responsif teks foto

Isnin, 16 November 2020

Faedah Perubatan JHEV ATM



Pusat Dialisis di Seri Kembangan, Batu Caves dan Bukit Sentosa.


Faedah perubatan adalah faedah yang dinikmati secara percuma oleh veteran/waris semasa menerima rawatan/ubatan di hospital tentera dan juga hospital kerajaan. Untuk makluman, Jabatan Hal Ehwal Veteren telah membuat perjanjian dengan Syarikat OratisRX Sdn Bhd di mana mulai 1 Apr 2016, semua urusan berkaitan ubat dan peralatan pesakit diuruskan oleh syarikat tersebut.

Sehingga kini lebih 100 farmasi komuniti di seluruh Malaysia telah mendaftar dengan Syarikat OratisRX Sdn Bhd. Kemudahan ini membolehkan veteran ATM tidak perlu membuat sebarang pembayaran. Mulai 1 Julai 2016, tuntutan balik perubatan (pay and claim) tidak dibenarkan lagi.

Orang yang layak menerima faedah perubatan ini adalah seperti berikut :
  1. Veteran ATM.
  2. Isteri/Suami yang dikahwini secara sah dan berdaftar semasa dalam perkhidmatan dan namanya tercatat di dalam Buku Pengakuan Perkhidmatan dan KBT/KV.
  3. Isteri/suami yang dikahwini selepas persaraan hanya layak menerima kemudahan perubatan selagi Veteran ATM masih hidup atau sekiranya Veteran ATM tersebut telah meninggal dunia, tempoh kelayakan dikira 20 tahun daripada tarikh persaraan Veteran ATM tersebut.
  4. Anak-anak yang dikira tanggungan ialah anak Veteran ATM sendiri dan termasuklah anak angkat, anak tiri dan juga anak tidak sah taraf yang dipelihara sepenuhnya oleh Veteran ATM yang tertakluk had umur berikut:
Berumur di bawah 18 tahun

Di bawah 21 tahun jika masih belajar.

Tiada had umur bagi anak yang cacat/dhaif/terencat akal (anak istimewa). Sekiranya anak yang dilahirkan normal tetapi telah mengalami kecacatan/kerencatan kemudiannya (yang disebabkan oleh demam, kemalangan dan sebagainya) sebelum mencapai umur 18 tahun, Veteran ATM perlu mendapatkan dokumen sokongan iaitu Pendaftaran atau pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pengesahan doktor kerajaan bahawa kecacatan/kerencatan adalah kekal.

Rawatan Jantung di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd (IJNSB). Syarat-syarat untuk menerima kemudahan perubatan ini adalah seperti berikut :






1. Veteran ATM yang datang untuk mendapatkan rawatan di IJNSB mestilah telah diperiksa dan dirujuk oleh Pakar Perubatan Umum (Physician/Pakar Kardiologi) hospital kerajaan atau tentera.

2. Veteran ATM yang datang terus ke IJNSB tanpa dirujuk oleh doktor pakar hospital kerajaan/tentera tidak akan diberi kemudahan percuma walaupun mereka mengemukakan KBT/KV. IJNSB boleh mengenakan caj rawatan kepada mereka sepertimana yang dikenakan kepada pesakit persendirian.

3. Mereka hendaklah menanggung sendiri segala kos berkaitan selaras dengan Perintah Am 4 Bab F (Perubatan).

4. Dalam keadaan kecemasan IJNSB akan menerima dan memberi perkhidmatan perubatan serta rawatan kepada pesakit/bekas tentera yang datang tanpa rujukan oleh hospital kerajaan.

5. Pesakit/waris dikehendaki menyerahkan surat pengesahan daripada JHEV kepada IJNSB dalam tempoh 24 jam.

6. Bagi Veteran/pesakit yang dirujuk oleh pengamal perubatan swasta terus ke IJNSB dalam “keadaan kecemasan”, mereka hendaklah membayar segala caj yang dikenakan oleh IJNSB.

7. Walau bagaimanapun mereka boleh memohon kepada JHEV (bagi Veteran yang layak) untuk pertimbangan bayaran balik.

8. Bayaran Cagaran Wad. Veteran ATM/pesakit yang dimasukkan ke wad perlu mengemukakan sendiri wang cagaran tersebut.

Rawatan Kepakaran di hospital swasta dalam negeri

1. Pesakit mendaftar di hospital kerajaan/tentera dan disahkan oleh Pakar Perubatan hospital bahawa beliau memerlukan rawatan khas yang mana tidak boleh diperolehi di hospital kerajaan/tentera.

2. Ketua Pengarah BPK akan mengesahkan rawatan sedemikian tidak ada di hospital Kerajaan/tentera.

3. Pesakit mestilah mendapat kelulusan JHEV sebelum memulakan rawatan di hospital swasta dalam negeri.

Permohonan Bayaran Balik Bagi Perbelanjaan Rawatan, Ubat atau Alatan Pesakit

Rawatan Kecemasan - Perbelanjaan bagi rawatan kecemasan di hospital swasta dalam negeri boleh dipertimbangkan dengan syarat;

1. Tempat kejadian kecemasan berhampiran dengan hospital swasta berbanding dengan hospital kerajaan.

2. Rawatan berkenaan adalah kes yang benar-benar memerlukan rawatan serta merta untuk menyelamatkan nyawa pesakit dan status kecemasan berkenaan disahkan oleh Pegawai Perubatan hospital swasta itu.

