responsif teks foto

Selasa, 8 Oktober 2019

"Betul ker Melayu Malas…?

Zahara Sulaiman
Cuma melayu kena tipu orang putih. baru dibongkar oleh seseorang Prof wanita Melayu baru baru ini tentang British yang merencana agar China dan India menjadi kaya dengan menyembunyikan fakta sejuta ekar tanah bernilai premium (tengah bandar) diberikan kepada tetamu Cina dan sejuta lagi diberikan kepada tetamu India. Bayang kan ketika sebelum Merdeka secara sulit mereka telah menjadi jutawan sekelip mata dan komposisinya (1956-57) 3 juta orang Cina mendapat sejuta ekar dan 700 ribu penduduk India mendapat sejuta ekar

Manakala 9 juta Melayu sebelum Merdeka yang tidak diberi walau seinci pon tanah premium bandar yang harga berlipat kali ganda dari tanah kampong(tanah paya, tanah pertanian) yang mereka duduki.

Sepatutnya kaum India keseluruhan nya telah menjadi jutawan jika pembahagian tanah sama rata dikalangan 700 ribu orang penduduk India ketika itu (1956-57).

Justeru Itu sebabnya sekarang Cina dan India menguasai bandar dan Sub-urban memiliki banyak tanah premium yang boleh dicagarkan untuk perniagaan.

Cina dan India tidak akan kaya secara automatik dan menguasai bandar kecuali dengan perancangan British yang jahat semata mata ingin membalas budi mereka kerana sanggup terima arahan British untuk bekerja di ladang-ladang dan lombong-lombong. Adakah benar mereka lebih rajin dari Melayu miskin dan dikatakan pemalas oleh PM yang kita kasihi itu?

Melayu tidak langsung di berikan tanah walau seinci pon kecuali mereka hanya gazzetkan atau wartakan rezab Melayu tanah luar bandar bukan tanah bernilai tinggi /premium seperti yang diberikan kepada Cina dan India secara sulit itu. Mujur lah dokumen tanah tersebut sudah di de-classify dan dibongkar oleh pensyarah tersebut.

Bagaimana pon tanah yang digazzetkan secara blok ini bertukar tangan kepada Cina dan India akhirnya kerana mereka sudah ada modal asal sejuta ekar tanah yang boleh dicagarkan kepada bank untuk dapatkan cash untuk tujuan perniagaan dan membeli tanah rezab Melayu.

Mengapa ahli politik menyembunyikan rahsia dan perancangan jahat British ini sedang kan mereka yang bersama bersetuju dengan perancangan British sebelum mereka berikan kemerdekaan kepada Semenanjung Tanah Melayu ?

Melayu malas kerana ditinggalkan terlalu jauh kebelakang mengikut senario jahat British seperti menghadkan pemilikan tanah premium bandar dan mengusir mereka kekampong. Tanah rizab Melayu tidak diberi secara individu atau keluarga Melayu kecuali hanya diwartakan sahaja.

Begitulah malangnya orang kebanyakan Melayu (biasa) kecuali Melayu elit yang mendapat habuan bagai orang Cina dan India.

Mengapa elit politik Melayu ini tidak meminta British memberi sejuta ekar tanah bernilai premium bandar kepada orang Melayu dalam rundingan Kemerdekaan agar masyarakat Marhaen Melayu dapat bertanding di garisan permulaan/awal yang sama dengan Cina da India (baru adil) . Malang sungguh British hanya memberikan kelebihan (handicap sejuta ekar tanah) kepada orang luar dan memiskinkan kita tuan rumah. Maka benarlah Melayu bukan Tuan lagi, mereka lah tuan yang sebenarnya.

Anak Melayu elit ini boleh lah cakap besar sedang mereka sudah pon di sediakan modal berjuta-juta berbanding rata rata anak Melayu biasa yang bermodal kan seribu dua ringgit sahaja

Dan anak Melayu biasa dipanggil pemalas sedangkan anak Melayu elit dibantu oleh Bapa yang menguasai Kerajaan sebagai penasihat syarkat GLC itu dan ini umpamanya dan mereka adalah anak yang rajin?

Benarkah Melayu malas? Fikir fikir kan lah. Landscape demografi Malaysia yang sangat memperdaya.

Sany Royan.


Tanah melayu difaraid rezab melayu digadai


Jawapan oleh Zaharah Sulaiman ISTAC. Menceritakan bagaimana pemilikan tanah melayu kepada bangsa asing.

