Tarikh Tutup : 21 Mac 2024
Talian Kecemasan Polis 09-3122222/09-3122204, Bomba 09-3124444/09-3121539. Hospital 09-3123333, APM Lipis 09-3122999/09-3101710
responsif teks foto
Khamis, 22 Februari 2024
KERETA TERBABAS DI TEBING SUNGAI KOYAN, SEORANG WANITA MAUT
Pasukan Bomba daripada BBP Sg Koyan telah bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera sebaik panggilan diterima.
Menurut Komander Operasi, PBK II Muhammad Azha bin Mohamad Aris, sebuah kereta telah terbabas dan terbalik di tebing sungai.
Terdapat 2 orang mangsa yang menaiki kenderaan tersebut iaitu seorang lelaki dewasa telah mengalami kecederaan dan seorang lagi mangsa, wanita dewasa telah tersepit di dalam kereta itu.
Pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi penyelamatan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat.
Namun, setelah mangsa berjaya dikeluarkan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan daripada KKM. Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.
Manakala, mangsa lelaki yang cedera telah dibawa ke hospital oleh petugas daripada KKM.
#BombaSungaiKoyan
Bomba & Penyelamat Negeri Pahang
Isnin, 19 Februari 2024
Pendaftaran Pertandingan Karnival Kekal Sihat MYCHAMPION Peringkat Daerah Lipis 2024
Tarikh : 09 MAC 2024
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi- 1.00 petang
Tempat : Laman Sejahtera Sg Koyan, Lipis
Berita baik untuk semua warga Lipis!
Antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan adalah Aerobatik, Chairobic, Pertandingan Mewarna Kategori Kanak-kanak 4-6 Tahun & 7-9 Tahun, Pertandingan Mewarna Kategori Warga Emas 55 Tahun dan ke atas, Pertandingan Fesyen 3R Kategori Lelaki dan Perempuan, Pertandingan Sukaneka Kategori Lelaki dan Perempuan ( Transfer Getah Menggunakan Straw, Zam-zam Ala Kazam, Batik Berangkai, Barisan Terpanjang), Pertandingan Netball Shoot, Pertandingan Crossbar, dan Pertandingan Timbang Bola Takraw. Syarat-syarat penyertaan disertakan di link pendaftaran.
Jom sertai pertandingan-pertandingan ini dan hadiah menarik menanti anda! Pendaftaran adalah percuma. Jadi, tunggu apa lagi? Moh daftar sekarang!
Tarikh tutup pendaftaran: 28 Februari 2024
Klik link ini atau scan qr code utk pendaftaran:
Pertandingan Mewarna Kategori Kanak-kanak 4-6 Tahun : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeavtPyqnWlq7wQaVVHZj5ry1SUq8wUY_YMlcaz8cfzGbeFow/viewform?usp=pp_url
Pertandingan Mewarna Kategori kanak-kanak 7-9 Tahun : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfRBSIO_6bzq0N6FBjKGahYH8BGsT1vqy8gd07Y3AFYOUuALA/viewform?usp=pp_url
Pertandingan Mewarna Kategori Warga Emas Lebih 55 Tahun : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfNazM7nK3f6085D2axiQ3UCeh8sLP0-6BvrV6z--4nuAu6fg/viewform?usp=pp_url
Pertandingan Fesyen 3R Kategori Lelaki: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfcNq2EVQVGTUvn8tmhN2EQhlcYztliGLM5YgGlSNyjZLp5Jg/viewform?usp=pp_url
Pertandingan Fesyen 3R Kategori Perempuan : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScrI6he7tNIoMgUtZUBCQGdCHQcMWM-dPX-RaSODr5FoLGTJg/viewform?usp=pp_url
Pertandingan Sukaneka Kategori Lelaki : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd5CmCDUwJ2WaiiAErxmNc2gs4CxzRaY7mo2j62KNP7qsHEwg/viewform?usp=pp_url
Pertandingan Sukaneka Kategori Perempuan : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSejRybPExPCWdrUCJDZSJkwaQDCjksVWF5jNZal3dKn0dfFoA/viewform?usp=pp_url
Pertandingan Netball Shoot :
Kuiz Aokmer Wehh!! Moh Cakner Tibi
Pertandingan Crossbar & Pertandingan Timbang Takraw : Walk-in semasa hari karnival dijalankan.
Terima kasih
Sabtu, 17 Februari 2024
Perlaksanaan Zon Bebas Kenderaan di Bandar Lipis
Pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan atau Car Free Zone yang akan dilaksanakan oleh Majlis Daerah ini adalah usaha ke arah memastikan Bandar Lipis sebagai bandar rendah karbon.
Pelaksanaan ini merupakan antara inisiatif yang mampu menyumbang kepada pengurangan karbon.
Zon Bebas Kenderaan di Bandar Lipis melibatkan penutupan beberapa jalan selama 5 jam bermula 7 petang setiap Sabtu hingga 12 tengah malam Ahad.