3. Perbelanjaan yang dipertimbangkan meliputi perbelanjaan rawatan bagi tempoh kecemasan sehingga pesakit boleh dipindahkan ke hospital Kerajaan, tetapi pesakit dikehendaki menanggung bayaran wad mengikut kadar kelayakannya di hospital kerajaan.

4. Permohonan perbelanjaan bagi rawatan kecemasan hendaklah disertakan laporan klinikal terperinci mengenai tindakan harian yang diambil ke atas pesakit daripada pakar perubatan hospital / klinik swasta yang merawat pesakit. Laporan perlu bertaip.



 Syarikat OratisRX Sdn Bhd 



Ubat - Pengambilan ubat di Farmasi yang mendaftar dengan Syarikat OratisRX Sdn Bhd boleh dipertimbangkan sekiranya;

1. Ubat itu diperakukan (prescribe) oleh Pegawai Perubatan Kerajaan/tentera, terdapat dalam senarai ubat-ubat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)/ hospital universiti berkenaan tetapi disahkan tidak dapat dibekalkan oleh hospital Kerajaan.

2. Perbelanjaan bagi pembelian ubat yang tiada dalam senarai ubat-ubat tersebut dapat dipertimbangkan sekiranya tiada altenatif bagi ubat berkenaan dan diluluskan oleh Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM (bagi rawatan di hospital KKM) atau Pengarah Hospital Universiti (bagi rawatan hospital Universiti).

3. Keperluan penggunaan ubat bagi suatu tempoh yang berpanjangan dibenarkan tetapi tertakluk kepada had perbelanjaan bagi pembekalan ubat untuk keperluan tempoh tiga bulan sahaja bagi setiap permohonan.

4. Tidak termasuk makanan tambahan [food supplements] dan ubat alternatif [alternative medicine] kecuali susu yang diperlukan oleh pesakit bagi meneruskan kelangsungan hidup dan beliau tidak boleh mengambil sebarang makanan lain selain dari susu.

Pembekalan Alat Ortopedik / Anggota Palsu - Pembekalan alat ortopedik dan anggota palsu (artifical limbs) serta alat yang perlu dipasang (implant) dalam tubuh pesakit untuk menyelamatkan nyawanya (seperti pacemaker), Alat Bantu Pendengaran, Alat Rawatan Jantung, Alat Bantu Pernafasan, Koklea Implan, Colostomy Bag, Urine Bag dan Intraocular Lens boleh dipertimbangkan oleh Syarikat OratisRX Sdn Bhd sekiranya;





1. Diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan/tentera dan disahkan tidak dapat dibekalkan oleh hospital kerajaan/tentera.

2. Perbelanjaan bagi membaik pulih atau menggantikan anggota palsu (tetapi bukan kerana kecuaian atau semata-mata untuk kecantikan) boleh juga dipertimbangkan sekiranya diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan/tentera dan disahkan tidak dapat dibekalkan oleh hospital kerajaan/tentera.

3. Penggantian bateri alat bantu pendengaran tidak di tanggung oleh kerajaan/tentera.

4. Alat pakai buang tidak ditanggung oleh kerajaan/tentera.

5. Perkhidmatan Perubatan

6. Perkhidmatan perubatan seperti CT Scan dan Magnetic Resonance Imaging (MRI) boleh dipertimbangkan sekiranya diperakukan keperluannya oleh Pegawai Perubatan Kerajaan/tentera dan disahkan tidak dapat disediakan oleh hospital Kerajaan/tentera.

Rawatan Penyakit Buah Pinggang - Perbelanjaaan bagi mendapatkan rawatan berkaitan dengan penyakit kegagalan buah pinggang (End Stage Renal Failure), seperti haemodialysis dan ubat, suntikan eprex/recormin serta alat pakai buang (disposables) bagi Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) boleh dipertimbangkan sekiranya;

1. Pakar Nefrologi hospital Kerajaan memperakukan keperluannya dan disahkan tidak dapat disediakan oleh hospital kerajaan/tentera.

2. Perbelanjaan untuk haemodialysis adalah berasaskan kos rawatan sebenar, terhad kepada maksima RM200 setiap rawatan dialisis (terhad kepada 3 kali rawatan seminggu). Ubat atau ujian yang diperoleh dari pusat rawatan swasta tidak boleh dipertimbangkan sekiranya ia boleh diperoleh daripada hospital kerajaan.

3. Perbelanjaan Arterio-Venous Fistula (AVF)/Internal Jugular Catheters (IJC).

4. Permohonan perbelanjaan pembedahan AVF/IJC di hospital swasta boleh dipertimbangkan sekiranya Pakar Nefrologi Kerajaan merujuk pesakit menjalani pembedahan AVF tertakluk kepada syarat berikut;

5. Kelewatan menunggu giliran pembedahan AVF/IJC yang keterlaluan di hospital kerajaan.

6. Pembedahan AVF/IJC pertama gagal.

7. Tiada Pakar Vascular di hospital kerajaan/tentera.

8. Pemberian Erythropoietin/ Recormon kepada pesakit boleh ditanggung oleh Kerajaan (terhad kepada 2 kali seminggu) sekiranya pesakit memerlukan Eprex/recormon melebihi had yang ditetapkan.

9. Perlu mendapat surat justifikasi dari Pakar Nefrologi


Kunjungi Laman Web JHEV sekarang.

https://www.jhev.gov.my/bantuan-untuk-veteran-atm/apabila-anda-sakit  

Tiada ulasan:

AddToAny