responsif teks foto

Rabu, 6 April 2022

i-Sayang KWSP

 


Tarikh Dan Jumlah Bayaran i-Sayang KWSP

Tarikh dan jumlah bayaran i-sayang serta apa itu i-sayang, tarikh bayaran, cara nak mohon i-sayang, jumlah bayaran

Disaat rakyat sedang menunggu khabar mengenai pengeluaran sekali bayar KWSP RM 10,000, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan sebuah skim baharu yang akan dilancarkan pada tahun ini.

Skim itu dikenali sebagai i-Sayang. Sebuah program yang akan memberi kemudahan kepada insan terSAYANG iaitu isteri.

APA ITU i-SAYANG

i-Sayang merupakan kemudahan terbaru yang akan dilancarkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Kemudahan ini telah diperkenalkan pada bulan November 2021 lepas.

Ia bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat untuk menjamin simpanan pada masa depan.

Menurut pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, i-Sayang ialah

sebuah kemudahan pemindahan sukarela sebanyak dua peratus 2% caruman KWSP ke akaun isteri

TARIKH BAYARAN

Menurut Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, i-Sayang akan dilancarkan pada

suku pertama 2022

Tetapi, buat masa sekarang belum ada tarikh rasmi berkaitan bayaran akan dilakukan.

CARA NAK MOHON I-SAYANG

Untuk makluman para pembaca, pihak KWSP belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan cara permohonan i-Sayang KWSP.

Sebarang maklumat terbaru akan kami kemas kini dari masa ke masa.

JUMLAH BAYARAN

Sedia maklum bahawa i-Sayang ialah

Pemindahan caruman sukarela daripada akaun suami kepada akaun isteri

Jumlah bayaran yang akan diberikan kepada isteri ialah dua peratus (2%) caruman

KWSP turut menyokong skim caruman lebihan yang sukarela yang mana ahli boleh meminta para majikan untuk meningkatkan caruman KWSP mereka lebih 11% kadar berkanun



Tiada ulasan:

AddToAny