Isnin, 7 Oktober 2019

Harga Petrol Jan 2020


Harga RM 2.08 akan Jadi RM 2.45 bila diapung.
Ron 95 pada Jan 2020 harga 2.45 atau diapung

1. Harga RM2.08 untuk petrol RON95 akan dimansuhkan oleh kerajaan PH bermula Januari 2020.

2. Harga akan diapung pada harga pasaran (RM2.45 jika laksana sekarang)

3. Penerima BR1M yang ada kereta dibawah 1,600cc (atau mana-mana kereta yang berusia 10 tahun ke atas) akan dapat rebat maksima RM30 satu bulan atau RM1 sehari - iaitu rebat maksima RM360 setiap tahun.

4. Penerima BR1M yang ada motorsikal dibawah 150cc (atau mana-mana motorsikal yang berusia 7 tahun ke atas) akan dapat rebat maksima RM12 satu bulan atau 40 sen sehari - iaitu rebat maksima RM144 setiap tahun.

5. Bayaran secara tunai akan dibuat setiap 4 bulan terus ke dalam akaun penerima.

6. Golongan bukan penerima BSH tak dapat apa-apa.


7. Sistem kad petrol tidak diguna walaupun kontrak bernilai RM25.03 juta telah diberi kepada syarikat GHL pada bulan Mac.

8. Sistem subsidi tidak digunakan di Sabah dan Sarawak. Harga petrol RON95 akan tetap RM2.08 di sana.

9. Kerajaan akan jimat RM6 bilion setiap tahun bermula tahun depan selepas tarik balik subsidi pukal petrol ini.

Najib

Ahad, 6 Oktober 2019

Pengunaan Penghawa dingin di rumah.

Tenaga elektrik sekarang sudah menjadi satu keperluan dalam kehidupan harian kita, tetapi ramai kini merungut tentang kenaikan tarif elektrik di mana ada yang mengatakan ia membebankan. Sebagai contoh bila anda tidak mengunakan aircorn purata bil elektrik sekitar RM 70-80 sebulan bila mengunakan aircornd ianya akan mencecah RM 200 keatas maklumat tersebut semua kita tahu dan semua pernah alami.

Ada diantara kita sanggup berhabis ratusan malah ribuan ringgit untuk membeli barangan yang kononnya menjimatkan tenaga dan ada yang sanggup mengupah juruelektrik untuk mengubahsuai sius utama yang sudah pasti salah di sisi undang-undang.

Peralatan elektrik yang menyebabkan bil elektrik melambung adalah penghawa dingin. Tahukan anda, sebenarnya anda boleh menjimatkan elektrik di rumah secara mudah iaitu seperti berikut:

1. Tutup lampu bilik apabila tidak digunakan. Cahaya lampu menghasilkan haba yang akan menyebabkan penghawa dingin bekerja dengan lebih kuat. - Memang kami tidur dalam gelap patutlah save yer.

2.  Elakkan pancaran sinaran matahari terus kepada penghawa dingin yang sedang berfungsi -.memang terlindung dari cahaya matahari sebab aircond tak mengadap tingkap.

3.  Kurangkan pergerakan masuk - keluar melalui pintu. Ini akan menyebabkan kehilangan udara sejuk dari dalam kawasan yang sejuk.- kitorang biasa pasang sejurus nak tidur. So memang tak keluar lah. Nak mengencing pun dalam bilik jugak.

4.  Jangan letakkan peralatan pemanas berhampiran dengan penghawa dingin. - seb baik tak de pemanas

5  Tetapkan suhu pada 24-26 Darjah Celcius. Penyejukan bilik kepada suhu yang lebih rendah daripada 20 Darjah Celcius akan menyebabkan kemasukan haba dari luar dengan cepat. Ini akan meningkatkan penggunaan tenaga elektrik. - Lepas ni kena naikkan suhu la sket supaya lagi jimat

6.  Bersih dan tukar penapis udara (air filter) secara terjadual - Yang ni tukang pasang tu dah ajar kat kita  cara bagaimanan nak bersihkan.

Tenaga Solar

Panel solar dipasang di atap rumah


Satu lagi cara mudah dengan mengunakan tenaga solar, sudah banyak rumah-rumah kediaman yang telah mengunakan tenaga tersebut, harga memang mahal pada mula hanya sekitar 48V RM 2,490.08 tapi kita tidak perlu membayar tiap-tiap bulan pada TNB. Peralatan lengkap tersebut ada selalu keluar pada iklan-iklan Google Alibaba.com.

