responsif teks foto

Ahad, 15 November 2020

Pencegahan dan Tips hindar dari diragut.

 

Jangan Jadi Mangsa!! Tontonlah video ini!! Jangan leka & lalai

Dari segi istilah, Meragut = adalah menarik dengan paksa atau menyentak dengan cara paksa. Ini adalah Pencegahan dan Tips untuk elakan diri anda di ragut : 
  1. Elakkan pemakaian beg tangan yang bertali panjang kerana ianya akan memudahkan penjenayah meragut beg tangan berbanding dengan beg tangan bertali pendek.
  2. Sekiranya anda berjalan di bahu jalan raya, pastikan anda memakai beg tangan di sisi yang tidak bersebelahan dengan jalan raya.
  3. Kenali jiran anda. Hubungan yang rapat dalam satu kejiranan dapat membantu mengawal dan mencegah jenayah, serta mendapatkan pertolongan segera jika berlaku sesuatu kejadian jenayah.
  4. Pastikan juga anda menyimpan nombor telefon jiran bagi memudahkan anda mendapat pertolongan ketika berlakunya kecemasan.
  5. Anda disyorkan membawa bersama kunci kenderaan ke bilik tidur. Jika anda mengesyaki ada pencerobohan di dalam kawasan rumah anda, anda boleh terus menekan butang penggera kenderaan (alarm) untuk mencemaskan penceroboh atau penjenayah.
  6. Sentiasa ingatkan anak-anak, ahli keluarga atau jiran anda agar tidak membenarkan individu yang tidak dikenali datang ke rumah untuk mengambil sesuatu barang dengan menggunakan nama anda.
  7. Elakkan berjalan secara bersendirian ketika keluar dari rumah.
  8. Jangan muat naik status tiada sesiapa di rumah di media sosial.
  9. Jangan muat naik gambar-gambar barang di dalam rumah.
Melaporkan Kejadian Jenayah.

Laporkan kejadian jenayah dengan kadar segera dimana-mana Balai Polis berhampiran; atau
Hubungi talian kecemasan MERS 999 – Malaysia Emergency Response Service




1 ulasan:

Faizal R berkata...

Jangan bawa cash banyak2. Shopping guna debit card ke ewallet ke kan dah banyak sekarang.

AddToAny