responsif teks foto

Rabu, 24 September 2025

Semakan kelayakan bagi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95)

 
Semakan kelayakan bagi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) boleh dibuat mulai Khamis ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata semakan boleh dilakukan secara dalam talian menerusi portal rasmi www.budimadani.gov.my. di Pusat Khidmat Pelanggan BUDI95 atau melalui aplikasi Setel dan CaltexGO selepas proses verifikasi identiti selesai.

“Pengguna hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan untuk mengetahui kelayakan subsidi yang diperoleh.

“Portal ini kekal digunakan dan mulai 30 Sept, setiap penggunaan subsidi akan dipaparkan secara harian termasuk baki kelayakan. Had ditetapkan ialah 300 liter sebulan,” katanya pada sidang media  selepas sesi taklimat media mengenai penyasaran subsidi RON95, hari ini.

 

Tiada ulasan:

AddToAny