Ali baba.com

Untuk pemahaman anda hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua satu video yang menerangkan cara panel solar berfungsi untuk jimatkan elektrik di rumah. Tenaga solar adalah salah satu cari terbukti untuk kurangkan bil elektrik. Dengan memasang panel solar, cahaya terik dari Matahari akan membuatkan sel photovoltaic mengeluarkan tenaga elektrik. Kalau anda tak faham, anda boleh tengok video ini.

Video di bawah menerangkan cara tenaga elektrik digunakan dalam rumah dan bagaimana menghasilkan sedikit keuntungan dengan menjual tenaga elektrik yang dihasilkan kepada TNB.




Selepas pasang panel solar


RM100 X 12 bulan = RM1200/setahun

RM1200 X 25 tahun=RM30 000

Sebelum pasang panel solar

RM300X12 bulan=RM3600/setahun

RM3600X25 tahun=RM90 000

Penjimatan selepas 25 tahun= RM90 000-RM30 000

=RM60 000

Sekiranya anda berminat untuk memasang panel solar, contact No 014 9099471 atau email di ihsan@pathgreen.com.my. Beliau merupakan Solar Panels Sales Engineer menyediakan perkhidmatan perundingan untuk memasang panel solar di Malaysia.



Berbaloi Ke guna Aircond Guna Solar...???




Sabtu, 5 Oktober 2019

Kad Pengenalan Hilang

Semasa anak saya berlajar di Kuantan, beg duit sekali dengan Kad Pengenalan dia telah dicuri orang semasa bersukan. Dia melapurkan kehilangan tersebut dibalai polis berdekatan. Semasa membuat memohon Kad Pengenalan baru di UTC Kuantan dia dikenakan caj sepuluh ringgit.

Contoh Kad Pengenalan 2001

Semasa dia berkerja di Sungai Buloh dia kehilangan sekali lagi beg duit bersama kad pengenalan dan memohon sekali lagi kad pengenalan baru di Pejabat Pendaftaran Raub, kali ini dia dicaj sebanyak RM 100. 

Kali ketiga pula dia kehilangan sekali lagi Kad Pengenalan, semasa memohon kad pengalan baru di Pejabat Pendaftaran Kota Damansara dia di kenakan caj sebanyak RM300 kali ini disoalsiasat oleh Pegawai pendaftaran.

Akibat kecuaian ini kita berhadapan dengan masalah untuk membuat kad ATM dimana-mana bank, selama 6 bulan kita mengunakan kad pengenalan sementara yang merupakan kertas separuh A4 dan menyusahkan kita untuk menyimpan untuk dibawa kemana-mana. Oleh itu berhati-hatilah menjaga dokumen pensendirian ini sifarkan kecuaian.

Cerita kedua, oleh kerana saya selalu memegang kad pengenalan isteri bersama kad akaun bank dia, satu hari dia balik kampung di Kedah seorang diri menaiki bas tanpa membawa Kad Pengenalan. Nasib baik tidak ada apa-apa berlaku seperti ada permeriksaan polis dalam perjalanan.

Cerita ketiga sahabat saya mempunyai dua orang isteri.  Isteri pertama beliau  memegang kad pengenalannya  hingga menyukarkan beliau  untuk bergerak, pernah sekali polis menahannya dia  terus berterus terang dan bagi kad pengenalan photostat...kelakar juga..""

Ramai daripada kita pergi kemana-mana tanpa membawa kad pengenalan diri, Alasan cukup mudah. Takkan nak kekedai, kerumah jiran, berisiar-siar dikawasan dekat rumah pun nak bawa kad pengenalan. Lecehlah..”

Undang-Undang

Dibawa seksyen 6, Peraturan-peraturan Negara 1990, secara ringkasnya dinyatakan sesiapa yang sudah mendapat kad pengenalan tapi malas membawanya, kalau diperiksa dan sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi RM3000 ribu atau kedua-duanya sekali.

Ini termasuklah kad pengenalan gantian atau dokumen sementara. Tapi ada beberapa orang yang dikecualikan daripada peraturan ini, iaitu:

1. Yang di-Pertuan Agong.

2. Raja mana-mana negeri dan Yang Dipertuan Negeri.

3. Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun.

4. Pelancong yang ada dokumen perjalanan yang sah dan boleh tinggal di Malaysia tidak melebihi dua bulan atau dalam tempoh transit.

5. Para diplomat, konsulat atau yang ada kad pengenalan organisasi antarabangsa.

6. Angota tentera dan seAngkatan dengannya.

7. Mana-mana pegawai Polis kecuali pegawai polis khas, konstabel khas.

8. Mana-mana orang yang dapat pengecualian daripada Menteri sama ada secara mutlak atau bersyarat.

Seksyen 8(4) pula menetapkan hukuman yang sama kepada mana-mana orang yang menyimpan kad pengenalan orang lain. Contoh, Limah telah menyelokar beg duit Melah. Dia terjumpa kad pengenalan Melah, Limah telah mengambil Kad Pengenalan tersebut secara senyap. Sebenarnya perbuatan itu merupakan satui kesalahan. Jika tertangkap, dia boleh disabitkan kesalahan dalam seksyen 8(4) terpakai.

Contoh lain, Atan memminta Manan menyimpan kad pengenalannya, dalam situasi ini Manan tidak berhak berbuat begitu, jika disabit kesalahan, Manan boleh dijatuihi hukuman seperti Limah.

Malahan hukuman sama turut dikenakankan ke atas mereka yang rajin tidak bertempat. Seperti membuat penandaan, catatan, memadam, mengubah dan sewaktu denganya pada kad pengenalan seseorang kecualilah dia berkerja sebagai pegawai pendaftaran yang bertugas. Ini telah termaktub dibawah sekyen 10 peraturan ini.

Sebagai contoh Badar telah mengambil kad pengenalannya dan tiba-tiba dia bakar kad pengenalan tersebut. Walaupun Badar musnahkan kad pengenalannya sendiri, jika sabit, Badar tidak boleh lari daripada hukuman ini.

Seksyen 13(1) memberitahu sesiapa yang sudah mengetahui kad pengenalannya hilang atau musnah tapi tidak membuat laporan polis, hukumannya adalah sama. Malah anda juga akan disabitkan kesalahan jika melaporkan maklumat palsu kepada pihak berkuasa.

Kita sebagai rakyat Malaysia harus bersyukur, ramai orang luar sana hendakkan Kad pengenalan Malaysia. Hinggakan pada hari ini kita dikejutkan berkenaan jual kad pengenalan dan beberapa individu telah disoalsiasat dan akan dibawa ke mahkamah.

Rujuk:
Majalah Harmoni 2008 m/s 81

Jual MyKad, sijil lahir: Pengkhianatan besar negara

Khamis, 3 Oktober 2019

95 peratus emas Malaysia dari Kuala Lipis

Jalur Emas Malaysia

Aktiviti pelombongan emas di Malaysia hanya terhad di beberapa tempat dan kawasan yang dikenali sebagai jalur tengah yang terbentang dari kawasan tanah tinggi Batu Melintang Jeli di Kelantan sehingga Gunung Ledang di Johor.

Lombong terbesar dan paling masih aktif di negara ini ialah di Penjom, Kuala Lipis. Ia mengeluarkan hampir 95 peratus pengeluaran emas di Malaysia. Tempat lain yang masih aktif adalah di Selinsing, Damar Reef dan Tersang juga di negeri Pahang.

Selain itu, masih terdapat lima lagi lombong di Jeli serta enam lombong disekitar kawasan Raub dan Kuala Lipis di Pahang masih digali untuk aktiviti perlombongan komersial.

Perjumpaan terbaru dibuat di Jalur Timur iaitu di kawasan Mersing di Johor dan Lubuk Mandi di Terengganu.- Kosmo

MAKLUMAT

 
                                                Jongkong Penjom gold mine 13 kg

Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi ini Ianya dapat mengisi dua kolam renang saiz olimpik.

Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).

1 gram bersamaan RM 171. Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.

Mengikut Sejarah siam, Raja Suryavarman II membawa 700 ekor gajah untuk membeli emas dengan pemimpin Melayu di Raub, Pahang bagi membina Angkor Wat pada pertengahan abad ke 12.

ketul emas
lombong emas


Terowong Lama Bukit Siam di Lipis








Kawasan Lombong Kampung Chegar Perah.


Mesin menyedut air

Palong 




Air Sungai sangat Keruh.

Nak tulis panjang-panjang tak pandai...
Cume nak bagitau air Sungai Ceniau Kg.Chegar Perah 27200 kuala lipis Pahang keruh sangat masa ni...
Mohon jabatan yang terlibat pantau aktiviti deme-deme ni...
Ke nak suruh kome minum air keruh ni...

