responsif teks foto

Jumaat, 8 April 2022

Wakaf Pondok Warga Emas di Lipis




WAKAF BAGI MEMBINA PONDOK WARGA EMAS PITTM (PERTUBUHAN INSTITUT TADBIR TALAQQI DAN MUSHAFAHAH)

DITUBUH

Di tubuhkan pada 14 Mac 2011 yang lalu

Pertubuhan Institut Tadbir Talaqqi Dan Mushafahah ataupun lebih dikenali dengan nama ringkasnya, PITTM, adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membina sebuah penempatan berasaskan pendidikan agama Islam.

PENDAFTARAN

PITTM yang juga digelar Pusat Islam kuala Lipis (PIL) yang telah berdaftar dengan Pertubuhan Malaysia. Ia telah membina sebuah penempatan ataupun pusat mendalami ilmu agama Islam yang diberi nama Madrasah Tilawah Quran (MDQ).

PENEMPATAN

Madrasah Tilawatul Quran (MDQ) telah dibina di atas tanah wakaf yang beralamat di lot 2924, KM 3, Jalan Utama Kechau, Bandar baru Kuala Lipis, 27200 Kuala Lipis.

TUJUAN

1. Tempat pembelajaran ilmu agama Islam bagi

kumpulan :
  • Komuniti setempat, Malaysia dan antarabangsa
  • Mualaf , orang Asli / Pribumi, warga emas,
  • Anak-anak Yatim, fakir miskin / gelandangan dan musafir.
2. Tempat berteduh bagi yang memerlukan.

3. Rakan MERCY, BENGO, KEMAHANG CARE

4. Menyebarkan dakwah kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa

5. PITTM mengambil model YADIM, iaitu badan bagi pengkaderan pendakwah orang asal. PITTM akan menjadi pusat latihan Daie (pendakwah) dari kalangan orang asal. Bakal Daie akan dilatih kursus asas daie. Ini termasuk kursus fardu Ain.

Setakat 15-10-2020 ini, alhamdulillah, kami telah berjaya menyiapkan pembinaan sebuah surau. Sekarang tengah mengumpul dana bagi menyiapkan asrama dan pondok warga emas.

Dapatkan maklumat lanjut di

https://forms.gle/pPxPWxXzmh5pLpVG8




Tiada ulasan:

AddToAny