responsif teks foto

Ahad, 29 Ogos 2010

Mempertahankan Pahang dari Jepun

 Gerila Wataniah di Kuala Lipis 1 Dis 1945 sempena pembubaran pasukan Force 136

Pada tahun 1942, semasa zaman pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, Sultan Pahang tidak melarang orang melayu Pahang menubuhkan sebuah pasukan sukarela, iaitu Tentera Wataniah secara sulit untuk menentang pihak tentera Jepun yang menduduki negeri ini.  Tentera Wataniah ini dianggotai oleh kita-kita 250 orang di bawah kepimpinan seorang pemuda Melayu bernama Yeop Mohidden dan dua orang anak watan Pahang iaitu (Tun ) Abdul Razak Datuk Hussin (berpangkat kepten mengetuai satu pasukan dan (Tun) Ghazali Shafie (berpangkat Lt).

Pada 24 Jul 1945 Yeop Mohidden berserta Hj. Abu Jamal dan tiga orang melayu telah bermesyuarat selama empat jam dengan Richardson di Batu Talam Raub, Pahang.  Antara perkara yang dipersetujui dalam mesyuarat tersebut ialah penubuhan gerakan sulit dengan gelaran ‘Wataniah’.  Selain itu, Yeop Mohidden dicadangkan untuk dilantik sebagai Pegawai Pemerintah pasukan dengan berpangkat Lt Kol dan pegawai lain yang ditauliah oleh Sultan Pahang yang  akan dilantik sebagai Kolonel Kehormat.

Dalam penemuan itu, dipersetujui juga bahawa seorang Pegawai Pemerintah akan dibantu oleh Ajutan berpangkat Mejar. Empat kompeni akan ditubuhkan disetiap daerah, iaitu di Kuala Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh.  Setiap kompeni dibahagikan kepada beberapa seksyen, iaitu organisasi diparas mukim yang dianggotai oleh 15 hingga 20 orang.  Disamping itu, terdapat satu seksyen untuk Kem Markas yang mengandungi kira-kira 20 orang yang bertugas di kem Richardson. Mereka berharap pasukan ini mempunyai kekuatan kira-kira 500 orang.

Setakat 14 Ogos 1945, Askar Wataniah mempunyai 244 anggota yang berdaftar. Seramai 173 anggotanya telah dibekalkan dengan senjata.  Organisasi Wataniah di pecahkan kepada lima platun iaitu Batu Talam, Dong, Sega, Kuala Lipis dan Raub. Disamping itu, terdapat kumpulan markas yang mempunyai 10 orang pegawai.  Kumpulan ini dipimpin oleh Mej Yeop Mohidden dan dibantu oleh Kapt Abdul Rahman Ismail dan Kapt Razak Husain.  Platun Batu Talam dipimpin oleh Kapt (Cikgu) Sulaiman, Platun Raub oleh Lt Muda Tengku Yunan Hj Daud, Platun Sega oleh Yaacub Hassan, Platun Kuala Lipis oleh Lt Ghazali Shafie dan Platun Dong oleh Lt  Muda Along Nasir.

KOMEN

Sebenarnya  orang terdahulu daripada kita telah berjuang melawan musuh Negara dengan penuh semangat dan keikhlasan yang tertanam dalam sanubari untuk melihat anak bangsa hidup dalam keadaan aman.   Kita hari ini hidup dalam keadaan selesa di atas perjuangan mereka.   Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-53.

Rujuk
BTDM bil 139/Jun 05 m/s 30


14 ulasan:

Hanisham Ab Halim berkata...

Orang dulu berjuang betul2 hingga titisan darah terakhir....

Nizam Awang Brahim berkata...

Merdeka!!!Merdeka!!!Merdeka!!!

Tanpa Nama berkata...

salam, saya ingin menepatkan fakta tuan,

"Platun Sega oleh Lt Muda Yaacob Hassan"

Tahniah dan Terima Kasih,
Perjuangan yg Tak Sia-sia.

Nan Zul berkata...

Pembetulan: 'Yaacob Hassan' kepada Lt Muda Yaacob Hassan Terima Kasih

Tanpa Nama berkata...

nama2 mereka yang menyertai force 136 dan platun yg disertai serta dari kg mana mereka berasal boleh didapati dalam buku "PAHANG MENITI ZAMAN" dalam bab force 136

dee berkata...

ayah saya yang duduk (2 dari kanan).masa gambar ni diambil,ayah saya berpangkat leftenan.saya pon ada gambar ni...

Tanpa Nama berkata...

Orang dulu berjuang betul2 hingga titisan darah terakhir.... ORG HARI INI PULA BERJUANG UTK MENDAPATKAN PANGKAT DAN HARTA...

Nan Zul berkata...

"Dia lupa pangkat harta itu tidak boleh bawa ke kubur..."

Tanpa Nama berkata...

pembetulan ejaan nama + Yeop Mahidin bukan Yeop Mohiddien. terima kasih

Unknown berkata...

arwah atuk saya..2nd Lt Abdul Satar bin Mat Dahan..berdiri belakang Tun Razak...

Unknown berkata...

Tok saya PON ada dalam gambar tu

Unknown berkata...

Arwah tok saya tu haji Abd Satar bin mat dahan

Tanpa Nama berkata...

kenapa tak tentang british masa dari awal dulu, tak faham sejarah ni.

Tanpa Nama berkata...

kenapa tak tentang british masa dari awal dulu, tak faham sejarah ni.

AddToAny