responsif teks foto

Ahad, 10 April 2022

Bantuan Prihatin Pahang 2022

 




HAMPIR 300,000 PENERIMA BAKAL NIKMATI BANTUAN PRIHATIN PAHANG 2022

Saya baru sahaja umum bahawa Kerajaan Negeri Pahang akan menyalurkan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022 bermula April hingga Julai.

Bantuan Prihatin Pahang yang berjumlah keseluruhan hampir RM30 juta ini bakal dinikmati lebih 297,013 penerima di bawah 4 kluster utama iaitu:
  • Pelajar dan Anak Muda
  • Golongan B40
  • Kluster Umum
  • Kluster Apresiasi.
Antara bentuk bantuan yang bakal diterima termasuk:
  • Tunai RM200 - untuk veteran tentera dan polis, nelayan, penjaja harian, pemandu teksi, pelajar universiti, anak yatim, ibu tunggal, pengusaha e-hailing, pengusaha bot, pemandu pelancong serta anak muda lepasan SPM. 
  • Tunai RM100 - untuk pelajar tahun 1, pelajar tahfiz, gelandangan, pelajar SPM dan STPM.
  • Tunai RM300 - untuk penggiat di media sosial.
  • 160,000 Kotak Aidilfitri - untuk penduduk kampung dan masyarakat Orang Asli.
Alhamdulillah, kemampuan menyalurkan BPP ini merupakan hasil kedudukan kewangan Kerajaan Negeri yang kukuh pada masa kini. 

Ini hanya sebahagian. Kerajaan Negeri Pahang akan terus mengusahakan yang terbaik demi memelihara kebajikan rakyat di era pasca pandemik ini.

"rujuk poster di atas untuk perincian Bantuan Prihatin Pahang 2022 lebih lanjut..."


Tiada ulasan:

AddToAny