responsif teks foto

Isnin, 16 Disember 2024

Rumput Mombasa

16 Dec 2024

Semai benih  pada 7 Okt 2024

Benih rumput Mombasa atau dikenali sebagai Panicum Maximum yang mempunyai ketinggian dua meter(m) dan kelebaran daun 3 sentimeter(cm). Rumput Mombasa juga mempunyai rerambut pendek dipermukaan atas. Ia boleh hidup dalam cuaca sejuk dan kemarau dan tempoh matang untuk dituai dalam masa 40 hingga 45 hari.

Kelebihan rumput Mombasa adalah dapat menghasilkan makanan 20-40 tan metriks sehari. Mempengaruhi 28% pengeluaran makanan berbanding rumput Purple Guinea. Tambahan, rumput ini dapat meningkatkan kadar berat haiwan ternak sebanyak 770kg dalam setahun untuk satu ekor lembu.







Sabtu, 14 Disember 2024

Jarak Tanaman Durian

 

2020 - 2024

JARAK TANAMAN DURIAN.

1 ekar = 43,560 kps
Jarak tanaman: 43,560 ÷ (Jarak tanaman yg disyorkan)

3 jarak tanaman yg disyorkan:-
1. 40x40 kaki: 27 pokok
2. 35x35 kaki: 36 pokok
3. 30x30 kaki: 48 pokok
Jika ada slope/kecerunan: jarak antara baris pokok boleh buat dekat di antara 20-25 kaki. Sebab bila ada cerun cahaya boleh kena kepada kanopi pokok.

Contoh:
Ada slope/CERUN sekitar 10°-15°: jarak yg di pilih 35 kaki (antara pokok) x 25 kaki (antara baris)
Bil. anak pokok yg dpt ditanam = 50 pokok

Selamat Berkebun Durian.


Isnin, 18 November 2024

Dato’ Sri Siti Nurhaliza Biduanita Negara

Sekalung Tahniah diucapkan kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza atas penganugerahan sebagai Biduanita Negara  sempena Anugerah Seni Negara 2024.




Rabu, 13 November 2024

Pecah Bahagian/Sempadan Tanah


Ramai tanya saya pasal pecah lot, berapa lama proses, berapa kos dan yg berkaitan. Ni saya terangkan serba ringkas nak bagi paham. Pasal kos tu, sebaiknya tanya jurukur. Saya boleh share tapi nanti ramai kata mahal, tak logik dan kata dia buat murah je. Kena paham, yg buat murah tu kadang tak buat proses pecah lot yg sebenar pun. Cuma panggil jurukur , tanda sempadan dan pacak besi tanda luas saja. Itu bukan pecah lot atau pecah geran. Yang tu memang lah murah, tapi tak menyelesaikan masalah geran kongsi.

Sebenarnya mcm ni, dalam urusan pecah lot ni dia ada banyak peringkat. Setiap urusan tak sama tempoh siap sesuatu proses tu.

Dalam pecah lot atau pecah geran ni , istilah tepat ikut KTN ada 2 jenis.
 
1. Pecah Bahagian
2. Pecah Sempadan

Pecah lot/pecah geran tu bahasa yg org awam guna utk memecahkan sekeping geran (tanah besar)
kepada beberapa geran dgn saiz tanah lebih kecil.

So untuk kedua dua ni tempoh masa tak sama. Sebelum pecah sempadan, kalau status Pertanian kena tukar dulu jadi Bangunan (tempoh biasa tukar syarat ni 1thn minima). Lepas tu baru dibuat pecah sempadan 6-8bln pulak tempohnya. So dah jadi 1.5thn minima.

Okay, kalau Pecah Bahagian (biasa geran kongsi yg semua pemilik dah ada nama dlm geran). Yang ni boleh terus proceed tanpa tukar syarat tanah, jika syarat luas minima dipenuhi. (Tak semua boleh pecah, kalau kecik sangat besar reban ayam mcm mana nak pecah?). Tempoh ni 6-8bln jika tak perlu tukar syarat tanah.
 
Bab serahan tanah untuk jalan tu bergantung pada PBT dan pej tanah. Ada yg minta 10kaki , 20kaki utk rezab jalan. Terpaksa serah rezab jalan utk kemudahan semua pemilik.

Apa beza Pecah Bahagian vs Pecah Sempadan? Tgk ilustrasi bawah ni utk senang paham. Kedua-duanya memberi implikasi geran asal dipecahkan kepada dua keping geran baru. Selain daripada proses ni, kalau setakat jurukur datang dan tanda atas tanah tanpa geran dipecahkan, itu cuma kerja ukur saja. Geran asal tak berubah. Kena paham betul² agar tahu apa yang anda buat dan bayar.

Tak paham, boleh pm tanya saya. Kalau ada masa dan rajin, saya jawab.
Ni saya tak cerita lagi akta KTN apa nak guna KTN124 ke 124A ke 204D ke.. nanti lagi korang pening tak paham.


