang pada setiap 28 Mei.

Pada hari tersebut umat Islam boleh memperbetulkan kedudukan kiblat dengan menggunakan sebarang objek tegak untuk melihat arah bayang lurus matahari.

Garisan daripada imej bayang berkenaan, akan menunjukkan lokasi ke arah Kaabah dan seterusnya boleh ditanda sebagai panduan rujukan terutama untuk tujuan ibadah solat.

Kaedah Istiwa’ A’dzam dianggap antara cara alamiah berkesan bagi penentuan arah tepat kiblat dan sering digunakan umat Islam lebih 1,400 tahun dahulu sebelum kompas dicipta.

Ketika ini, terdapat pelbagai aplikasi moden dalam talian bagi merujuk arah Kaabah, tetapi kaedah canggih itu mungkin ada juga khilaf akibat kesan pengaruh paksi magnet bumi.

Implikasi ralat itu boleh mengakibatkan kedudukan kiblat tersasar kerana meskipun kecil perbezaan hanya satu darjah sebenarnya bersamaan dengan jarak sejauh 122 kilometer.


Sticker Arah Kiblat / Kiblat Arrow / Kiblat Sign Pvc Sticker School Hotel Homestay Masjid Majlis Restroom Use





Virus Mozek Merebak

 


PUNCA VIRUS MOZEK MEREBAK


Virus adalah makhluk yang amat seni/halus dan boleh hidup dalam sel hidupan seperti manusia, haiwan, tumbuhan malah didalam kulat dan bakteria. kesan sekiranya dijangkiti virus adalah amat membinasakan dan mendatangkan kerugian yang besar pada yang mengalaminya. Jadi pada kali ini saya akan bercerita tentang Mosaics Virus atau virus mozek satu penyakit tanaman yang menghantui para pekebun. Mengikut jurnal pertanian tiada mana² negara yang mengistiharkan virus ini boleh dimusnahkan melalui ubat atau racun kimia. Jadi kali ini saya akan kongsikan secara ringkas faktor bagaimana penyakit ini boleh merebak.

Antara virus mozek yang selalu menyerang tanaman adalah jenis:

  • Chilli Veinal Mottle Virus (CVMV)
  • Cucumber Mosaic Virus (CMV)
  • Tomato Spotted Wilt Virus (TSWV)
  • Tomato Yellow Leaf Curl Virus (TYLCV)

Virus Mozek ini boleh merebak disebabkan beberapa faktor iaitu:

1. Faktor Biji Benih.
Pemilihan atau pembelian biji benih seharusnya dibeli daripada individu/syarikat yang dipercayai serta proses pembuatan/saringan biji benih mengikut S.O.P yang diperakui sah oleh Jabatan Pertanian antarabangsa. Virus mozek tersebut mampu hidup didalam biji benih seterusnya akan menjadi punca mozek ini akan merebak diladang apabila pokok sudah membesar.

2. Faktor Serangga Perosak.
Virus mozek juga boleh merebak melalui serangga perosak yang menjadi agen penyebaran virus tersebut. Serangga perosak akan menyerang dengan mengunyah atau menghisap cairan semua bahagian daun, bunga dan buah. Virus tersebut yang sudah sedia ada berada di mulut serangga perosak akan memudahkan lagi penyebaran apabila serangga tersebut menghisap dan memakan tanaman.

Antara serangga yang menjadi agen penyebaran virus ini seperti:

  • Kutu Daun/Aphid
  • Lalat Putih
  • Kutu Thrips
  • Hama
  • Ulat Ratus dan lain-lain
3. Faktor Manusia.
Manusia juga boleh menjadi penyebab virus tersebut merebak tetapi tidak menghisap seperti serangga perosak. Antara penyebab virus ini boleh merebak melalui manusia kerana:

  • Mengabaikan penjagaan semasa menyemai dan anak benih. Ada segelintir pekebun/penjual anak benih mengabaikan penjagaan anak benih yang tidak mengikut Standard yang sepatutnya seperti kawalan serangga sambil lewa atau meletak anak benih tempat yang mudah terdedah pada serangan serangga perosak. Sebolehnya anak benih diletakkan didalam rumah hijau dan dilindungi dengan jaring serangga serta membuat kawalan penyakit & perosak secara berkala.
  • Penyebaran virus ini jugak boleh merebak melalui kaedah memetik menggunakan gunting dan memotong tangkai menggunakkan kuku. Mata gunting dan kuku yg digunakkan pada pokok sudah dijangkiti virus melekat dan apabila pokok sihat ini terluka, virus² yg melekat pada mata gunting dan kuku akan tertinggal pada bahagian luka tangkai tersebut.

