responsif teks foto

Rabu, 10 Mei 2023

Kaji selidik Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan (IBVK)

 



TAHAP PENGETAHUAN DAN AMALAN PENGURUSAN TERNAKAN DALAM KALANGAN PENTERNAK DI PAHANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tuan/ Puan,

Kami penyelidik dari Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan (IBVK), Jerantut, Pahang sedang menjalankan satu (1) kajian mengenai tahap pengetahuan dan amalan pengurusan ternakan dalam kalangan penternak di Pahang. Soal selidik ini bertujuan untuk memperoleh maklumat penting dalam membangunkan rangka kerja sosial bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami. Soal selidik ini akan mengambil masa selama 10 minit dan ia mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A: Maklumat Demografi, Bahagian B: Pengurusan Ladang dan Bahagian C: Faktor pengaplikasian Kaedah Permanian Beradas. Segala maklumat dan data yang dikumpul adalah SULIT dan RAHSIA kerana maklumat ini hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja.





Tiada ulasan:

AddToAny