responsif teks foto

Khamis, 6 Jun 2013

Borang Dividen Koperasi Tentera 2012 : Download


Wisma Koperasi Tentera

Kepada Anggota Tentera atau Pesara yang masih menjadi Ahli Koperasi yang aktif boleh memohon borang pengeluaran dividen 2012 di bawah.

 Permohonan pengeluaran dividen ini mestilah sampai ke pejabat Koperasi Tentera pada atau sebelum 30 Jun 2013(tarikh Mesyuarat Agung Tahunan KT ke 48).

Permohonan yang tidak lengkap tidak diterima dan dividen akan hanya dikreditkan ke akaun Simpanan Khas anggota pada bulan Ogos 2013.

 Permohonan yang sampai ke Ibu Pejabat atau Pejabat Cawangan Koperasi Tentera selepas 30 Jun 2013 tidak akan diproses dan hanya akan dikreditkan ke akaun Simpanan Khas anggota dalam bulan Ogos 2013.

 Dividen yang kurang RM 25.00 tidak akan dikeluarkan dan akan dikreditkan ke dalam akaun Simpanan Khas anggota secara automatik dalam bulan Ogos 2013.

 Anggota tidak layak menerima dividen sekiranya:

 -  Menarik diri sebelum 1 Januari 2013.
 -  Mempunyai yuran tertunggak.
 -  Mempunyai pembiayaan tertunggak atau terbengkalai.


Untuk maklumat Ahli Koperasi Tentera Dividen 14 peratus akan dibayar pada 15 Ogos 2013. Untuk maklumat lanjut SMS Koperasi ; RM 0.30 taip KT DIV send 39777 itu pun setelah nombor telefon anda didaftar pada KT.

Isnin, 3 Jun 2013

Pahang sasar bina rumah mampu milik setiap daerah

Kerajaan Pahang menyasarkan pembinaan projek perumahan mampu milik di setiap daerah di negeri
Dato' Wan Rosdy b. Wan Ismail
itu, bagi memastikan lebih ramai golongan sasar memiliki rumah sendiri.


Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Negeri Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata pejabat daerah dan tanah telah diarah mengenal pasti kawasan yang sesuai, sama ada di dalam atau di pinggir bandar, bagi tujuan berkenaan.

"Kerajaan negeri menyasarkan sekurang-kurangnya 15,000 unit rumah mampu milik akan dapat dibina dalam tempoh lima tahun mulai tahun ini bagi memenuhi keperluan tersebut.

"Sebagai permulaan, sasaran sebanyak 3,000 unit rumah mampu milik akan mula dibina tahun ini dan pembinaan berikutnya akan dibina sebagaimana jadual ditetapkan," katanya kepada Bernama di Kuala Lipis, semalam.

Katanya kerajaan negeri akan menentukan kadar harga rumah berkenaan pada satu mesyuarat yang dijadualkan dalam masa terdekat.

Anggota Dewan Undangan Negeri Jelai itu juga berkata sehingga kini kerajaan negeri menerima lebih 50,000 permohonan rakyat untuk mendapatkan rumah.

Dalam perkembangan berkaitan, Wan Rosdy meminta mereka yang menyewa atau membeli perumahan rakyat daripada kerajaan agar menjelaskan bayaran tunggakan yang kini berjumlah lebih RM13 juta.

"Bayaran tunggakan itu perlu dilangsaikan bagi membolehkan kerajaan melaksanakan pembinaan projek perumahan seterusnya," katanya.

-Bernama

Isnin, 6 Mei 2013

Keputusan Pilihanraya bagi Parlimen/DUN Lipis

Keputusan P79 Parlimen Lipis


Ucapan Dato Abdul Rahman dan Dato' Mustapa Long kepada pengundi Lipis

dari FB Dato Abdul Rahman

Ucapan Ustaz Mahyuddin melalui FB beliau
Keputusan DUN Lipis
N 3 Padang Tengku N4 Ceka

N5 Benta
ucapan Dato Mohd Sofi melalui  FB beliau.

P 78 Cameron Hingland
Dun Jelai.