Tarikh Pelancaran adalah pada 24.2.2024
Lokasi tersebut adalah di Bandar Kuala Lipis bermula di Kompleks Alamanda dan berakhir di Tokong Thean Hou dengan jarak sepanjang 1.5 kilometer .
Penutupan jalan itu turut memberi peluang khususnya kepada warga lipis dan pelancong untuk melihat bangunan bersejarah dan meluangkan masa lebih lama di laman seni dan lukisan mural yang menjadi tumpuan orang ramai.
Peluang berjalan kaki menikmati pemandangan sekitar dan bersantai bagaikan memberi ‘kebebasan’ buat pengunjung dan pelancong untuk meluangkan masa di sekitarnya sambil menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan.
Jumaat, 9 Februari 2024
Kursus Asas Penghasilan Makanan Ikan Siri 1/2024
Tarikh : 7 Mac 2024 (Rabu).
Masa : 09:00 Pagi - 04:00 Petang.
Yuran : RM120
Tempat : Selangor Centre of Research on Sustainable Agriculture, UNISEL Bestari Jaya
Anda juga akan memperolehi:
- Nota Panduan (Softcopy).
- Sijil Penyertaan : E-Cert
- Tips & Teknik Penjagaan Extruder
- MachinKonsultasi berterusan daripada tenaga pengajar.
Daftar Sekarang Untuk Pengesahan Slot.
Rabu, 24 Januari 2024
FGV Melancarkan Bahan Penanaman Kelapa Sawit Toleran Ganoderma Pertama di Malaysia
YangambiGT1 ialah benih minyak sawit pertama di Malaysia dengan keupayaan bertolak ansur terhadap serangan ganoderma manakala PalmaShield adalah agen kawalan bio daripada spesies Trichoderma asperellum.
Ganoderma adalah kulat yang menyebabkan penyakit reput batang basal pada pokok kelapa sawit. Pada masa ini, 4% atau 60,000 hektar daripada keseluruhan ladang kelapa sawit di Malaysia telah diserang ganoderma dengan anggaran kerugian industri kira-kira RM1.5 bilion.
Jumlah kawasan yang dijangka terjejas oleh ganoderma akan meningkat kepada kira-kira 450,000 hektar, bersamaan dengan kira-kira RM11.25 bilion menjelang tahun 2020.
Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Dato’ Zakaria Arshad berkata, Kluster Perkhidmatan R&D dan Agri mengambil masa hampir 10 tahun untuk membangunkan bahan tanaman baharu, YangambiGT1 yang merupakan pendekatan jangka panjang terbaik untuk menyelesaikan serangan ganoderma.
“PalmaShield mempunyai keunikan tersendiri kerana ia merupakan agen kawalan biologi yang perlu diaplikasikan sekali ketika anak benih ditanam berbanding produk lain di pasaran yang berasaskan bahan kimia dan perlu digunakan semula pada selang masa tertentu.
Inovasi baharu itu tidak menggunakan sebarang bahan kimia yang boleh membahayakan alam sekitar dan selaras dengan komitmen Kumpulan untuk melaksanakan amalan mampan dalam setiap operasi perniagaan,” katanya.
FGV menjangkakan jualan 30,000 anak pokok YangambiGT1 pada 2016 dan meningkat kepada 100,000 anak pokok menjelang 2017. Pada masa ini, FGV memiliki 43% bahagian pasaran tempatan menerusi produk bintangnya, jenama Yangambi ML161. Bagi PalmaShield, FGV menjangkakan jualan sebanyak 300 tan setahun dengan anggaran nilai RM5 juta.
Pada masa ini, FGV adalah satu-satunya pengeluar benih toleran ganoderma di Malaysia iaitu YangambiGT1. Penemuan tanaman tahan penyakit ini secara tidak langsung akan mengukuhkan keyakinan pelanggan terhadap jenama Felda Yangambi.
PalmaShield ialah biokawalan kuat berasaskan kulat yang mengandungi bahan aktif (Trichoderma Asperellum M103) untuk mengawal ganoderma. Uniknya, strain Trichoderma berasal dari tanah subur yang terletak di ladang kelapa sawit di Sungai Tekam, Pahang dan telah diuji keberkesanannya di tapak semaian pada tahun 2014 dan 2015.
Khamis, 18 Januari 2024
Moh Karnival Makmur Daerah Lipis.
MOH KARNIVAL MAKMUR DAERAH LIPIS
TARIKH : 26/ Jan 2024 - 28 Jan 2024
HARI : JUMAAT HINGGA AHAD
MASA : 8 PAGI HINGGA 10 MALAM
LOKASI : DATARAN ORANG KAYA HAJI LIPIS , PAHANG
MOH KE KARNIVAL MAKMUR DAERAH LIPIS PELBAGAI AKTIVITI AKTIVITI , PAMERAN , RAWATAN DAN PELBAGAI LAGI !!
Langgan:
Catatan (Atom)