Kredit  FB Sakran Sapie


Khamis, 7 November 2024

Jelajah Teremba Tok Linggi

 



Teremba Rumi

JELAJAH TEREMBA TOK LINGGI @BERCHANG

Dengan hormatnya dijemput seluruh waris Tok Linggi dan keluarga ke Program Jelajah Teremba pada :

  • Tarikh : 16 Nov @ Sabtu
  • Masa : Bmula 9.00 pgi
  • Tempat : Masjid Berchang.

Jemput semua yer, ajak belaka anak beranak bior nye kenal kenal ke waris...

Bior nye tau sape Tok Linggi.

Insyallah

Jumpa kite yer...


Terima kasih


Jumaat, 25 Oktober 2024

Kerja Bina Di R&R Lebuh Tengah Utama


Kerja Bina Di R&R LTU Mula Mac, Siap Sepenuhnya Ogos 2025

Kerja-kerja membina hentian Rehat dan Rawat (R&R) di jajaran Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) Seksyen 4A: Kampung Relong ke Ladang Jerkoh, Kuala Lipis dijangka bermula Mac dan siap pada Ogos 2025.

Itu kata Timbalan Menteri Kerja, Raya Datuk Seri Ahmad Maslan ketika menjawab usul dikemukakan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai jumlah hentian R&R yang akan dibina di Pahang dan Kelantan.

"Bagi Kelantan, ini merupakan tambahan kepada R&R yang sedia ada di Gua Musang Utara dan Gua Musang Selatan.

“Kedua-dua hentian R&R itu akan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti kawasan rehat, tandas, surau, gerai jualan, kawasan permainan kanak-kanak, rumah sampah dan tempat parkir yang mampu meningkatkan tahap keselesaan serta keselamatan pengguna jalan raya.

Kajian awal mendapati pembinaan dua hentian R&R baharu di sepanjang jajaran itu mencukupi untuk menampung keperluan pengguna jalan raya dengan mengambil kira jumlah trafik, pola perjalanan pengguna terutama ketika musim perayaan dan jarak antara kemudahan sedia ada.,” katanya.




Khamis, 10 Oktober 2024

BUDI Agri-Komoditi

Petani dan Pekebun kecil

Bantuan subsidi tunai disediakan kepada golongan petani, penternak dan pekebun kecil yang berdaftar dengan Kementerian terlibat untuk dimanfaatkan susulan kenaikan kos diesel jentera pertanian yang digunakan.


1. Apakah itu BUDI Agri-Komoditi?

BUDI Agri-Komoditi merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada
pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel. Kategori ini adalah khusus
untuk petani kecil (Tanaman, Akuakultur, dan Ternakan) dan pekebun kecil
(Sawit, Getah, Koko, Lada, dan Kenaf) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar
dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

2. Siapakah yang layak memohon dan menerima bantuan BUDI AgriKomoditi?
Bagi kategori pertanian, pengusaha pertanian termasuk petani dan penternak yang
terlibat dalam aktiviti tanaman, ternakan dan akuakultur layak memohon bantuan
penyasaran subsidi diesel. Pesawah dan nelayan tidak terlibat untuk penyasaran
subsidi diesel fasa pertama ini. Subsidi sedia ada akan diteruskan sehingga
dimaklumkan kelak.

Bagi kategori perladangan pula, pengusaha pertanian termasuk pekebun kecil sawit,
getah, koko, lada dan kenaf layak memohon.

Kriteria kelayakan bantuan penyasaran subsidi diesel sektor pertanian dan
perladangan adalah seperti berikut:

Petani Kecil*

i. Warganegara Malaysia;

ii. Individu/ Pertubuhan yang berdaftar dengan KPKM melalui sistem
pendaftaran GeoAgro di pautan https://budimadani.gov.my/Account/Login.aspx
ataupun telah berdaftar dengan agensi berkaitan iaitu:

  • Sektor tanaman dengan Jabatan Pertanian Malaysia (tidak termasuk pesawah padi)
  • Sektor ternakan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dan
  • Sektor akuakultur dengan Jabatan Perikanan Malaysia (tidak termasuk nelayan);

iii. Individu/Pertubuhan yang merupakan pengusaha pertanian berskala kecil
yang memiliki dan mengusahakan hasil pertanian makanan dan
menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini,
pengusaha pertanian kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan
hasil pertanian tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000; dan

iv. Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI iaitu
https://budimadani.gov.my termasuk mengesahkan memenuhi kriteria
kelayakan termasuk tahap nilai jualan tahunan.

