Sebuah Motosikal Yamaha 125zr Go! dijual dengan harga RM85,000 kepada seorang peminat model berkenaan dari Vietnam. Edisi pelumba MotoGP, Valentino Rossi yang dikeluarkan khas pada 2003 itu dibeli oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Chuong.
Penjual Mohammad Azehar Mat Siam, 29 seorang jurutera dari Flat Sri Melaka Cheras, terkejut apabila ada peminat Yamaha 125zr yang sanggup membayar harga yang tinggi untuk memiliki motosikal tersebut. Pada mulanya saya sengaja meletakkan harga RM85,000 supaya Chuong tidak membelinya, namun tidak sangka dia terus memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun bank saya sebanyak RM30,000. Pagi tadi, dia datang ke rumah untuk melihat motosikal itu dan terus bersetuju membelinya, serta membayar baki keseluruhan sebanyak RM55,000.
Motosikal itu dibeli dengan harga RM6,617.76 dan saya tidak pernah menungganginya, malah tidak didaftarkan. Sayang nak guna motosikal itu, jadi selama 17 tahun ini, motosikal itu hanya disimpan di dalam rumah,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan