responsif teks foto

Isnin, 11 April 2022

PAIP memperuntukkan RM36.2 juta menangani masalah air di Lipis.

 


Pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) telah mengenal pasti 7 ‘hotspot' yang kerap mengalami masalah bekalan air di Lipis. Sehubungan itu, pihak PAIP memperuntukkan sebanyak RM36.2 juta bagi menjayakan inisiatif ini.

Antara projek utama yang akan dilaksanakan adalah menaiktaraf sistem agihan air di Loji Rawatan Jelai dengan kos pembinaan RM15.8 juta yang bakal memberi impak positif kepada 6,378 akaun.

Fasa pertama telahpun siap dan fasa kedua projek ini dijangka siap sepenuhnya pada September 2022. Fasa pertama telah memberi impak di kawasan-kawasan hotspots di Sg Kerpan, Cheneras Jaya, Maktab Perguruan Ampuan Afzan, Sekolah Sri Lipis, Flat Tempoyang, Kuarters Kerajaan Batu 3, Jeram Bungor dan Kuala Lanar. Kapasiti Loji Jelai ini telah dapat dinaikkan dari menghasilkan 500m3 sejam kepada 1000m3 sejam air terawat. Kenaikan kapasiti 100 peratus.

Terima kasih juga kepada pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar kerana banyak membantu mengatasi masalah bekalan air di Lipis dengan menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM111 juta.

Perancangan untuk mengatasi masalah air di daerah lain juga kini sedang diperincikan dalam masa terdekat. Saya yakin segala perancangan yang diatur ini dapat memberi keselesaan berpanjangan kepada rakyat pada masa akan datang.

Sumber FB :  Wan Rosdy bin Wan Ismail

Tiada ulasan:

AddToAny