Dua penunggang motosikal maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung di Kilometer 22 Jalan Sungai Koyan-Ringlet di sini hari ini 25 Julai 2020.
Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 petang itu ialah seorang anggota tentera laut, Muhammad Shakirin Salimi,20, dan seorang lelaki Orang Asli, Saiful Rasif,21.
Ketua Polis daerah, Superintenden Azli Mohd Nor berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang merupakan anggota tentera dalam perjalanan pulang bercuti dari Lumut, Perak menuju ke Kuala Lipis.
"Apabila sampai ditempat mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC b telah bertembung secara berdepan dengan sebuah motosikal jenis Yamaha 125ZR yang datang dari arah bertentangan.
Apabila sampai ditempat mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC b telah bertembung secara berdepan dengan sebuah motosikal jenis Yamaha 125ZR yang datang dari arah bertentangan.
"Akibat kemalangan ini menyebabkan kedua-dua penunggang maut di tempat kejadian,"katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan semasa kejadian cuaca baik dan permukaan jalan kering.
26 Julai 2020
Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Kampung Tempoyang dan dikebumikan selepas Zohor di perkuburan kampung Tempoyang.
Shakirin Salimi - Al Fatihah
Kredit : Pahang Story
Tiada ulasan:
Catat Ulasan