Pekebun Kecil*

i. Warganegara Malaysia;

ii. Individu perlu berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Perladangan
& Komoditi, seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi pekebun
kecil persendirian, Lembaga Getah Malaysia (LGM) Lembaga Kenaf dan
Tembakau Negara, Lembaga Lada Malaysia;

iii. Sebagai panduan, pekebun kecil melibatkan keluasan tanah yang dimiliki
dan diusahakan mengikut sektor komoditi /jenis tanaman seperti berikut:

  • Pekebun kecil Sawit persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah
  • Pekebun kecil Getah persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah. Sila semak Kad PAT-G 
  • Pekebun kecil Koko, Lada dan Kenaf persendirian: keluasan 2.5 hektar ke bawah

iv. Individu yang merupakan pekebun kecil yang memiliki dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pekebun kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil perladangan tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000; dan

v. Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI
iaitu https://budimadani.gov.my termasuk mengesahkan
memenuhi kriteria kelayakan termasuk tahap nilai jualan
tahunan.





Rabu, 14 Ogos 2024

Hari Durian Daerah Lipis 2024

 




Hari Durian Daerah Lipis

Tarikh : 13 Ogos 2024 (selasa)

Jam : 0900 Pagi  - 0100 Tengahari

Tempat : Perkaranagan Pejabat Pertanian Daerah Lipis.

𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐆𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐉𝐀𝐌𝐀𝐋𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐔𝐌 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐋𝐈𝐏𝐈𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟒

Tuah pokok durian berusia lebih 60 tahun milik Cikgu Jamaluddin dari Lubuk Hik telah mengalahkan 21 durian kampung yang lain dengan membawa balik Gelaran Juara Durian Kampung Premium Daerah Lipis 2024. Memiliki rasa lemak berkrim seperti mentega menjadi pilihan 9 orang juri pertandingan.

Tempat Kedua 𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐄𝐍.𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃 𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌𝐈 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐆. 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐔

Manakala tempat ketiga 𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝟔 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐄𝐍. 𝐉𝐎𝐇𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐀𝐍𝐆.

Kredit : FB AmirMarwan Cch

Sabtu, 27 Julai 2024

Patin Sungai di Pasar Bunga Cengkih

 


Patin sungai atau lebih dikenali dengan nama patin buah merupakan ikan patin yang ke dua termahal berbanding yang pertama patin moncung.harga pasaran ikan patin ini iala rm140/160 sekilo.
Rasa isinya lembut manis dan berlemak menjadikan ianya pilihan utama pengemar ikan patin.


Jumaat, 19 Julai 2024

Baja Tinja Ayam.

 


Tinja ayam sebagai baja utama tanaman termasuk getah pekebun.

Najis ayam adalah sumber nitrogen, fosforus, dan kalium yang sangat baik, beserta mikronutrien penting lain terutama magnesium, menjadikannya baja organik yang sangat baik untuk pertanian termasuk tanaman getah.

Berikut adalah beberapa petua untuk menggunakan najis ayam dalam penternakan:

1. Najis ayam segar mengandungi ammonia yang tinggi dan boleh membakar( mencederakan) tumbuhan terutama akar aktif, jadi ia perlu berumur sekurang- kurangnya enam bulan sebelum digunakan sebagai baja( mesti dibiarkan dahulu jika ia diperolehi yang baru).

Proses peraman membolehkan ammonia hilang dan memecahkan najis menjadi unsur tanah yang kaya dengan nutrien.

2. Pengkomposan baja ayam adalah cara yang baik untuk menguraikan lagi najis, mengurangkan patogen( sumber penyakit), dan mencipta baja yang lebih stabil.





Untuk mengompos najis ayam, campurkan dengan bahan kaya karbon seperti jerami padi, hampas tebu, sabut , sekam padi atau daunan kering, pastikan timbunan lembap, dan balikkannya dengan kerap untuk pengeudaraa.

3.Setelah baja najis ayam sudah matang atau selesai dikompos, ia boleh ditabur ke tanah.

Taburkan baja secara merata ke atas kawasan dada tanaman getah.Sebaiknya diratakan baja najis pada musim daun baru gugur secara sederhana, juga bila bila masa yang dirasakan tanaman memerlukan disebabkan penuaian kita yang intensif dan kerap.

4. Najis ayam adalah bernutrien tinggi, jadi adalah penting untuk tidak menggunakan secara berlebihan.

Sebenarnya ia adalah baja penting dalam tanaman tembikai, jagung, buahan, dan sumber utama dalam pembuatan baja organik bermutu cuma ia perlu diproses dengan sempurna untuk mengelakkan kecederaan tanaman kita.

Kalau tuan tuan malas boleh cuba sedikit dahulu dan lihat perbezaannya.

Terlalu banyak nitrogen boleh membakar tumbuhan dan merosakkan kualiti tanah.

Kesimpulannya, menggunakan baja najis ayam dalam pertanian adalah cara terbaik untuk meningkatkan kesihatan tanah dan menyediakan nutrien penting kepada tumbuhan.