N2 Jelai

dari FB Dato Wan Rosdy


Sabtu, 20 April 2013

Hari Penaman Calon Lipis PRU-13

Calon dari Barisan Nasional

Calon dari Pakatan Rakyat dan Bebas
Suburkan demokrasi kalah menang dalam pertandingan perkara biasa berkempen secara berhemah 05 Mei sama-sama kita membuang undi.

Pic Nostalgia : Penamaan Calon Lipis PRU

Dato' Omar Osman, Dato Amiramzah 
Senarai Ahli Parlimen Lipis Sejak PRU Pertama:
PRU1 (1959) Tuan Mohamed Sulong Bin Mohd. Ali (Perikatan)
PRU2 (1964) Tuan Abdul Razak Bin Haji Hussin (Perikatan)
PRU3 (1969) Tuan Abdul Razak Bin Haji Hussin (Perikatan)
PRU4 (1974) Tan Sri Haji Muhammad Ghazali Bin Shafie (BN)
PRU5 (1978) Tan Sri Haji Muhammad Ghazali Bin Shafie (BN)
PRU6 (1982) Tan Sri Haji Muhammad Ghazali Bin Shafie (BN)
PRU7 (1986) Encik Wang Choon Wing (BN)
PRU8 (1990) Dato' Chan Kong Chong (BN)
PRU9 (1995) Dato Haji Abu Dahari Bin Osman (BN)
PRU10 (1999) Tuan Haji Amihamzah Bin Ahmad (BN)
PRU11 (2004) Dr. Muhamad Shahrum Bin Osman (BN)
PRU12 (2008) Dr. Muhamad Shahrum Bin Osman (BN)
PRU13 (2013) Anda tentukannya 5 Mei 2013
Mungkinkah sejarah bakal dicipta pada PRU13 ini nanti, apabila parlimen lipis tidak dapat kepada BN setelah memilikinya sejak PRU1 lagi. Ataupun calon wanita menjadi pilihan pengundi kali ini? Sama-sama kita nantikan jawapannya.


Bandingan keputusan PRU lepas

Keputusan PRU 2004

(1)           UMNO (BN)                                                           -               13,870 (67.12%)

(2)           PAS                                                                         -               6,246 (30.25%)

(3)           Undi Rosak                                                              -               528 (2.55%)

(4)           Jumlah Keluar Mengundi                                          -               20,644 (73.51%)

(5)           Majoriti                                                                    -               7,624

Keputusan PRU 2008

(1)           UMNO (BN)                                                           -               12,611(58.3%)

(2)           PAS                                                                         -               8,474(39.2%)

(3)           Undi Rosak                                                              -               561(2.5%)

(4)           Jumlah Keluar Mengundi                                           -               76.55 %

(5)           Majoriti                                                                     -               4,137     


Keputusan PRU 2004 berbanding PRU 2008,  BN Kehilangan 1,259 manakala PAS meningkat 2,228 undi, ini menyebabkan BN merosot majoriti 2008 berbanding 2004.  Bolehkah kita katakan 1,259 telah pergi kepada PAS.  Sama-sama kita tunggu 5 Mei ini sama ada undi PAS meningkat atau sebaliknya. Atau BN berjaya mengekalkan kemenangan seperti PRU 2004 berkat usaha Dato’ Najib atau usaha akar umbi.

Selasa, 16 April 2013

Calon Wakil Rakyat Lipis PRU-13


P79 LIPIS

Datuk Abdul Rahman bin Mohamad (UMNO-BN) 
Datuk Abdul Rahman bin Mohamad

Penyandang Datuk Mohamad Shahrum majoriti 4,137

VS

Aishato Abu Bakar (BEBAS)

VS

 Mohd Mahyuddin bin Ghazali@Razali (PAS)

Ustaz Mahyuddin Lebai Ghazali 













N3 PADANG TENGKU

Datuk Mustapha Long (UMNO-BN) (Muka Baru)
 Datuk Mustapha Long.

