responsif teks foto

Rabu, 2 Disember 2020

Pengumuman KWSP






KWSP dalam satu kenyataan berkata, kriteria kelayakan ialah Kategori 1 iaitu ahli yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di sektor ekonomi gig, sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kriteria bagi Kategori 1 adalah:

Kategori 1

1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut semasa permohonan;

2. Ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Bagi kategori ini:

Tiada dokumen sokongan diperlukan; kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP; ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.

Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

Kategori 2

Kategori 2 pula untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan itu hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:

Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.

Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.

Untuk memastikan permohonan dipertimbangkan dengan terperinci, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.

Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Jumlah kelayakan i-Sinar tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:

a. Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

b. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10 peratus atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

Bagi memastikan kelancaran proses permohonan, ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC)

di kios atau kaunter KWSP, dan memastikan nombor akaun bank mereka adalah aktif. - 

kredit : METRO

Permohonan dalam talian bermula 21 Disember 2020



Simpanan Akaun 1 RM100,000 dan ke bawah

Amaun pengeluaran maksimum RM10,000

Contoh

Baki dalam Akaun 1

Amaun pengeluaran maksimum:

Pembayaran bulan pertama

RM4,500

RM4,400*

RM4,400

RM10,000

RM9,900*

RM5,000

RM70,000

RM10,000

RM5,000

RM100,000

RM10,000

RM5,000









Simpanan Akaun 1 lebih RM100,000

Amaun pengeluaran maksimum sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1
(sehingga RM60,000)

Contoh 

Baki dalam Akaun 1

Amaun pengeluaran maksimum:

Pembayaran bulan pertama

RM100,001

RM10,000

RM10,000

RM500,000

RM50,000

RM10,000

RM800,000

RM60,000

RM10,000


Ahli perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1 untuk 
terus menikmati faedah sebagai ahli KWSP




Ahad, 29 November 2020

Kampung Dusun terpilih sebagai Kampung Desa Lestari 2020.



Coretan perjalanan Gerak Kerja Belia Kg Dusun Kuala Lipis 2020.

Penghujung 2017..

Mohon Geran Agropreneur Muda IKC MOA setelah mengikuti kursus fertigasi. cetusan idea oleh Dato Seri Abdul Rahman-Ahli Parlimen Lipis.

Gerak kerja oleh Dato Abu Jimi & Tok Penghulu Hafiz Mukim Telang.

Mei 2018

Seramai 14 org belia kampung dusun layak menerima geran IKC MOA.

Memulakan projek tanaman fertigasi. Beberapa kali kami jatuh. Namun atas sokongan, galakkan & nasihat berterusan dari Dato’Seri Abdul Rahman, Dato Abu Jimi, Tok Penghulu Hafiz Mukim Telang & Dato Mustapa Long, kami bangkit & teruskan apa yang kami usahakan kerana kami tekad, INILAH KERJA HAKIKI KAMI, SUMBER PENDAPATAN KAMI..PETANI MUDA

Awal tahun 2020 

Panel Penilai Desa Lastari 2020




Digalakkan & dicadang oleh Tok Penghulu Hafiz Mukim Telang untuk menyertai Desa Lestari 2020. Disokong penuh oleh Dato Sri Abdul Rahman, Dato Abu Jimi & Dato Mustapa Long. kami sepakat menyahut cabaran dan menghantar pencalonan Kg Dusun bagi sesi penilaian di peringkat daerah, negeri & kebangsaan. 

Pencalonan kami diterima.10 malam kami berkampung di Kompleks Penghulu Mukim Telang menyediakan kertas kerja bagi sesi temuduga & pembentangan Desa Lestari 2020..dgn bimbingan & tunjuk ajar tanpa jemu oleh Tok Hafiz Telang(pukul 3 pagi kite kupas durian ye tok

November 2020.

Berita yang kami nanti-nantikan tiba. Kampung Dusun terpilih sebagai Kampung Desa Lestari 2020.

Terima kasih kerana sentiasa ada bersama setiap kali susah & senang kami serta ucapan tahniah dari kami kepada:

1.Dato Sri Abdul Rahman Mohamad - Ahli Parlimen Lipis@Penaung Gerak Kerja Belia Kg Dusun

2.Dato Abu Jimi Samat(Ketua Gerak Kerja Belia Kg Dusun)

3.Dato Mustapa Long - Adun Pdg Tengku

4.Penghulu Hafiz Mukim Telang - Ketua Pasukan Penyediaan & pembentangan Kertas kerja IKC 2017 & Desa Lestari 2020 Kampung Dusun(Tahniah.Desa Lestari ketiga yang Tok usahakan di Lipis )

5.Pengerusi, SU & JKKK Kampung Dusun

6.Gerak kerja Belia Kg Dusun( Mohd Fadil, Sayuti Harun, Matt Luffy, mohd Ainuddin, Akmal Ibrahim, Shah Roy, Anjah Phg, Ibrahim aziz, Muhamad Hafiz.

7.Seluruh warga Kg Dusun

Alhamdulillah.Syukur. Kita berjaya.

Kampuag Desa Lestari Dusun 2020


Kredit  : FB Muhamad Hafiz


Bantuan Orang Tua RM 350


Tujuan


Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Isyarat Kelayakan

Warganegara & bermastautin di Malaysia

Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas

Pendapatan Isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan(PGK) Purata miskin isi rumah semasa atau PGK purata miskin perkapita semasa.

