responsif teks foto

Jumaat, 26 Mei 2023

Semak Arah Kiblat Anda.


Umat Islam di negara ini setiap tahun disarankan untuk menyemak kedudukan arah kiblat dari lokasi mereka tepat pukul 5.16 petang pada setiap 28 Mei.

Pada hari tersebut umat Islam boleh memperbetulkan kedudukan kiblat dengan menggunakan sebarang objek tegak untuk melihat arah bayang lurus matahari.

Garisan daripada imej bayang berkenaan, akan menunjukkan lokasi ke arah Kaabah dan seterusnya boleh ditanda sebagai panduan rujukan terutama untuk tujuan ibadah solat.

Kaedah Istiwa’ A’dzam dianggap antara cara alamiah berkesan bagi penentuan arah tepat kiblat dan sering digunakan umat Islam lebih 1,400 tahun dahulu sebelum kompas dicipta.

Ketika ini, terdapat pelbagai aplikasi moden dalam talian bagi merujuk arah Kaabah, tetapi kaedah canggih itu mungkin ada juga khilaf akibat kesan pengaruh paksi magnet bumi.

Implikasi ralat itu boleh mengakibatkan kedudukan kiblat tersasar kerana meskipun kecil perbezaan hanya satu darjah sebenarnya bersamaan dengan jarak sejauh 122 kilometer.


Sticker Arah Kiblat / Kiblat Arrow / Kiblat Sign Pvc Sticker School Hotel Homestay Masjid Majlis Restroom Use





Tiada ulasan:

AddToAny