responsif teks foto

Selasa, 3 November 2020

Perkara yang anda tidak tahu mengenai Angkatan Tentera Malaysia.


1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila ‘Viet Cong’.

2. Malaysia merupakan satu-satu nya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yg dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis.

3. ATM diperakui pakar perang hutan oleh seluruh dunia dan satu-satunya pasukan yang Berjaya mengekang komunisme.




4. VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL.

5. Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yg terbaik dalam dunia. Pada 1988 seorang perisik KGB, Siddiq Ghouse ditangkap kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah, KMM, Abu Sayyaf, Wahabi Salafi Jihadi, Jemaah Islamiah, Hizbut Tahrir dan penganas2 lain tanpa mengambil masa yang lama.

6. Perisik dan anggota elit ATM dan PDRM, apabila bersara dikehendaki melapor diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan. Mereka juga sukar mohon pasport atau visa ke luar Negara..

7. Panggilan “cikgu” diguna oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM ?

8. ATM menjadi rebutan Amerika dan Britain. Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS ?? Di sini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan America US ARMY. 

9. Bagi merendahkan Malaysia, Indonesia segaja melatih angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan semua periuk api. Ini amat memalukan mereka.






10. Pasukan elit rasmi pertama Malaysia merupakan pasukan paling awal sebagai pasukan elit dari Negara-negara rantau ini.

11. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran  tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan ‘Smart Bomb’ dari pesawat pengebom NATO..

12. Komando  Malaysia diberi tugas sebagai QSR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera NATO dalam perang BOSNIA. Suatu ketika pernah dicatatkan dalam suratkhabar di Amerika. Hal ini diperakui oleh tentera asing dan mengelar pasukan negara yg datang untuk garisan mati.

13. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan Sabah satu ketika dahulu.

14. Filem ‘Black Hawk Down’ mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana tentera Malaysia yg menjadi wira, tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tak diiktiraf..


15. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk lalu menampal setem Malaysia pada setiap peluru berpandu , meja officer dan menukar bendera Singapore dgn bendera Malaysia pada meja pegawai tinggi. tujuannya membalas dendam kerana jet Singapore sering menceroboh ruang udara Johor.. mereka melakukan tugas tersebut hanya 1 hari tanpa dapat kesan. Kakitangan kompleks pertahanan Singapura yang terlibat telah dipecat kerana insiden itu.

Kredit : AnuaAslyng Anuwar


Tiada ulasan:

AddToAny