responsif teks foto

Ahad, 31 Oktober 2021

Koperasi Kariah Masjid Kg. Lubuk Kulit, Kuala Lipis,

Koperasi tidak akan maju dan berjaya tanpa sokongan berterusan daripada setiap anggotanya. 

"Falsafah koperasi yang paling utama adalah prinsip kerjasama dan bersatu-padu. Jadi, tanggungjawab untuk memajukan koperasi tidak boleh diletakkan sepenuhnya di bahu Ahli Lembaga Koperasi (ALK) sahaja. 

"Anggota juga perlu membantu dengan membeli produk atau menggunakan perkhidmatan disediakan koperasi, menyumbang idea untuk mengembangkan perniagaan koperasi serta menyumbang tenaga jika diperlukan." 

Demikian ucapan Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Kampung Lubuk Kulit, Kuala Lipis, Pahang, Dato' Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ketujuh koperasi tersebut hari ini. 

Menurutnya, walaupun perniagaan koperasi agak terjejas akibat musibah banjir dan pandemik Covid-19 pada tahun lepas, beliau komited untuk mentransformasi koperasi tersebut ke arah lebih baik dengan pakej bantuan yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), selain menceburi bidang perniagaan baharu termasuk ternakan ayam. 

Mesyuarat tersebut diadakan secara hibrid dan dihadiri 65 orang anggota termasuk 20 orang secara dalam talian. 

Sebelum itu, Pengarah SKM Wilayah Raub/ Lipis/ Cameron Highland, En. Saffuan Fathi Suhaimi dalam ucapannya berkata, SKM menawarkan empat inisiatif untuk direbut oleh koperasi sebanyak RM20 juta sumbangan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini. 

"Koperasi-koperasi negeri Pahang yang layak bolehlah memohon dari empat program iaitu peruntukan untuk koperasi terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebanyak RM1.2 juta, penubuhan koperasi baharu untuk menggalakkan golongan belia menceburkan diri dalam koperasi berjumlah RM2 juta, promosi pemasaran produk koperasi berjumlah RM2 juta dan RM15 ribu setiap koperasi terpilih untuk membeli barangan secara diskaun," katanya. 

Turut diadakan adalah sumbangan khairat kematian dan pemulangan syer untuk arwah En. Ahmad Lotfi Mohamad yang diterima oleh isterinya, Pn. Zainab Jusoh.

Jumaat, 29 Oktober 2021

Program Rumah Rakyat Pahang (RRP) di Tanah Felda


 
KENYATAAN MEDIA MENTERI BESAR PAHANG

Program Rumah Rakyat Pahang (RRP) diperluaskan meliputi tanah hakmilik dalam kawasan FELDA

Kerajaan Negeri bersetuju meluaskan pengenalan dan pelaksanaan program Rumah Rakyat Pahang (RRP) untuk golongan memerlukan, bagi turut meliputi tanah hakmilik dalam kawasan Rancangan Tanah FELDA di Pahang.

Matlamatnya ialah untuk membantu golongan memerlukan dalam kalangan generasi kedua FELDA memiliki rumah, di atas tanah hakmilik ayah/ibu yang merupakan generasi pertama dalam kawasan-kawasan rancangan tanah berkenaan.

Dengan ini, rumah RRP bernilai RM65,000 sebuah dan diberi percuma, akan dibina di kawasan sama dengan rumah ayah/ibu mereka. Keizinan daripada ayah/ibu serta adik-beradik lain bagaimanapun diperlukan terlebih dahulu.

Keputusan mesra-generasi kedua ini dicapai pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri pada Rabu, 27 Oktober lepas. Ia satu lagi usaha Kerajaan Negeri dalam membantu generasi kedua FELDA memiliki rumah.

Semakan undang-undang mendapati keputusan ini tidak bercanggah dengannya, manakala FELDA pula tidak mempunyai sebarang halangan kepada pengenalan dan pelaksanaannya.

Sehubungan itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan-kawasan terlibat kelak, diminta bertindak memudahcarakan agar program ini berjalan lancar dan berkesan serta memanfaatkan pihak penerima.

Pegawai-pegawai Daerah pula – sepertimana peranan mereka dalam mengenalpasti dan memilih golongan layak menerima RRP di kawasan-kawasan lain; turut dipertanggungjawabkan untuk mengenalpasti dan memilih penerima RRP dalam Rancangan Tanah FELDA ini.

