responsif teks foto

Khamis, 5 November 2020

Pembayaran bagi Elaun Kenangan Pingat Jasa Malaysia (PJM)





Pembayaran bagi Elaun Kenangan Pingat Jasa Malaysia (PJM) bagi Fasa 3 dan Fasa 4 sebanyak RM500.00 secara one-off (sekali bayaran) akan dilaksanakan mulai 5 November 2020 kepada 51,816 Veteran ATM.

Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, dalam sidang media sebentar tadi  04 Nov 2020 memaklumkan bahawa, pihaknya telah memohon peruntukan tambahan bagi veteran-veteran yang baru berdaftar dan layak. Pembayaran ini melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM 25,908,000.00 juta.

Sebagai rekod, pembayaran Elaun Kenangan bagi fasa satu dan dua telah selesai dilaksanakan pada bulan Febuari dan Mac lalu yang melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM 35 juta.
Selain daripada pemberian elaun ini, Kementerian Pertahanan juga telah berjaya merealisasikan beberapa insentif kepada para veteran antaranya adalah memberi agihan semula dana Kutipan Jalanan dan Matching Grant serta insentif sempena Kempen Tabung Pahlawan 2019 berjumlah RM5,320,486.46 dan melaksanakan pembayaran awal Bantuan Sara Hidup kepada 4800 Veteran ATM berjumlah RM1,440,000.00.

Terdahulu, Kementerian juga telah melaksanakan pengagihan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Sempena Hari Raya Aidilfitri kepada 126,505 Veteran ATM Berpencen sebanyak RM 250.00 seorang berjumlah RM31,626,250.00.

Selain itu, seramai 128,194 Veteran ATM Berpencen turut menerima pembayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) Prihatin Nasional 2020 sebanyak RM500.00 seorang dengan implikasi kewangan sebanyak RM64,097,000.00. 

Atas keprihatinan pihak Kementerian juga, bantuan khas ini turut dipanjangkan kepada Veteran Tidak Berpencen. Seramai 72,739 telah menerima BKK yang sama dengan implikasi keseluruhan kewangan berjumlah RM100,466,500.00.

Manakala daripada aspek bantuan kebajikan pula, Kementerian Pertahanan turut berjaya meningkatkan jumlah bantuan skim Bantuan Bencana Alam daripada RM 5,000 kepada RM10,000, memperluaskan bantuan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terpilih berjumlah RM1,000 untuk pengajian peringkat Diploma dan RM1,500 bagi pengajian peringkat Ijazah Pertama dan bantuan khas kepada penjaga Veteran ATM yang sakit terlantar berjumlah RM350.00 seorang sedang diusahakan.

Menteri Pertahanan turut menyeru syarikat-syarikat korporat dan orang ramai untuk terus menyumbang kepada Kempen Tabung Pahlawan yang masih berlangsung sehingga 31 Disember 2020. Sumbangan boleh dihulurkan melalui pautan https://tabungpahlawan.jhev.gov.my atau terus menyumbang ke akaun yang telah didaftarkan. Maklumat lanjut layari portal JHEV ATM atau hubungi JHEV ATM di talian 03-2697 6600.


Tiada ulasan:

AddToAny