Dengan mengompos najis ayam dengan betul dan menggunakannya secara sederhana, tuan tuan boleh menikmati hasil getah yang baik dan lumayan dengan kos yang tidak mahal.


Khamis, 18 Julai 2024

Karnival Kerjaya Myfuture jobs Kuala Lipis 2024

 


10 & 11 OGOS 2024 (SABTU & AHAD) - SERTAI KAMI DI KARNIVAL KERJAYA MYFUTUREJOBS @KUALA LIPIS, PAHANG 2024

PERKESO Negeri Pahang (MYFutureJobs) akan mengadakan temu duga terbuka selama dua hari yang akan melibatkan dalam 15 majikan akan turut serta. Kepada Pencari Kerja yang sedang mencari pekerjaan anda dijemput untuk hadir pada waktu berikut :
  • TARIKH : 10 & 11 OGOS 2024 (SABTU DAN AHAD)
  • TEMPAT : DEWAN JUBLI PERAK, KUALA LIPIS, PAHANG
  • MASA : 9.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
Pencari kerja yang berminat digalakkan untuk membawa dokumen seperti berikut:
  • Resume
  • Gambar Passport
  • Salinan Sijil Akademik
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Pen

SEMOGA BERJAYA DALAM MENCARI PEKERJAAN DAN JUMPA ANDA DI SANA... !!!!

Selasa, 16 Julai 2024

Persimpangan Raub Utara ke Ladang Selborne (50KM)

 


Pembinaan Lebuhraya Lingkaran Timur Utama (LTU) (Nama asal adalah Central Spine Road (CSR)) antara Kuala Krai, Kelantan hingga ke daerah Bentong dijadual siap sepenuhnya pada 2026.

Projek keseluruhan Lebuhraya LTU sejauh 350 kilometer tanpa tol dengan kos keseluruhan bernilai kira-kira RM8.7 bilion itu melibatkan enam fasa dengan empat daripadanya sejauh lebih 200 km terletak di dalam Pahang manakala selebihnya terletak di Kelantan.

Fasa Pertama: Kuala Krai ke Jambatan Sungai Lakit sejauh 47km
Fasa Kedua: Jambatan Sungai Lakit ke Gua Musang sejauh 59km
Fasa Ketiga: Gua Musang ke Kampung Relong, Pahang 92.5km
Fasa Keempat: Kampung Relong ke Raub 50km
Fasa Kelima: Raub ke Bentong 54km
Fasa Keenam: Bentong ke Simpang Pelangai 47.5km

Pembukaan Bentong Bypass dapat mengurangkan kesesakan di jalan persekutuan sedia ada di bandar Bentong selain meningkatkan kebolehcapaian serta menjana ekonomi di kawasan Pahang Barat termasuk sektor pelancongan dan industri kecil dan sederhana.

Selain membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi, pembinaan lebuh raya itu juga membantu mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di bandar Bentong pada musim perayaan dan cuti sekolah ekoran pertambahan kenderaan menuju ke Kelantan.

Pada November 2020, kerajaan memaklumkan Lebuhraya LTU ini dijangka bakal siap sepenuhnya pada tahun 2025. Namun disebabkan pandemik, projek ini telah tertunda selama setahun.


Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) or Kuala Krai–Kuala Pilah Highway, Federal Route 34, is a new toll-free highway under construction in the center of Peninsular Malaysia.

The 325 km (201 miles) highway is built to eventually replace the former two-lane Malaysia Federal Route 8 (Gua Musang Highway) and Malaysia Federal Route 9 (Karak–Tampin highway).

Construction of LTU starts at Package 3 which is from Merapoh to Kampung Relong. It commences at Package 3 as the Gua Musang Highway passes through Chegar Perah which is prone to roadkill.

The highway has a long eco-viaduct built in this section.

Package 5 which is from north Raub to Karak will be built next, which will connect it to E8 Kuala Lumpur–Karak Expressway bypassing Bentong and Mempaga. This will help detour traffic from the steep mountainous grade between Raub and Bentong.




Isnin, 10 Jun 2024

Harga getah Lantun 6 Jun 24 - RM 4.20

 





Pokok getah ibarat tabungan duit bagi pekebun yg punyai tanah disekitar.Andai tuan tuan maseh punyai pokok getah yg maseh baik usahakanlah agar :-

1.Tidak ditoreh sampai hampir kayu kerana getah akan cair kerana kandungan air dan kulit pulihan kurang sempurna dan menganggu penorehan akan datang.

2.Jangan pernah menggunakan peransang ethapon yg akan memerah atau memaksa pokok anda.Anggap pokok anda seperti teman hidup yg juga perlu rehat agar mampu terus menolong anda pada esoknya.