DATO’ SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang

29 Oktober 2021

Rabu, 27 Oktober 2021

Musang King satu Pelaburan

 

Tanam tahun 2019

1. Elemen D iaitu Duit memainkan peranan sangat penting untuk kejayaan tanaman Musang King dan klon kahwin yang lain.

2. Walaupun lain-lain elemen ABCEFG, juga penting dan boleh diusahakan tetapi tanpa elemen D ini ianya sukar untuk mendapat hasil dikehendaki.

3. Kiraan mudah dan paling minima kebun 1 ekar untuk pedoman kepada sesiapa yang ingin menceburi bidang ini seperti berikut:

Kebun 1 Ekar.
  • Pembersihan tanah - RM2000
  • Pagar - RM8000  
  • Anak pokok MK, DH dan lain-lain 35 pokok - RM1200
  • Sistem piping dan tong air - RM1000
  • Sewa JCB untuk menggali lubang dan busut - RM500
  • Baja, tanah kompos dan racun permulaan tanaman - RM700
  • Net hitam keliling pokok - RM200
  • Penyediaan sumber air (paip atau kolam) RM1000
  • Lain-lain luar jangka - RM500
  • Mesin rumput - RM400
  • Tong racun - RM150
Total modal awal - RM15,650

4. Kos operasi bulanan seperti berikut:
  • Baja organik - RM60
  • Foliar - RM30
  • Racun serangga dan kulat - RM20
  • Air - RM100
  • Upah diri sendiri - RM1500
  • Kos luar jangka - RM100

Total kos bulanan - RM1810.00

Kos operasi setahun - RM1810 x 12 = RM21,720.00

Kos operasi 5 tahun - RM21,720 x 5 =RM108,600.00

Kos keseluruhan - RM108,600 + RM15,650 = RM124,250.

5. Kos keseluruhan selama 5 tahun untuk tanaman MK dan klon sepertinya seluas 1 ekar ialah RM124,250. Kos ini tidak mengambil kira peningkatan harga barang selama 5 tahun tersebut.

6. Kos yang dikira ini kurang separuh dari kiraan sifu Lim iaitu RM250,000 seekar untuk 5 tahun.

7. Fikir- fikirkan sebelum menceburi tanaman MK ini. Saya akan buat kiraan jangkaan pendapatan selepas 5 tahun di tulisan akan datang.

Kredit FB Wan Haniff bin Wan Ahmad

Tanam Tahun 2019

Tanam Tahun 2019


Tanam Tahun 2019

Aktiviti kebun bagi tahun 2021 yang dicatat ada juga tak dicatat.

Bil Tarikh Aktiviti Catatan
1 18 Jan 2021 Tabur Kapur 25 kg
2 19 Jan  2021 Sembur Racun Seranga
4 20 Jan 2021 Sembur Racun Kulat
5 1 Mac 2021 Sembur Racun Serangga Malation
6 5 Mac 2021 Sembur Racun Kulat
7 11 Mac 2021 Sembur Racun Serangga
8 25 Mac 2021 Sembur Racun Kulat
9. 1 April 2021 Sembur Racun Serangga
10 9 April 2021 Sembur EM
11 17 April 2021 Racun Serangga
12. 25 April 2021 Sembur EM
13. 28 April 2021 Racun Kulat
14. 14 Mei 2021 Sembur EM
15. 23 Mei 2021 Sembur EM Ikan
16. 9 Jun 2021 Sembur EM
17. 18 Jun 2021 Racun Serangga
18. 19 Jun 2021 Baja 15:15:15 6kg
19 20 Jun 2021 Sembur Racun Kulat
20 2 Julai 2021 Sembur EM Ikan
21 3 Julai 2021 Baja 15:15 :15 6 kg
22. 4 Julai 2021 Kawin Pokok
23. 27 Julai 2021 Sembur Racun Malation
24. 28 Julai 2021 Baja 16:16:16 6kg
25. 13 Ogos 2021 Sembur Racun Kulat
26. 12 Sept 2021 Baja 15:15:15 6 kg
27. 19 Sept 2021 Sembur Racun Serangga dan Kulat
28. 22 Okt 2021 Racun Serangga dan Kulat
29. 22 Okt 2021 Baja 16:16:16 6kg
30.    6 Nov 2021    Sembur EM





 Saya mengunakan racun kulat Funguran-OH Copper Hydroxide








Isnin, 25 Oktober 2021

Bayaran BKP RM 500 Besok

 



Kerajaan akan menyalurkan bantuan RM500 melalui insentif Bantuan Kehilangan Pendapatan atau BKP.