Warga emas yang bukan tinggal di
  • Institut kendalian JKM atau
  • Pusat jagaan harian/berkediaman yang member kemudahan perkhidmatan secara percuma;
  • atau
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangan dengan kelulusan KPKM

Cara Permohonan

Hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat atau memerusi surat telefon dan e-mel.

Maklumat tersebut boleh didapati di Laman Web JKM

Permohon boleh membawa dokumen sokongan seperti:
  • Salinan Kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika Ada)
  • Gambar berukuran passport
  • Dokumen sokongan lain ( jika ada) Contoh Bekas Tentera Buku Perkhidmatan ATM Kad Pesara ATM

Laman Web KKM





Sabtu, 28 November 2020

Isi minyak guna debit Kad


Sebagai skim kad debit kebangsaan, rakyat adalah keutamaan. MyDebit adalah satu-satunya skim kad di Malaysia yang tidak memegang RM200 di stesen minyak.

"Apabila rangkaian stesen minyak menerima bayaran MyDebit, pengguna boleh memilih jumlah minyak yang mereka mahu beli dan hanya jumlah tersebut yang akan dihaskan untuk mengisi minyak. Jika pengguna mengisi kurang daripada jumlah dipilih pada awal, semua baki berlebihan itu akan terus dikreditkan semula ke akaun bank dengan segera selepas minyak selesai diisi.

Sebelum ini, mana-mana pengguna yang menggunakan kad debit akan disekat RM200 dalam akaun bank mereka walaupun jumlah minyak yang diisi cuma RM2 (untuk penunggang motosikal). Terma tersebut dilihat sebagai tidak wajar dan membebankan.

Petron Malaysia dengan kerjasama Payment Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) telah melancarkan kempen 'FUEL-YoooH MyDebit Je dengan kad ATM anda!' yang membolehkan pelanggannya menggunakan kad bank ATM atau MyDebit tanpa sebarang cagaran di semua stesen minyak Petron seluruh Malaysia.




Jumaat, 27 November 2020

Kos Pembangunan Dan Kos Operasi Maahad Darul Quran

Maahad Darul Quran merupakan sebuah madrasah yang ditubuhkan hasil daripada perjuangan pelajar-pelajar Al-Azhar yang menginginkan pendidikan Islam terbela daripada sebarang anasir sekular. Salah seorang pelajar al-Azhar yang menjadi tonggak kepada penubuhan MDQ adalah ulama yang tidak asing lagi iaitu Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Penubuhannya bermula sebagai sebuah Masjid Rusila yang semakin mendapat tempat oleh masyarakat dengan pengisian kuliah agama. Kini MDQ telah dikenali dan kejayaannya dalam melahirkan produk graduan berkualiti.


RM 1 Juta Diperlukan Untuk Membantu Kos Pembangunan Dan Kos Operasi Maahad Darul Quran

Sumbangan :  Sumbangan Sekarang


Khamis, 26 November 2020

B40, M40 boleh mohon lanjutan moratorium




Pembayaran pinjaman bank diberi kepada golongan B40 dan peniaga kecil yang terjejas secara automatik, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Golongan B40 dapat lanjutan moratorium secara automatik. Golongan peniaga kecil dapat lanjutan secara automatik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi pergulungan perbahasan Belanjawan 2021, hari ini.

Dalam masa yang sama, Tengku Zafrul turut menjelaskan golongan M40 dan T20 yang terjejas dan ia boleh dimohon kepada bank masing-masing.

Katanya, golongan M40 dan T20 boleh memohon kepada bank masing-masing untuk mendapatkan kemudahan itu, namun mengingatkan ‘prinsip di sini tanggungjawab dan keadilan’.

“Adakah adil mereka kaya dan lebih mampu untuk bayar hutang diberikan moratorium,” katanya lagi.- Utusan Malaysia

Semua ahli KWSP boleh keluarkan Akaun 1



Kerajaan akhirnya bersetuju pengeluaran wang daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui program i-Sinar dibuka kepada semua lapan juta ahli yang menghadapi masalah kewangan.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz ketika menyampaikan ucapan penggulungan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

“Sekarang lapan juta ahli KWSP layak untuk mengeluarkan wang daripada Akaun 1 sama ada mereka dibuang kerja atau tidak, dikurangkan gaji atau tidak,” katanya.

Tambah Tengku Zafrul, bagi pencarum yang mempunyai baki Akaun 1 sebanyak RM90,000 dan ke bawah layak mengeluarkan wang sehingga maksimum RM10,000 berbanding RM9,000 yang diumumkan semasa Belanjawan 2021 pada 6 November lalu.

Katanya, ini akan melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM70 bilion.


Permohonan bermula pertengahan Disember 2020



Jangan Terpedaya Dengan Aplikasi Palsu!



KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan pengeluaran KWSP bagi pihak anda.

Buat masa ini tiada aplikasi yang telah dibangunkan untuk meminta maklumat ahli berkenaan permohonan i-Sinar.
Muat turun serta daftar aplikasi i-Akaun KWSP dan lakukan semakan serta transaksi secara dalam talian melaluinya.

Ahli disarankan untuk merujuk info yang sahih hanya dari media social dan laman web rasmi KWSP. Sekiranya anda menemui sebarang info atau aktiviti yang mencurigakan, anda boleh terus melaporkannya ke Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000





AddToAny