Jadi ini antara penyebab kenapa virus mozek ini boleh merebak dengan begitu pantas.

Kredit FB : Pertanian Moden

Rabu, 24 Mei 2023

Kerja Kosong di Lipis

 


We Are Hiring
Kerja Kosong Retail / F&B
Pengambilan untuk cawangan FamilyMart
Lokasi : Pusat Perniagaan Barry Kuala Lipis
 
𝐒𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭-𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 :
  • Warganegara Malaysia
  • Umur 18 ke atas
  • Boleh Kerja Syif, Cuti umum, Hujung minggu
  • License D/DA/B2 dengan kenderaan sendiri
𝐊𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐢𝐧:
  • Basic dari RM1500
  • Elaun Kedatangan, Kerja Malam
  • Elaun Sara Hidup
  • Panel klinik
  • Pakaian seragam disediakan
  • Peluang untuk kenaikan gaji dan pangkat

Sila WhatsApp 016-3501737 atau klik link di bawah untuk keterangan lanjut:

https://wa.link/zzw7m5


Kredit FB : Lipis



Isnin, 22 Mei 2023

Fun Run 5 KM Lipis Hill Challenge


Pada : 13 Ogos 2023 : Masa :  07.00 pagi
Tempat : Dataran Orang Kaya Haji


*KINI KAMI TELAH KEMBALI*
Secara rasminya tirai berprestij Lipis Hill Challenge Run 2023 kini,telah pun dibuka besempena Sambutan Hari Pendermaan Organ Sedunia pada Ogos 2023 nanti. Ayuhh semua, munculkan diri....

Pendaftaran Online dibuka mulai 10.00 pagi 20/5/2023 sehingga 5 Julai 2023. Kategori kalini Terbuka untuk FUN RUN 5KM.
YURAN HANYALAH RM40 SAHAJA( Early Bird 20/5- 4/6/23) Rm45 ( Normal price 5/6-5/7/23) !!!
BERBALOI -BALOI AOKME SEMUA !!!
 
✅Baju Sublimation ✅ Medal Penamat ✅ Cabutan Bertuah ✅ Goodies Bag ✅ Sijil Penyertaan ✅ Jualan ✅ Pameran Kesihatan macam2 lagi lah ada nanti..
Jom DAFTAR....‼️‼️‼️
..........................................................................
Berikut merupakan link ke pendaftaran online

Untuk pendaftaran secara manual bolehla terus *Mendaftar di Kaunter Lobi Hospital Kuala Lipis *Mulai 23 Mei 2023 @ Selasa sehingga 5 Julai 2023*...Terima kasih

*Sebarang persoalan dan pertanyaan ,sila hubungi* :
1.Pn Zan :012-9875457
2.En Amirul : 017-9672966
3.Pn Lily Ng : 016-9863749 
4.Dr.Lim Tee Ling : 016-9589890  
5.Dr.Kho Kai Xing : 019-3019673
*Jumpa SEMUA ‼️‼️*


 

Hari Hol Pahang

 

Sempena memperingati kemangkatan Al-Marhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'azzam Shah.

"Ya Allah Cucurilah Rahmat Ke Atas Roh Baginda"

Al-Fatihah.


Racun Herba Organik

 


Penerangan Produk

Redmagic - racun herba organik berkualiti tinggi yang diperbuat daripada minyak jarak
Redmagic ialah racun herba organik yang diperbuat daripada minyak jarak yang memberikan kawalan yang unggul dan tahan lama ke atas kebanyakan jenis rumput, akar dan biji benihnya. Produk ini sesuai untuk peminat taman dan rumput yang ingin membasmi tumbuh-tumbuhan yang tidak diingini sambil menghalangnya daripada tumbuh semula.

Tidak seperti pembunuh rumpai lain di pasaran, Redmagic benar-benar tidak toksik dan selamat untuk digunakan di sekeliling manusia, haiwan peliharaan dan tumbuhan. Ia tidak meninggalkan sisa berbahaya di dalam tanah, memastikan taman anda kekal sihat dan subur walaupun selepas menggunakan produk ini.

Bagaimanakah Redmagic berfungsi? Ia menggunakan campuran unik bahan aktif yang berasal daripada minyak kastor, yang berfungsi dengan memecahkan membran sel daun dan batang tumbuhan sasaran, menyebabkan ia layu dan mati dalam beberapa jam. Minyak juga menembusi tanah, sampai ke akar tumbuhan dan menghalang pertumbuhan baru daripada berlaku. Pendekatan dwi-tindakan ini memastikan bahawa seluruh tumbuhan dibunuh, tanpa peluang untuk tumbuh semula.