Ia akan diberikan secara one-off mulai esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Siapakah yang layak menerima manfaat BKP?

Bantuan ini akan memberi manfaat kepada hampir 870,000 individu yang telah hilang pendapatan pada tahun 2021.

Berapakah jumlah peruntukan yang disediakan BKP?

Kesemua bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia

APA ITU BKP

Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) merupakan salah satu daripada Senarai Bantuan Kerajaan Untuk Golongan B40 bagi mereka yang kehilangan pendapatan akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara.

SEMAK SYARAT PERMOHONAN BKP

Tiada syarat kelayakan rasmi dikeluarkan setakat ini oleh mana-mana pihak kerajaan. Tetapi, jika kelayakan adalah sama seperti syarat kelayakan BKP yang diumumkan sebelum ini lepas, syarat kelayakan adalah seperti berikut :

Penerima bantuan adalah untuk mereka yang berumur antara 21 hingga 60 tahun.

Pembayaran BKP ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui:

Sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).





BERAPA JUMLAH BANTUAN BKP YANG BAKAL DITERIMA?

Jumlah bantuan BKP yang diberikan adalah seperti berikut :

RM 500 Pembayaran akan dilaksanakan secara one-off

BILAKAH TARIKH PEMBAYARAN BKP?

Mengikut daripada kenyataan yang diberikan:

Pembayaran bantuan BKP ini bermula 26 Oktober 2021.


Pembayaran adalah secara berperingkat

ADAKAH PERLU MEMBUAT PERMOHONAN BKP?

Menurut kenyataan di laman web Kementerian Kewangan (MOF), pemberian bantuan itu berdasarkan data daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau PERKESO pada 2021.

BAGAIMANAKAH CARA BUAT SEMAKAN STATUS BKP?

Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai 26 Oktober 2021 melalui Portal BKP, iaitu 

https://bkp.hasil.gov.my.

Untuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Kehilangan Pendapatan, anda bolehlah sentiasa merujuk:

Website rasmi KWSP

Website rasmi PERKESO

Sabtu, 23 Oktober 2021

Permohonan Lot Niaga di Stesen LRT Lembah Klang.

 


Tawaran terbuka kepada Veteran ATM untuk menyewa lot-lot perniagaan di stesen LRT Lembah Klang. Program kerjasama antara pengendali perkhidmatan LRT & PERHEBAT. Usahawan Veteran ATM yang berminat dikehendaki mengisi borang ini. PERHEBAT akan memproses dan membuat pemilihan penempatan kepada usahawan Veteran ATM yang layak.

https://forms.gle/FmFcpoaqq7V7WpH86


Permohonan Kad Veteran ATM yang Baru

 



Merujuk pertanyaan, sekiranya merujuk yang viral sekarang ini ialah bagi veteran yang masih memegang Kad Bekas Tentera yang dikeluarkan oleh JRP perlu dibuat pertukaran Kad Veteran ATM melalui JHEV ATM.

Jika merujuk yang viral KV yang ada cip tersebut masih dalam peringkat cadangan pihak JHEV ATM.

Bagi permohonan Kad Veteran ATM, permohonan akan diproses dan akan diposkan terus kepada pemohon. Disertakan tatacara dan borang permohonan.

Borang permohonan KV boleh terus dihantar/poskan ke Bahagian Pencen, JHEV ATM atau pejabat caw negeri yang berhampiran untuk diproses. (jika kes kehilangan KBT/KV, laporan polis hendaklah dibuat dan dilampirkan bersama borang yang dihantar). Borang boleh juga dimuat turun daripada laman dan di link bawah.