3.Jangan pernah meracun rumpai menggunakan racun serap spt Glyphosate yang akan rosakkan tanah kerana tanah yang subur tidak rosak apatah dengan penutup bumi hatta anak kayu sejuk dan sesuai untuk akar yang sihat.Terhalang dari panas melampau....seolah disiram setiap hari...

Cukup kelembapan sihatlah pokok...

Dalam kebanyakkan kes semak terbiar menyuburkan pokok...

Tapi lorong pokok mestilah bersih...

4.Dan paling utama anggaplah pokok sebagai teman hidup atau sahabat yg akan mrnolong anda dan perlu pastikan pokok cukup rehat.

Tidak wajar ditoreh terus menerus setiap hari..

Anda boleh menoreh pokok hampir setiap hari tetapi maksima 26 hari shj sebulan.Indikatornya bila susu yg ditoreh semakin cair atau sedikit sila rehat terutama tika mendung lebih 2 hari walau tidak hujan.Asasnya cahaya amat diperlukan untuk fotosintesis( jana makanan).

@ anda menoreh selang sehari hanya pada hari yang cuaca baik.

Yang paling disyorkan anda bahagikan kpd 3 bahagian kalau anda mempunyai cukup pokok atau kebun.Buat ABC....

Makna kata selang 2 hari dan ini mampu menjadikan kgk yg tetap baik tdk cair dan pokok mampu bertahan lama...sampai 40 tahun( anda ditoreh baik).

Kredit FB Firdhauws Alhaq




Muat Turun Aplikasi Mudah Alih JomGAP 


Muat Turun Aplikasi Mudah Alih JomGAP untuk Telefon Pintar
Pengguna Android : Google Play

Pengguna juga boleh muat turun aplikasi ini dengan mengimbas QRcode seperti berikut:



  • BMT 2024 dah boleh kemaskini sekarang tamat bulan Sept.



Jumaat, 7 Jun 2024

Moh memancing di Lubuk Kulit


Juara RM 1000.00

Tarikh : 9 Jun 2024

Tempat : Kolam Tok Semambu Sungkai Lubuk Kulit




Atas pemintaan ramai 'event' yg sama, diadakan pada sebelah malam (9mlm-1pagi) 
pada 23 Jun 24 tempat yang sama.




 

Jumaat, 31 Mei 2024

Karnival Tanah Pahang 2024

KARNIVAL TANAH PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2024

  • 01 DAN 02 JUN 2024 (SABTU DAN AHAD)
  • 08.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

DEWAN JUBLI PERAK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (SHAS) KUALA LIPIS

Aktiviti Menarik Sepanjang Karnival

- Kaunter Kutipan Hasil Tanah

- Slot Bicara Tanah

- Cabutan Bertuah

- Diskaun Kompaun Oleh MDL

- Perkhidmatan Kaunter Bergerak JPJ Mobile

- Pameran Jabatan Dan Agensi

- Pemeriksaan Kesihatan dan Pergigian

- Persembahan Artis

- Jualan Produk IKS

- Demonstrasi Membuat Tanjak

- Demonstrasi Masakan Tradisional Lipis

- Perlawanan Persahabatan Futsal

- Gerai Jualan

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Karnival Tanah Pahang 2024 Peringkat Daerah Lipis

#karnivaltanahpahang2024
#ktp2024
#syukurinikmatlaksanakantanggungjawabjelaskancukaitanahanda
#pejabatdaerahdantanahlipis









Sabtu, 6 April 2024

Alternatif kurangkan stress memandu laluan Pahang Barat




Laluan Rasmi dan 1 lagi laluan alternatif untuk kurang stess para driver laluan Pahang Barat menghala ke Kelantan.

  • Laluan Pertama CSR hiway Bentong Raub – exit Raub Utara- Dong- Benta- Kuala Lipis – Bercang- Padang Tengku- Kechau – CSR hiway kechau Gua Musang.
  • Laluan Kedua CSR hiway bentong Raub – Exit Uitm Raub- Bandar Raub- Sg Koyan- Bukit Betong- Aur Gading- Chegar Perah Kampung- Chegar Perah Felda- jalan lama Chegar Perah Felda – Merapoh – Gua Musang.

Sampai Sungai Koyan boleh Google  Map untuk bantuan 

Pastikan Minyak Full. Laluan Kedua Sungai Koyan ada Pam Minyak Petron dan Petronas


Jumaat, 5 April 2024

Sambal Buah Getah

 






Sambal Rong.

Biji getah boleh diprosese menjadi makanan. Saya panggil sambal rong.

Jarang dah orang sekarang pandai membuat sambal rong ni walau pun ianya mudah sekali.

Biji getah dikeluarkan isinya, di tumbuk dengan cili, kunyit dan garam.

Kemudian di tepek diatas papan ( org dulu-dulu panggil 'sengkalan' ) atau atas tudung periuk.

Kemudian di bakar diatas dapur kayu atau arang atau gas sehingga masak. Cara membakar ialah dengan biji getah yang ditumbuk tadi dihalakan ke api.

