PUNCA VIRUS MOZEK MEREBAK
Virus adalah makhluk yang amat seni/halus dan boleh hidup dalam sel hidupan seperti manusia, haiwan, tumbuhan malah didalam kulat dan bakteria. kesan sekiranya dijangkiti virus adalah amat membinasakan dan mendatangkan kerugian yang besar pada yang mengalaminya. Jadi pada kali ini saya akan bercerita tentang Mosaics Virus atau virus mozek satu penyakit tanaman yang menghantui para pekebun. Mengikut jurnal pertanian tiada mana² negara yang mengistiharkan virus ini boleh dimusnahkan melalui ubat atau racun kimia. Jadi kali ini saya akan kongsikan secara ringkas faktor bagaimana penyakit ini boleh merebak.
Antara virus mozek yang selalu menyerang tanaman adalah jenis:
- Chilli Veinal Mottle Virus (CVMV)
- Cucumber Mosaic Virus (CMV)
- Tomato Spotted Wilt Virus (TSWV)
- Tomato Yellow Leaf Curl Virus (TYLCV)
Virus Mozek ini boleh merebak disebabkan beberapa faktor iaitu:
1. Faktor Biji Benih.
Pemilihan atau pembelian biji benih seharusnya dibeli daripada individu/syarikat yang dipercayai serta proses pembuatan/saringan biji benih mengikut S.O.P yang diperakui sah oleh Jabatan Pertanian antarabangsa. Virus mozek tersebut mampu hidup didalam biji benih seterusnya akan menjadi punca mozek ini akan merebak diladang apabila pokok sudah membesar.
2. Faktor Serangga Perosak.
Virus mozek juga boleh merebak melalui serangga perosak yang menjadi agen penyebaran virus tersebut. Serangga perosak akan menyerang dengan mengunyah atau menghisap cairan semua bahagian daun, bunga dan buah. Virus tersebut yang sudah sedia ada berada di mulut serangga perosak akan memudahkan lagi penyebaran apabila serangga tersebut menghisap dan memakan tanaman.
Antara serangga yang menjadi agen penyebaran virus ini seperti:
- Kutu Daun/Aphid
- Lalat Putih
- Kutu Thrips
- Hama
- Ulat Ratus dan lain-lain
Manusia juga boleh menjadi penyebab virus tersebut merebak tetapi tidak menghisap seperti serangga perosak. Antara penyebab virus ini boleh merebak melalui manusia kerana:
- Mengabaikan penjagaan semasa menyemai dan anak benih. Ada segelintir pekebun/penjual anak benih mengabaikan penjagaan anak benih yang tidak mengikut Standard yang sepatutnya seperti kawalan serangga sambil lewa atau meletak anak benih tempat yang mudah terdedah pada serangan serangga perosak. Sebolehnya anak benih diletakkan didalam rumah hijau dan dilindungi dengan jaring serangga serta membuat kawalan penyakit & perosak secara berkala.
- Penyebaran virus ini jugak boleh merebak melalui kaedah memetik menggunakan gunting dan memotong tangkai menggunakkan kuku. Mata gunting dan kuku yg digunakkan pada pokok sudah dijangkiti virus melekat dan apabila pokok sihat ini terluka, virus² yg melekat pada mata gunting dan kuku akan tertinggal pada bahagian luka tangkai tersebut.
Jadi ini antara penyebab kenapa virus mozek ini boleh merebak dengan begitu pantas.
Kredit FB : Pertanian Moden
Tiada ulasan:
Catat Ulasan