  Borang Pemohonan Kad Veteran ATM

  https://www.jhev.gov.my/utama

Sila lengkapkan borang permohonan KV (BORANG 1-pendaftaran Veteran ATM) bersama dokumen yang diperlukan seperti berikut:
  • salinan kad pengenalan (veteran dan pasangan/balu)
  • salinan buku perkhidmatan
  • salinan sijil nikah
  • gambar berukuran pasport (1 keping)

Sila Hantarkan ke;

JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM,
KEMENTERIAN PERTAHANAN,

Unit Kad Veteran, Bahagian Pencen
Tingkat 8, Menara TH Perdana,
1001, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Unit Kad Veteran, Bahagian Pencen di talian 03-2050 8111 / 8114.

*Jika di sekitar Kuala Lumpur boleh hantar terus ke Pusat Perkhidmatan Setempat JHEV ATM di bangunan TH Perdana, Jalan Sultan Ismail.

Harap maklum, terima kasih.

Isnin, 18 Oktober 2021

Ziarah Kasih Ahli KVRM & Veteran KRD Pahang

 





17 Okt 2021, KVRM Pusat diketuai Mej Jen Dato' Hj Zahar Hj Hashim Bersara, Presiden KVRM bersama 6 Ahli Jawatankuasa hadir ke Kolej Perisikan ATM menyantuni dan menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada semua yang hadir.

Rombongan KVRM Pusat disambut oleh Mej Anizah, Wakil Kolej Perisikan ke Wisma Perwira seterusnya ke majlis perjumpaan yang diadakan Wisma Bintara. Ucapan aluan dimulakan oleh PW 1 Mohd Rofi Bersara, Pengerusi Perhubungan KVRM Pahang seterusnya ucapan Presiden KVRM. Dato' Hj Zahar mengucapkan terima kasih kepada semua ahli dan veteran KRD yang hadir serta penghargaan Terima Kasih kepada Kolej Perisikan membantu menyediakan tempat perjumpaan kepada KVRM Pahang.

"...dengan adanya sedikit kewangan yang diperolehi dari Tabung Kutipan Pahlawan dan sumbangan yang diterima, KVRM Pusat akan menyantuni melalui program ziarah kasih dan menyampaikan sumbangan berbentuk wang ringgit kepada Ahli KVRM yang memerlukan. Bukan sekadar kewangan yang penting titipan iringan doa dari rakan yang mengenali diri kita. Kerjasama dan ukhwah semua ahli dan kempen kepada yang belum menjadi ahli juga diharapkan supaya lebih ramai menjadi ahli dimasa akan datang..." ujar Dato' Hj Zahar.

Majlis seterus diakhiri dengan jamuan makan tengahari bersama pegawai dan Ahli KVRM dan Veteran KRD. Tahniah di ucapkan kepada semua pihak yang menjayakan perjumpaan Ziarah Kasih KVRM Pahang.

Kredit FB : KVRM

Sabtu, 16 Oktober 2021

Google Adakan Syarat Untuk Peranti Menjalankan Android 12

 


Android 12 telah hadir dalam versi AOSP namun masih tiada lagi peranti yang menggunakannya kerana masih dalam peringkat beta.

Memandangkan Google bakal membawa perubahan drastik kepada Andoid 12 seperti Material You, OEM perlu memberi perhatian kepada peranti mereka agar terus berada selaras dengan Android Compatibility Definition Document (CDD).

Google telah menetapkan syarat kepada peranti yang boleh menggunakan Android 12 seperti:

Sekurang-kurangnya 6GB memori.

Mempunyai skrin 400 dpi dan resolusi 1080p.

Storan dalaman dengan kelajuan 120MB/s menulis (sequential write) dan 250MB/s membaca (sequential read) , 10MB/s menulis rawak (random write) dan 40MB/s membaca rawak (random read).

Sekurang-kurangnya 12-megapixel kamera utama dengan keupayaan merakam 4K 30FPS dan 4-megapixel kamera hadapan dengan keupayaan merakam 1080p 30FPS.

Selain itu, Google turut melancarkan ujian kepada peranti yang ingin menggunakan Android 12. Jika gagal, ia akan terkeluar daripada senarai peranti yang boleh menggunakan Android 12 kerana Google ingin memastikan peranti ini dapat mengoptimumkan penggunaannya.