Penyandang Datuk Abdul  Rahman Mohamad(UMNO-BN) majoriti 1,188

VS

Roslan  bin Zainal(PAS)
Roslan bin Zainal









N4 CHEKA

Datuk Fong Koong Fuee(MCA) Penyandang-majoriti  1,280
Datuk Fong Koong Fuee

VS

Tuan Hj Abbas bin Hj. Awang (PKR)
Tuan Hj Abbas bin Hj Awang












N5 BENTA

Datuk Mohd. Soffi Abdul Razak (UMNO-BN)Penyandang-majoriti 1,358
Datuk Mohd Sofi Abdul Razak

VS

Rizal Jamil  (PKR) 
Rizal Jamil












P 78 CAMERON HIGHLAND

N2 JELAI

Datuk Wan Rosdy Wan Ismail (UMNO-BN) Penyandang- majoriti 2,621
Datuk Wan Rosdy
VS
Tuan Hj. Abdul Karim bin Noor (PAS)
Hj Abdul Karim bin Noor

Isnin, 1 April 2013

Berkelah di Pulau Chekas


"batu belah, batu bertangkup..."
 

 Terletak lebih kurang 40 km dari Bandar Lipis, 31 km dari Bandar Raub dan hanya beberapa kilometer dari Kampung Tradisional Pamah Kulat, perjalanan menaiki kenderaan menyusuri jalan kampung berturap hanya mengambil masa kira-kira 15 minit. Pulau Chekas mendapat namanya apabila sebuah daratan terbentuk di tengah laluan air sungai atau dikenali sebagai pulau. Laluan air sungai yang terbahagi dua ini adalah keunikan Pulau Chekas. Di sebelah kanan dataran Pulau Chekas ini, terdapat alur sungai berbatu dengan air yang mengalir sederhana deras. Di sebelah kiri dataran Pulau Chekas ini pula, alirannya lebih tenang dan kurang berbatu sesuai untuk kanak-kanak bermain. Di sini, di sediakan kemudahan seperti tandas awam, bilik menyalin pakaian, pentas mini, ruang untuk berkhemah dan berkelah, dan dataran kecil untuk aktiviti kekeluargaan. Untuk kanak-kanak, terdapat sebuah papan gelunsur yang berakhir dengan sebuah kolam buatan di hujungnya. Kolam ini di bentuk daripada aliran sungai yang telah diempangkan.

Selasa, 26 Mac 2013

Dr Uthman El Muhammady Kembali Ke Rahmatullah

 Allahyarham  Dr.Uthman El-Muhammady

Seorang lagi tokoh yang kita kagumi yang juga pakar dalam bidang pemikiran Islam, Dr. Uthman El-Muhammady meninggal dunia kira-kira pukul 7.30 malam tadi di kediamannya di kediamannya di ISTAC, Taman Duta

Menurut anaknya, Ahmad El-Muhammady, 35, bapanya meninggal dunia disebabkan penyakit jantung yang dihidapi sejak hampir setahun lalu.

Beliau berkata, bapanya sedang membaca di bilik bacaan sebelum ibunya menyedari Allahyarham tidak menunjukkan tindak balas ketika sedang berehat.

Di antara penulisannya yang telah dihasilkan beliau ialah:

· “Al-Quranul-Karim, terjemahan dan Huraian Maksud”-terjemahan dan huraian tambahan atas tafsir Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali, keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (5 jilid).

· “Fathul Mu’in, terjemahan dan Huraian Maksud”, terbitan Majlis Ugama Islam Negeri Kelantan, Kota Bharu, Kelantan.

· “Peradaban dalam Islam” terbitan Pustaka Aman Press, Kota Bharu, edisi 1976 dan beberapa cetak-ulang.

· “Memahami Islam" terbitan Pustaka Aman Press, Kota Bharu, Kelantan, 1977.

· “Islam, Peribadi, Tarbiah dan Institusi” terbitan Majlis Ugama Islam Kelantan, 1987.

· “Islam dan Kebudayaan” risalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berdasarkan kepada wacana tentang kebudayaan yang disampaikan pada tahun 1989 di Kuala Lumpur.

– AL FATIHAH

AddToAny