Rasa lemak-lemak  gitu...makan dgn nasi panas... boleh cuba yer.

Resepi dari Mentakab Pahang.



Isnin, 1 April 2024

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024

𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 (𝗕𝗞𝗞𝗔) 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗡𝗬𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟮𝟱𝟬 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗩𝗘𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗧𝗠

Selaras dengan pengumuman Perdana Menteri pada 1 April 2024, JHEV ATM akan membuat bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfiri (BKKA) Tahun 2024 sebanyak RM250 bermula pada 5 April 2024 (Jumaat). Veteran boleh membuat semakan maklumat bayaran di Portal VIBES 2.0 ;

Ahad, 31 Mac 2024

Buaya - Perjanjiannya di Sungai Pahang

 


“Buaya di Sungai Pahang tidak baham orang. Ada kisah lama di sebalik mengapa buaya-buaya ini tidak ganggu manusia cari rezeki di sungai,” kata Pok Mat memulakan cerita tradisi lisan penduduk Pahang.
Menurut Pok Mat, buaya-buaya di Sungai Pahang sudah tidak lagi membaham manusia disebabkan terikat ‘perjanjian’ dengan seorang pawang terkenal di negeri itu, Pawang Kader atau nama sebenarnya Abdul Kader Awang sekitar tahun 1930-an.

“Diceritakan, seekor buaya besar pernah membaham lelaki Orang Asli di daerah Pekan pada satu masa dahulu (1930-an). Lelaki itu cedera parah tetapi berjaya menyelamatkan diri. Berita itu sampai ke telinga Pawang Kader,” katanya.Ujar Pok Mat lagi, Pawang Kader yang meninggal dunia pada lewat 1980-an itu memiliki ilmu mistik termasuk pandai mengubati gangguan makhluk halus serta berkebolehan menjinakkan haiwan berbisa dan juga pemangsa seperti buaya.

“Setelah menerima khabar daripada penduduk, Pawang Kader segera bertemu lelaki Orang Asli itu. Pawang Kader bukan sahaja membantu mengubatinya, tetapi turut bertanya mengenai ciri-ciri buaya yang menyerangnya,” kata Pok Mat.

Pawang Kader dikatakan pergi ke tepi sungai yang menjadi lokasi lelaki itu diserang. Sambil disaksikan orang kampung, Pawang Kader menyeru buaya berkenaan supaya tampil bersemuka dengannya.
“Beberapa minit selepas membacakan ayat (al-Quran), buaya itu pun timbul. Dikatakan, Pawang Kader hukum buaya itu. Tidak pasti jenis hukumannya. Buaya itu mengalah dan diminta mengikat satu perjanjian.

“Dalam perjanjian (lisan), buaya itu serta seluruh keturunannya tidak dibenarkan membaham manusia. Untuk keadilan dalam perjanjian itu juga, manusia tidak akan membunuh buaya di negeri ini,” tambahnya. Bagaimanapun, Pok Mat menambah, langkah berhati-hati perlu diutamakan ketika berada di habitat haiwan pemangsa itu.

Ia kerana sifat semula jadi reptilia tersebut yang lazimnya akan bertindak ganas di luar jangkaan apabila berasa terancam disebabkan oleh kehadiran manusia.

Pawang Kadir & Kisah Perjanjiannya Di Sungai Pahang


Khamis, 21 Mac 2024

Terminal Bersepadu Gombak (TBG)


Terminal Bersepadu Gombak (TBG) atau nama lamanya Terminal Bersepadu Timur (TBT) dijangka akan dibuka dan beroperasi pada Mei 2024 ini. Semua bas ke Pantai Timur akan berlepas dan tiba di Terminal baharu ini. Ia terletak di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) tidak jauh dari Plaza Tol Gombak.

Terminal Bersepadu Gombak ini telah tertangguh beberapa tahun menyebabkan bas ke Pantai Timur terpaksa menumpang sementara di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan. Begitu juga dengan Terminal Bersepadu Utara (TBU) di Sungai Buloh bagi bas ke Utara yang masih belum siap lagi.

Tren ECRL yang akan beroperasi beberapa tahun lagi juga akan beroperasi di Terminal Bersepadu Gombak (TBG) ini sebagai salah satu komponen pengangkutan awam ke Pantai Timur.

TBG mempunyai konsep dua tingkat untuk pengangkutan awam dan lima tingkat untuk lot perniagaan.