Kredit: WCCFtech


Khamis, 14 Oktober 2021

Kenyataan Media MB Pahang







Khidmat Pengerusi dan AJK JPKK disambung bagi sesi 2022/2023
 
Khidmat Pengerusi-pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang tamat 31 Disember ini (2021), akan disambung bagi penggal baharu 2022/2023 bermula 1 Januari depan.

Ini sepertimana diputuskan pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri pagi semalam (13 Oktober 2021), yang turut menetapkan bahawa penerusan khidmat ini bagaimanapun, terkecuali atas kes-kes tertentu yang memerlukan penggantian.
 
Terdapat 543 JPKK di seluruh Pahang dan setiap JPKK dianggotai masing-masing seorang Pengerusi dan Setiausaha yang dilantik dalam kalangan kepemimpinan UMNO setempat.
 
Selain itu, ialah 14 Ahli Jawatankuasa (AJK) terdiri daripada ahli UMNO serta dalam kalangan ahli PAS – parti bersama UMNO dalam gagasan politik Muafakat Nasional (MN) di negeri ini.

Dengan pengumuman awal ini, dapat memberi kelegaan dan kepastian tentang kedudukan Pengerusi, Setiausaha dan AJK JPKK sekalian. Apatah pula, mereka telah menunjukkan komitmen tinggi serta keberkesanan dalam melaksanakan peranan masing-masing semasa penggal 2020/2021.

Saya berharap, mereka dapat meningkatkan lagi komitmen dan peranan mereka pada penggal baharu 2022/2023 yang dijangka tempoh lebih mencabar, agar rakyat yang diwakili di kampung masing-masing mendapat perkhidmatan sebaik-baiknya, In Sya Allah.
 
DATO’ SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang
14 Oktober 2021

Kes bunuh ibu bapa sendiri


Seorang penganggur berdepan hukuman mati apabila didakwa di Mahkamah Majistret Lipis di sini pada Khamis atas dua pertuduhan membunuh ibu bapanya pada 4 Oktober lalu.

Tertuduh, Ahmad Hafizuddin Mohammad, 31 beralamat Kampung Kemahang, Benta di sini kelihatan tenang dan menganggukkan kepalanya tanda faham selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Aisyah Ahmad.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes berkenan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Hafizuddin didakwa telah membunuh Mohammad Maasai, 68, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kemahang, Benta antara jam 11 malam hingga 12 tengah malam pada 4 Oktober lalu

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhairi Mohamad Noh yang mengendalikan pendakwaan kemudian memohon tertuduh dirujuk ke hospital untuk dinilai kesihatan mentalnya. Siti Aisyah kemudiannya menetapkan sebutan semula kes tersebut pada 11 November depan.

Pada 4 Oktober lalu, sepasang suami isteri warga emas maut dipercayai ditetak anak lelaki mereka dengan menggunakan parang dan kejadian didakwa berlaku selepas suspek berbual bersama bapanya mengenai ilmu agama dan ketuhanan.

Kredit : Sinar Harian.

Selasa, 12 Oktober 2021

PeKa B 40




Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B 40

Siapa ada mak ayah umur 50 tahun? Boleh dapat duit pergi klinik kerajaan.

Penerima BSH berumur 50 tahun ke atas secara automatik layak menerima manfaat program PeKa B40.

Antara manfaatnya:

  • Bantuan sehingga RM20,000 bagi membeli alat-alat perubatan
  • Bantuan RM500 / RM1,000 bagi menampung kos perjalanan mendapatkan rawatan di hospital

Boleh semak kelayakan online di portal PeKa B40

Layari https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan

Tolong share ye sebab ramai yang tak tau kewujudan program ni.


Isnin, 11 Oktober 2021

HUT 10 Bgd Para.

 

Penubuhan 10 Okt 1994


Penganugerahan Beret Merun



Kepada semua Paratroopers 10 Briged (Para) dan Para Veteran Para
Selamat Ulang Tahun ke-27 10 Briged (Para)
10 Oktober 2021

2021 TEMA - ′′ LENGAN KUAT HATI BESAR ′′

Strong Arms - Sebagai lembing Tentera, kita akan melawan musuh negara kita dan musuh dengan segala daya kita & akan menunjukkan semangat juang tertinggi
Big Heart - Kami akan melawan musuh kami tanpa belas kasihan langsung tetapi kami memaafkan mereka sebaik sahaja mereka menyerah diri.