Jika dibandingkan dengan pembunuh rumpai lain, kebanyakannya adalah toksik dan menimbulkan risiko kepada kesihatan manusia, kehidupan haiwan, dan alam sekitar. Ia mengandungi bahan kimia yang boleh meresap ke dalam tanah dan saluran air, mencemarkan ekosistem semula jadi. Produk ini juga mungkin mempunyai bau yang kuat, memerlukan peralatan perlindungan untuk digunakan, dan memerlukan beberapa aplikasi untuk berkesan.

Redmagic berbeza. Ia adalah penyelesaian organik sepenuhnya yang tidak membahayakan alam sekitar, manusia atau haiwan. Ia mempunyai bau yang lembut dan mudah digunakan, hanya memerlukan satu sapuan untuk berkesan. Redmagic ialah alternatif yang berpatutan kepada racun herba tradisional, memerlukan kurang produk setiap kaki persegi daripada kebanyakan bahan kimianya.

Produk tiruan adalah masalah utama Redmagic kerana populariti dan keberkesanannya. Produk palsu atau peniru ini mungkin dipasarkan di bawah nama yang serupa, seperti Killweed, Grass Killer, dsb. Produk ini selalunya dibuat dengan bahan-bahan berkualiti rendah, tidak mempunyai pelabelan yang betul dan mungkin tidak menjalani ujian yang ketat untuk keselamatan dan keberkesanan. Sesetengah produk ini mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh membahayakan orang, haiwan peliharaan, tumbuhan dan alam sekitar."


Dapatkan https://invl.io/clilgt7

Rabu, 10 Mei 2023

Kaji selidik Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan (IBVK)

 



TAHAP PENGETAHUAN DAN AMALAN PENGURUSAN TERNAKAN DALAM KALANGAN PENTERNAK DI PAHANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tuan/ Puan,

Kami penyelidik dari Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan (IBVK), Jerantut, Pahang sedang menjalankan satu (1) kajian mengenai tahap pengetahuan dan amalan pengurusan ternakan dalam kalangan penternak di Pahang. Soal selidik ini bertujuan untuk memperoleh maklumat penting dalam membangunkan rangka kerja sosial bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami. Soal selidik ini akan mengambil masa selama 10 minit dan ia mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A: Maklumat Demografi, Bahagian B: Pengurusan Ladang dan Bahagian C: Faktor pengaplikasian Kaedah Permanian Beradas. Segala maklumat dan data yang dikumpul adalah SULIT dan RAHSIA kerana maklumat ini hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja.





Selasa, 9 Mei 2023

Peminat Kayuh Basikal

 


Odometer Basikal Komputer

Odometer Basikal Komputer XOSS G+ GPS/Basikal Gunung/Basikal Jalan Komputer Tanpa Wayar Kalis Air/Bluetooth ANT+

XOSS G+ menaik taraf pada komputer berbasikal berwayar dengan penemuan terkini dalam teknologi GPS yang menjejaki setiap detik dengan tepat dan tepat. Ia mudah dipasang dan menawarkan pengalaman pengguna yang lancar.


XOSS G+ menyokong penghantaran protokol ANT+, serasi dengan kebanyakan penderia berbasikal di pasaran. Ia merekodkan 15 jenis data untuk memenuhi keperluan penunggang basikal yang paling penting.

XOSS G+ menyokong apl pihak ketiga seperti Strava dan Puncak Latihan, jadi anda boleh berkongsi tunggangan anda dengan rakan dan peminat berbasikal dengan mudah. XOSS G+ juga dilengkapi dengan apl pendampingnya sendiri, menyediakan analisis data profesional dan penjejakan prestasi. Data ini mungkin penting bagi mereka yang bersedia untuk lawatan dan pertandingan berbasikal.



Dengan teknologi IPX7, XOSS G+ adalah kalis air supaya anda boleh menikmati pengalaman berbasikal dalam semua keadaan cuaca.

Kombo 1 :Peranti & Irama

Kombo 2: Peranti, Irama & Denyutan Jantung

Kombo 3: Peranti, Irama, Kadar Jantung, Lekap Cnc & sarung silikon dengan perlindungan kaca terbaja.

XOSS G+ GPS Computer Bike Odometer/Mountain Bike/Road Bike Waterproof Wireless Computer/Bluetooth ANT+

Dapatkan : https://invl.io/clif2b7





AddToAny