Kredit : Adha Zain
Foto : Fawwaz Media

Rabu, 20 Mac 2024

Jom Balik Pahang 2024

 


𝗠𝗢𝗛 𝗕𝗔𝗟𝗜𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗞𝗘 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚 𝟮𝟬𝟮𝟰
Sekretariat Perantau Anak Pahang akan mengadakan 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗕𝗮𝘂𝗰𝗲𝗿 𝗠𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗣𝗲𝘁𝗿𝗼𝗹 / 𝗗𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝘁𝗮𝘂 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻
Moh ramai-ramai mendaftar di link atau scan bar code seperti berikut :

#MajuTerusPahang #Pahang1st

Kredit 𝗦𝗲𝗸𝗿𝗲𝘁𝗮𝗿𝗶𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝘁𝗮𝘂 𝗔𝗻𝗮𝗸 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴

Ahad, 17 Mac 2024

Jom Masuk Tentera 2024

 


PERMOHONAN AWAL PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT LELAKI SIRI 201 DAN WANITA SIRI 49 TAHUN 2024 SECARA ATAS TALIAN

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan awal Perajurit Muda TD Lelaki Siri 201 dan Wanita Siri 49 Tahun 2024 atas talian dibuka.

1.Pemohon boleh mendaftar permohonan melalui pautan yang telah diberikan.

a. Pendaftaran Permohonan: https://mims.mod.gov.my

b. Pautan Isi Permohonan: https://jmt.mod.gov.my/Landing_JMT.php

c. Panduan Permohonan: https://army.mil.my/.../iklan-pengambilan/panduanpermohonan

2.Tarikh Permohonan Dibuka : 16 Mac hingga 16 Apr 24.

3.Syarat Fizikal

a. Ketinggian Minimum -

i. Lelaki- 162cm

ii.Wanita - 157cm

b. BMI : 18.0 hingga 26.0

c. Umur: 18 tahun hingga 25 tahun pada 16 Julai 24.

d. Status perkahwinan: Bujang (Wanita)

4. Syarat Akademik(Min)

a. SPM - Lulus BM dan Sejarah.

b. SPVM - 2.0 ke atas.

5. Sila daftar menggunakan Komputer/Komputer Riba bagi memudahkan pendaftaran.

6. Sebarang rayuan selepas tamat tempoh permohonan tidak akan dilayan.

7. Pihak Pengambilan berhak membatalkan permohonan pemohon jika terdapat keraguan, penipuan dan pemalsuan maklumat.

8. Layari https://army.mil.my untuk maklumat selanjutnya atau layari Facebook Rasmi Tentera Darat Malaysia.

9. Sebarang pertanyaan, sila hubungi di nombor berikut pada waktu hari bekerja: 03-4014 0470


Isnin, 4 Mac 2024

Belajar buat Batik

*MOH ANAK PAHANG! KITA BELAJAR CANTING BATIK* 

Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah dengan kerjasama Indah Atelier Sdn Bhd akan mengadakan *Kursus Kemahiran Mencanting Batik & Rekaan* khas buat anak pahang! Butiran kursus adalah seperti berikut:

♦️Tempoh Kursus : 20 Hari
♦️Tarikh Kursus : (akan dimaklumkan)
♦️Tempat Kursus : Sekitar Pahang (akan dimaklumkan)

Kami mencari anak pahang yang berhasrat untuk meneroka potensi jana pendapatan melalui Industri Batik. Syarat kelayakan sebagai peserta adalah :
- Berumur 18 - 25 Tahun
- Anak jati Pahang atau IC beralamat Pahang
- Keutamaan bagi anak Pahang dari daerah *Maran - Jengka, Jerantut, Rompin, Bera, Pekan & Temerloh*
- Keutamaan kepada golongan B40

Apa yang menariknya kursus ini?
✅ Program latihan ditaja sepenuhnya
✅ Penginapan, Makan & Minum disediakan
✅ Pengangkutan ke lokasi latihan disediakan
✅ Elaun Sara Diri *RM450*

*Sijil Kemahiran* akan diberikan kepada peserta yang menamatkan kursus ini dengan cemerlang. Ambil peluang keemasan ini! Untuk mendaftar, tekan pautan yang disediakan 👇🏻

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada *10 MAC 2024*

Untuk keterangan lanjut, hubungi

Berakhir jalan sehala Lipis

 

Banjir besar 2021 merosakan  dan memendap trowong air bawah tanah hingga terpaksa dibuat jambatan melalui jalan Taman Cahaya. Pada hari ini kerja-kerja membuka jambatan sementara. Terima kasih  Jabatan Kerja Raya, Majlis Daerah Lipis dan Ahli Parlimen Lipis yang berusaha.

Khamis, 29 Februari 2024

Bandar Lama Lipis

 








Credit photo to Dr. Richard Chan.

Zon Bebas Kenderaan di Kuala Lipis di sekitar Bandar Lama Lipis sebagai satu inisiatif untuk menarik lebih ramai pelancong.
Kenderaan dan motosikal tidak dibenarkan masuk ke Bandar Lama dari jam 7 malam hingga 12 tengah malam pada setiap hari Sabtu. Banyak tarikan menarik disediakan termasuk persembahan busking di dua lokasi dan pelbagai aktiviti menarik sekitar bandar lama.