Ahad, 10 Oktober 2021

Mohon Masuk Maktab Tentera Diraja

 


Maktab Tentera Diraja

PENTAKSIRAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS (PKSK) BAGI PERMOHONAN KEMASUKAN TINGKATAN 4 TAHUN 2022 

MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD) TELAH DIBUKA.

PERMOHONAN PKSK PERLU DIBUAT SECARA DALAM TALIAN DI WEBSITE KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DENGAN PILIHAN PERTAMA ADALAH MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD)

PERMOHONAN BOLEH DIBUAT DI PAUTAN BERIKUT:

https://spskt4.moe.gov.my/

TARIKH PERMOHONAN PKSK 10 OKTOBER - 15 NOVEMBER 2021.

SEMOGA BERJAYA...

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:

0389465562/5563/5564/5565 

08.00am - 05.00pm 

Isnin - Jumaat

Rabu, 6 Oktober 2021

Bebola api misteri di Kuala Lipis

 


Suatu masa dahulu, pernah kecoh tentang kisah bebola api misteri yang muncul di sekitar Kuala Lipis, Pahang. Ada yang masih ingat dengan kisah tersebut?

Di kalangan penduduk di sekitar Kuala Lipis ketika itu, berlegar cerita mengenai bebola api misteri yang sering muncul pada waktu malam. Dikatakan, ia sering kelihatan di beberapa lokasi yang dianggap ‘keras’ oleh penduduk tempatan.

Salah satunya di Empangan Jaleh, iaitu bekas tapak perlombongan emas yang terletak kira-kira 14 kilometer daripada pusat bandar Kuala Lipis. Lokasi itu dikatakan antara tempat kelibat bebola api itu sering kelihatan. Ramai kalangan kaki pancing yang sering ke sana mendakwa, mereka sering melihat bebola cahaya kekuningan seperti api melintasi kawasan tersebut.

Dikatakan bebola api sebesar saiz bola sepak itu akan muncul beberapa saat di udara sebelum lenyap dalam kegelapan malam. Ia kelihatan seperti terapung-apung di udara dan bergerak melayang-layang ditiup angin sebelum hilang begitu sahaja.

Selain di Empangan Jaleh, objek yang sama juga dikatakan sering dilihat di kawasan sekitar Kuala Lanar dan Padang Tengku, yang juga terletak di dalam daerah Kuala Lipis.

Penduduk tempatan mengatakan kelibat cahaya api sering kelihatan di kawasan Sungai Jelai, yang merupakan sungai utama di kedua-dua lokasi tersebut. Bebola cahaya itu dikatakan selalu muncul di permukaan sungai berkenaan, terapung-apung dan kemudian lenyap secara perlahan-lahan.

Bebola api itu tidak terbang tinggi, sebaliknya hanya ‘bermain-main’ di ruang udara yang rendah sahaja. Apa yang pelik, bebola api itu akan muncul di kawasan sekitarnya walaupun ketika hari hujan.

Bukan saja di kawasan sungai, tetapi ia juga sering kelihatan di hutan berhampiran. Ada yang mendakwa, bebola api itu muncul secara tiba-tiba dan bergerak ke atas seperti terwap di udara. Kadangkala, cahaya itu dilihat seperti ‘bertenggek’ di dahan-dahan pokok sebelum bergerak ke tempat lain dan hilang dengan sendirinya.

Penduduk tempatan yang sering melihat bebola cahaya itu menganggap perkara tersebut mempunyai kaitan dengan kuasa mistik dan makhluk halus.

Ramai mengatakan cahaya api tersebut dikatakan adalah spesies entiti seperti polong atau tuju-tuju yang sering ‘dilepaskan’ oleh tuannya untuk mengganggu ketenteraman penduduk. Sejauh mana kebenarannya, sukar untuk dipastikan.

Itu dari sudut mistik. Namun jika dilihat dari sudut saintifik pula, juga ada jawapan tersendiri.






Mungkinkah bebola api misteri di Kuala Lipis itu mempunyai persamaan dengan fenomena bola api naga Nong Khai seperti yang pernah berlaku di pinggir sungai Mekong, Thailand?