FB Merak Putih




Lombong Emas Penjom Empangan Jaleh Lipis bakal di tutup

lombong emas Selinsing Koyan

Rujuk Metro 16 Okt 2019





Rabu, 2 Oktober 2019

Membuat Ikan Pekasam Utara

Diplastik mengikut jenis ikan
Pemprosesan Ikan Pekasam

1.Proses Menyiang & Membersih Ikan
- Pastikan ikan bersih.

- Tiada kesan darah dalam perut.

- Cuci darah ikan gunakan berus gigi.

- Gunakan cuka makan, asam jawa atau limau untuk cucian.

-Hindarkan ikan yang telah dibersihkan dihinggapi lalat(telor lalat menyebabkan ikan rosak,busuk)


2. Toskan Ikan yang dibersihkan.
-Gunakan penapis.

telah di masuk kedalam Plastik

3. Proses pengaraman ikan

-Gunakan garam kasar.

-Jumlah gram 1 kg ikan mentah, 100 gram garam.

-Bergantung pada citarasa seseorang.

-Ikan digaramkan lapis demi lapis.

-Mengaram ikan selama 4 jam.


4. Proses penyediaan Beras Goreng.

- Gunakan beras biasa.

-Jumlah beras 1 kg ikan mentah, 100 gram beras.

-Beras perlu digoreng tanpa minyak

-Biar sampai warna beras kekuningan

-Biarkan sejuk sebelum dikisar halus

-Gunakan kisar kering.

-Beras dicampur dengan gula merah dan kisar.


5. Proses memeram Ikan Beras Goreng dan Asam Keping.

- Masukan beras goreng, ikan dan asam keeping. Kedalam plastic packing dan siller.

- Peram 5-6 hari …boleh dimakan.

Ikan Pekasam Tasik Beris

Selasa, 1 Oktober 2019

Nangka Madu J33

Nangka biasanya dituai berdasarkan tarikh selepas buah dibungkus. Penanam mengamalkan pembungkusan buah nangka di pokok untuk mengelakkan buah daripada serangan serangga perosak terutama lalat buah. Buah nangka mula dibungkus apabila saiznya mencapai 8-10 cm panjang atau 2 minggu selepas berputik. Buah jangka NS1 sudah boleh dipetik 12 minggu selepas dibungkus, manakala buah nangka Madu dipetik 14 minggu selepas dibungkus.
27 Mac 2016

Kadang-kadang petani tidak sedar apabila buah mula berputik. Biasanya mereka melihat perubahan sifat luar buah untuk menganggarkan peringkat kematangan buah nangka. Duri nangka kelihatan tajam dan rapat antara satu sama lain pada peringkat muda. Apabila buah mencapai peringkat matang, duri semakin tumpul dan menjarak antara satu sama lain. Buah yang matang juga mempunyai tangkai yang kelihatan mengecut dan bahagian absis pada tangkal buah membengkak. Apabila buah dijentik atau diketuk, buah nangka yang matang mengeluarkan bunyi kosong (tidak padat).

Buah nangka dipetik dengan memotong tangkai buah dengan sekateur atau pisau. Kadangkala buah dituai dengan cara menolaknya ke arah atas sehingga tangkai buah terpisah daripada pokok.

Indeks Kematangan Buah Nangka



31 Okt 2018
Indeks 1

Tidak matang. Keseluruhan permukaan kulit berwarna hijau sepenuhnya. Keadaan duri masih rapat dan tajam. Belum sesuai untuk dipasarkan.

Indeks 2

Matang. Sebahagian permukaan kulit berwarna hijau muda atau kuning kehijauan. Duri semakin lebar tetapi masih agak tajam. Sesuai untuk dituai dan akan masak dalam tempoh 3-4 hari.

Indeks 3

Masak. Permukaan kulit berwarna hijau muda atau kuning kehijauan. Duri semakin lebar dan kurang tajam. Buah mengeluarkan bau aroma yang agak kuat.

Indeks 4

Buah ranum. Keseluruhan permukaan kulit berwarna kuning kemerahan. Buah mengeluarkan bau aroma yang kuat.


30 Jun 2019
Salut pada 1 Okt 2019
nangka madu 3 Okt 2019

buah di salut




Salut Nangka pada 11 Okt 2019  buka  11 Jan 2020

AddToAny