Khamis, 22 Februari 2024

Skim Tingkatan Ekonomi & Produktiviti Pahang (STEPP) IATn 2024


Tarikh Tutup :  21 Mac 2024

Borang Percuma di PPVD

 

UR-QAP 2024

PROGRAM BANTUAN PENINGKATAN JAMINAN KUALITI PRODUK BERASASKAN TERNAKAN (UNGGAS DAN RUMINAN )

Tarikh Tutup Sehingga 1 Mac 2024

Borang Permohonan Boleh Didapatkan Di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Berhampiran


KERETA TERBABAS DI TEBING SUNGAI KOYAN, SEORANG WANITA MAUT

 


21.2.2024: Pada jam 3.49 petang, JBPM Negeri Pahang menerima panggilan tentang kejadian sebuah kereta telah terbabas yang berlaku dekat Jambatan Perumahan Generasi Ke 2, Sungai Koyan, Pahang.

Pasukan Bomba daripada BBP Sg Koyan telah bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera sebaik panggilan diterima.

Menurut Komander Operasi, PBK II Muhammad Azha bin Mohamad Aris, sebuah kereta telah terbabas dan terbalik di tebing sungai.

Terdapat 2 orang mangsa yang menaiki kenderaan tersebut iaitu seorang lelaki dewasa telah mengalami kecederaan dan seorang lagi mangsa, wanita dewasa telah tersepit di dalam kereta itu.

Pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi penyelamatan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat.

Namun, setelah mangsa berjaya dikeluarkan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan daripada KKM. Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.

Manakala, mangsa lelaki yang cedera telah dibawa ke hospital oleh petugas daripada KKM.

#BombaSungaiKoyan
Bomba & Penyelamat Negeri Pahang

Isnin, 19 Februari 2024

Pendaftaran Pertandingan Karnival Kekal Sihat MYCHAMPION Peringkat Daerah Lipis 2024


Tarikh : 09 MAC 2024
Hari    : Sabtu
Masa  : 7.30 pagi- 1.00 petang
Tempat : Laman Sejahtera Sg Koyan, Lipis

Berita baik untuk semua warga Lipis!

Antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan adalah Aerobatik, Chairobic, Pertandingan Mewarna Kategori Kanak-kanak 4-6 Tahun & 7-9 Tahun, Pertandingan Mewarna Kategori Warga Emas 55 Tahun dan ke atas, Pertandingan Fesyen 3R Kategori Lelaki dan Perempuan, Pertandingan Sukaneka Kategori Lelaki dan Perempuan ( Transfer Getah Menggunakan Straw, Zam-zam Ala Kazam, Batik Berangkai, Barisan Terpanjang), Pertandingan Netball Shoot, Pertandingan Crossbar, dan Pertandingan Timbang Bola Takraw. Syarat-syarat penyertaan disertakan di link pendaftaran.

Jom sertai pertandingan-pertandingan ini dan hadiah menarik menanti anda! Pendaftaran adalah percuma. Jadi, tunggu apa lagi? Moh daftar sekarang!

Tarikh tutup pendaftaran: 28 Februari 2024

Klik link ini atau scan qr code utk pendaftaran:










Pertandingan Netball Shoot :

Kuiz Aokmer Wehh!! Moh Cakner Tibi

Pertandingan Crossbar & Pertandingan Timbang Takraw : Walk-in semasa hari karnival dijalankan. 

Terima kasih 


 

Sabtu, 17 Februari 2024

Perlaksanaan Zon Bebas Kenderaan di Bandar Lipis


Pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan atau Car Free Zone yang akan dilaksanakan oleh Majlis Daerah ini adalah usaha ke arah memastikan Bandar Lipis  sebagai bandar rendah karbon. 

Pelaksanaan ini merupakan antara inisiatif yang mampu menyumbang kepada pengurangan karbon.

Zon Bebas Kenderaan di Bandar  Lipis melibatkan penutupan beberapa jalan selama 5 jam bermula 7 petang setiap Sabtu hingga 12 tengah malam Ahad. 
Tarikh Pelancaran adalah pada 24.2.2024

Lokasi tersebut adalah di Bandar Kuala Lipis bermula di Kompleks Alamanda dan berakhir di Tokong Thean Hou dengan jarak sepanjang 1.5 kilometer .

Penutupan jalan itu turut memberi peluang khususnya kepada warga lipis dan pelancong untuk melihat bangunan bersejarah dan meluangkan masa lebih lama di  laman seni dan lukisan mural yang menjadi tumpuan orang ramai.

Peluang berjalan kaki menikmati pemandangan sekitar dan bersantai bagaikan memberi ‘kebebasan’ buat pengunjung dan pelancong untuk meluangkan masa di sekitarnya sambil menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan.

AddToAny