Adakah gas-gas yang terpendam di dasar tanah telah naik ke permukaan dan bertindak balas dengan udara sehingga membentuk bebola api?

Ada beberapa faktor dan teori boleh menjelaskan tentang fenomena ini jika dikaji dari sudut saintifik.

Boleh jadi bebola api itu muncul disebabkan sumber bahan bakar semulajadi seperti arang batu yang terdapat di dalam tanah. Bagaimanapun, sejarah menceritakan bahawa Kuala Lipis hanya kaya dengan sumber emas, bukan arang batu.

Faktor lain pula berkemungkinan akibat endapan gas metana yang terhasil daripada longgokan sampah yang terurai. Gas ini akan terkumpul di dasar sungai lalu meruap ke permukaan air. Selepas itu, ia akan terbakar apabila bercampur dengan gas oksigen dan kesan pembakaran itu mewujudkan bebola api yang bercahaya.

Sekiranya ia disebabkan oleh gas metana, bebola api itu hanya akan muncul di awangan antara lima hingga enam hari sahaja. Ia adalah disebabkan sumber gas tersebut yang agak terhad.

Walaupun begitu, tidak diketahui dengan jelas sama ada bebola api yang muncul di Kuala Lipis itu disebabkan oleh sumber gas, ataupun ia sebenarnya spesies ‘hantu’ seperti yang didakwa penduduk kampung.

Apakah ia masih muncul lagi pada hari ini? Orang Kuala Lipis mungkin boleh menjawab soalan tersebut.

Kredit :  Utusan TV

Selasa, 5 Oktober 2021

Suami isteri maut dibunuh anak kandung.

 


LIPIS: Seorang lelaki tergamak membunuh ibu dan bapanya dengan menetak mangsa bertubi-tubi serta mengelar leher mangsa menggunakan sebilah parang di sebuah rumah di Kampung Kemahang di Benta dekat sini malam semalam.

Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu ialah Mohammad Maasai, 68, dan isterinya Zailan Zainudin,64.

Difahamkan mangsa tinggal bersama suspek Ahmad Hafizudin Mohammad,31, yang merupakan anak bongsu mereka yang tidak bekerja.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati semasa kejadian kedua-dua mangsa sedang berbual dengan suspek di dalam rumah mereka sebelum ibu suspek masuk ke dalam bilik.

“Suspek terus berborak dengan bapanya mengenai ilmu agama dan ketuhanan sebelum suspek mendakwa nampak mata ayahnya hitam seakan hendak menyerangnya menyebabkan suspek mengambil parang dari dalam bilik dan menetak ayahnya.

“Ibu suspek kemudian cuba membantu suaminya tetapi mangsa menyerang ibunya dengan menetak dan menikam di leher dan kepala menyebabkan ibunya melarikan diri keluar dari rumah sebelum rebah berhampiran pagar rumah,”katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, susulan itu suspek keluar dari rumah mencari ibunya sebelum ditemui dan ditahan oleh orang kampung dalam keadaan berbogel dan berlumuran darah.

Katanya, penduduk kampung yang bergegas ke rumah suspek mendapati bapa mangsa dalam keadaan terbaring tidak bernyawa di atas lantai rumah manakala ibu mangsa terbaring tidak bernyawa di atas rumput di luar rumah.

Dalam pada itu, Azli berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan masih giat dilakukan.

Katanya, suspek yang ditahan oleh orang awam telah diserahkan kepada pihak polis dan polis turut menemukan sebilah golok dipercayai digunakan suspek.

Kredit : BH 


Isnin, 4 Oktober 2021

Gangguan Bekalan Air di Lipis

 


GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL PAIP BERHAD DAERAH LIPIS

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) ingin memaklumkan bahawa pihak kontraktor PAIP akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip pecah bersaiz 18" MS berdekatan dengan NO.268 Taman Pertama (jajaran paip dari sungai ke Loji Jelai).

