responsif teks foto

Khamis, 11 September 2025

Tanah Sihat vs Tanah Sakit


10 cara paling jelas kenal tanah sihat vs tanah sakit.

Sebagai agronomis 17 tahun, saya kongsikan 10 cara paling jelas kenal tanah sihat vs tanah sakit.

Cara Kenal Tanah Sihat vs Tanah Sakit

1. Struktur Tanah
a. Sihat: Gembur, mudah digali, air masuk perlahan & sekata.
b. Sakit: Padat macam simen, air bertakung di atas.

Kajian MARDI (2020) tunjuk >60% sawah padi di Perak alami “hardpan” – lapisan keras yang halang akar.

2. Bau Tanah
a. Sihat: Bau harum “earthy smell”, hasil sebatian geosmin dari bakteria baik (actinomycetes).
b. Sakit: Bau hapak/masam → dominasi mikrob jahat (anaerob).

3. Kehadiran Cacing Tanah
a. Sihat: 1 juta cacing sehektar boleh proses 5 tan tanah sehari.
b. Sakit: Tiada cacing = tiada usus semula jadi tanah.

4. Warna Tanah
a. Sihat: Coklat gelap/hitam → kaya bahan organik.
b. Sakit: Kelabu pucat (selalu banjir) atau kuning kemerahan (asid, toksik Al).

5. Akar Pokok
a. Sihat: Putih, panjang, bercabang.
b. Sakit: Coklat/hitam, pendek, mudah busuk.
Kajian IRRI tunjuk akar padi dalam tanah sakit lebih pendek 30–50%.

6. Air & Kelembapan
a. Sihat: Air mudah meresap, tanah lembap sekata.
b. Sakit: Air bertakung atau cepat kering.
Analogi: tanah sihat = span; tanah sakit = lantai simen.

7. Kehidupan Mikro Tanah
a. Sihat: Jerami reput cepat, mikrob aktif.
b. Sakit: Jerami lambat reput → tanda mikrob baik lumpuh.

8. Suhu Tanah
a. Sihat: Sejuk & stabil walaupun cuaca panas.
b. Sakit: Cepat panas → struktur padat tak serap air.
Kajian Jepun: tanah dengan cover crop lebih sejuk 3–5°C berbanding tanah terdedah.

9. Simptom Pada Daun
a. Sihat: Daun hijau sekata.
b. Sakit: Daun kuning tak seragam, urat jelas → tanah gagal bekal nutrien.

10. Daya Tahan Pokok
a. Sihat: Pokok lebih tahan penyakit akar & boleh hidup lama.
b. Sakit: Pokok mudah rebah bila hujan lebat/kering panjang.

“Ramai pekebun tanya saya: kenapa pokok tetap mati walaupun baja ditambah berguni-guni? Jawapan saya mudah: pokok anda sebenarnya hidup atas tanah yang sudah ‘sakit’. Bayangkan manusia diberi vitamin setiap hari, tapi paru-paru dan ususnya rosak. Adakah vitamin itu boleh selamatkan nyawa? Tanah juga begitu. Kalau asasnya mati, semua input jadi sia-sia.”

Kredit : DrSuzie


 

Tiada ulasan:

AddToAny