responsif teks foto

Khamis, 13 Ogos 2020

Progam Mobiliti Tenaga Kerja Dalam Sektor Agromakanan @ MyFutureAgro

 


Elaun RM1000 Kerajaan Penjana Malaysia 2020  akan dibagi kepada 6000 orang sahaja .  

Bantuan yang saya nak kongsi hari ini adalah Pelaksanaan Progam Mobiliti Tenaga Kerja Dalam Sektor Agro makanan di My future Agro.  Ini bertujuan untuk memperkenalkan insentif untuk memudah cara mobiliti tenaga kerja pertanian kepada syarikat perintis bagi melatih dan mengajar tenaga kerja untuk menceburi peluang dalam pertanian dan Agro makanan disamping menggalakkan pengambilan pekerja.   

Selain itu, program ini juga dijalankan sebagai intervensi secara langsung bagi membantu pekerja-pekerja yang kehilangan pekerjaan pada tempoh pasca COVID-19 mendapatkan latihan dan kemahiran dalam bidang agro makanan.  

Terdapat beberapa insentif seperti berikut;

Elaun Pengajian (maksimum 6 bulan)

 a) RM800: Elaun pengajian melalui syarikat dalam Latihan Kerja (On Job Training) tempatan berumur 40 tahun dan ke bawah; dan 

b) RM1,000: Elaun pengajian melalui syarikat dalam Latihan Kerja (On Job Training) berumur 40 tahun ke atas; dan termasuk golongan kurang upaya (OKU). 

Bantuan Mobiliti (one-off) 

a) RM600: Sekiranya terpaksa berpindah melebihi 100km (sehala) dari lokasi tempat pemastautin; dan 

b) RM1,000: Sekiranya terpaksa berpindah merentasi wilayah seperti dari Semenanjung ke Sabah/Sarawak atau sebaliknya.

Tempoh permohonan dan kelulusan Permohonan telah dibuka pada 10 Ogos 2020. Selepas permohonan lengkap diterima, proses pemadanan akan dibuat dan e-mel notifikasi akan diterima selepas selesai proses tersebut. Pembayaran insentif akan dibuat secara bulanan selepas penerimaan pelaporan daripada pihak syarikat. Pembayaran bantuan mobiliti akan dibuat selepas syarikat berjaya membuat pemilihan pelatih dan saringan kelayakan dibuat.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi dengan Pegawai Perkhidmatan pelanggan Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian di talian 03-88701802/ 1695/1692 atau e-mel kepada myfutureagro@mafi.gov.my

Klick di bawah: 

Portal Rasmi: 

https://www.mafi.gov.my/web/guest/myfutureagro


Tiada ulasan:

AddToAny