Sehubungan dengan itu, beberapa kawasan seperti berikut akan mengalami gangguan bekalan air :

Tarikh dan Masa Gangguan :

3 Oktober 2021 (Ahad) jam 8.30 pagi sehingga jam 5.00 petang.

Kawasan-Kawasan Terlibat : Seluruh kawasan liputan Loji Rawatan Air Sungai Jelai meliputi Tmn. Cahaya, Tmn. Setia Jaya, Tmn. KSM, Tmn. Emas, Kg. Binjai, Tmn. Muhibbah, Penjom, Kg. Lalang, Tmn. Cheneras Jaya, Desa Kenari, Tmn. Permai Sejahtera, Tmn. Cheneras Indah, Tmn. Permai 1 & 2, Flat Tempoyang, Tmn. Tempoyang Gemilang, Kg. Tempoyang, Tmn. Seri Tempoyang, Tmn. Tempoyang Sejahtera, Tmn. Tempoyang Damai, Tmn. Tempoyang Idaman, IPGTAA, Tmn. LKNP, Jalan Pekeliling, Kem 8 RAMD, Sungai Kerpan, Jalan Datuk Mahmud, Tmn. Lipis, Tmn. Lipis Impian, Tmn. Damai Impian, Flat Sungai Kerpan, Sungai Kerpan 3, Rumah Kilat, Rumah 50, Tmn. Pertama, Desa Perwira, Tmn. Impian, Kem UKK, Institut Pertanian Kuala Lipis, Desa Jeram Batu, Bandar Lama Kuala Lipis, Bukit Bius, Tmn. Bukit Bius Indah, Pusat Perniagaan Lipis Jaya, Hospital Kuala Lipis, Batu 1, Pusat Perniagaan Bukit Residen, Tanjung Lipis, Kuala Lanar, PR1MA Kuala Lanar, Jeram Bungor.

Jumlah Akaun Terlibat : 6630

Pengguna yang ada sebarang pertanyaan dan aduan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan, di talian 09-573 9999.

Dikeluarkan oleh :

Pengurus PAIP Daerah Lipis

Sabtu, 2 Oktober 2021

Sila semak daftar Pemilih Automatik



Mulai hari ni, pengundi sudah didaftar secara automatik.

Yang berumur 18 tahun, yang tidak  pernah daftar mengundi, semua sepatutnya dah ada dalam senarai.

Sila semak dan bagitau kawan-kawan yang lain.


MySPR Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (MySPR SPPA) bertujuan memberi peluang kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas dan belum mendaftar sebagai pemilih untuk menyemak dan mengesahkan maklumat peribadi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia sebelum didaftarkan sebagai pemilih secara automatik.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi hotline SPR di talian 03-88927018 atau Pejabat Pilihan Raya Negeri di https://www.spr.gov.my/ms/hubungi-kami/cawangan-spr dalam waktu pejabat atau membuat aduan melalui laman MySPR SPPA ini.


Kunjungan Lawatan Kerja Menteri Kewangan

 







Alhamdulillah, hari ini Lipis berbesar hati menerima kunjungan Lawatan Kerja oleh YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia.


Bermula jam 9 pagi, YB Menteri Kewangan bersama rombongan melawat Tapak Perumahan Projek Generasi Belia FELDA di Sg Koyan 2 bagi meneruskan projek perumahan di sini.

Seterusnya mendengar taklimat mengenai Projek Pembangunan Kolej Komuniti Jelai di Tanjung Gahai yang sedang melalui proses bagi mendapatkan kelulusan projek di bawah RMK-12.

YB Menteri Kewangan juga sempat melawat dan membuat tinjauan di Riverfront Sg Jelai bagi sesi walkabout, yang mana kawasan ini akan dibangunkan sebagai salah satu lokasi pelancongan baharu di Lipis serta menjadi kan Lipis sebagai salah satu Bandar Warisan.

Setibanya di Pejabat Tanah Daerah Lipis, satu sesi taklimat diadakan membincangkan mengenai strategi Projek Berimpak Tinggi di Pahang Barat (berkait dengan agromakanan, pelancongan dan kepentingan rangkaian CSR).

Terima kasih diucapkan kepada YB Menteri Kewangan, Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Timbalan Menteri Kewangan, YB Shahar Abdullah dan semua pihak serta agensi yang terlibat dalam usaha membangunkan Daerah Lipis sekaligus dapat memberi nilai tambah dan mampu menjana sumber pendapatan kepada Masyarakat Lipis sendiri.

Semoga usaha ini dipermudahkan dan mampu dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih

Kredit FB : Dato' Seri Abdul Rahman Mohamad



AddToAny