responsif teks foto

Sabtu, 7 November 2020

Jalan Pos Betau ke Pos Lejang bernilai 15 juta


Pembinaan Jalan Pos Betau ke Pos Lejang bernilai 15 juta akhirnya disambung semula

LIPIS 7 Nov. - Selepas ditangguhkan semasa perubahan Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akhirnya pembinaan jalan Kampung Orang Asli dari Pos Betau ke Pos Lejang di sini disambung semula.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jalan sepanjang 15. 4 kilometer bernilai RM15 juta yang amat penting khususnya kepada masyarakat Orang Asli itu dijangka siap pada April 2022.

"Dengan pelaksanaan projek ini akan memberi kemudahan kepada lebih 4,000 orang penduduk daripada 14 perkampungan Orang Asli, yang ketika ini hanya menggunakan jalan balak sebagai jalan perhubungan yang menjadi semakin buruk semasa musim tengkujuh.


"Dengan adanya kemudahan jalan ini, pelbagai pembangunan dan kemudahan boleh dibawa kepada masyarakat di Pos Lenjang, dan pastinya akan mengubah kehidupan masyarakat Orang Asli di kawasan ini,"katanya pada majlis perasmian pelaksanaan Projek Jalas Pos Betau ke Pos Lenjang di sini semalam.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Seri Norolazali Sulaiman; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Abdul Rahim Muda dan Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri, Ir. Hafizah Zakaria.

Menurut Wan Rosdy, projek Pembinaan Jalan Kampung Orang Asli dari Pos Betau ke Pos Lenjang ini telah diluluskan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 29 Ogos 2016.

Bagaimanapun katanya projek ini tidak dapat dilaksanakan dengan segera kerana peruntukan yang diluluskan tidak mencukupi dan memerlukan perubahan kepada kaedah perlaksanaan projek tersebut.

Jelas beliau projek ini kemudian ditangguhkan berikutan perubahan Kerajaan Persekutuan selepas Pilihanraya Umum ke-14.

"Pada 22 Januari 2019, Kementerian Kewangan telah bersetuju supaya projek ini diteruskan dengan menggunakan peruntukan yang telah dululuskan sebelum ini.

" Projek ini adalah atas usaha

saya sendiri, yang ketika itu merupakan Pengerusi, Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri,"katanya.

BUTIRAN PROJEK

Kontraktor : Persada Jitu Sdn Bhd, Lot PT 1497, Tingkat Atas, Jalan Tok Adis, Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu.

Harga kontrak : RM 15 juta

Jalan sepanjang 15.4 kilometer ini turut melibatkan tiga jambatan iaitu sebuah diganti baharu dan dua dua lagi diperbaiki.

Tarikh milik tapak : 16 Oktober 2020, seterusnya kerja-kerja dimulakan.

Tarikh siap : 14 April 2022.

kredit : PahangStory


Jalan Tan Sri Abdul Razak



Kerajaan Pahang bersetuju menukar nama Jalan Silang di bandar lama Kuala Lipis kepada Jalan Tan Sri Abdul Razak sebagai menghargai jasa dan bakti pemimpin itu.

Allahyarham Tan Sri Abdul Razak Husin merupakan anak jati Kuala Lipis yang berasal dari Kampung Budu, Benta yang telah menyumbang banyak jasa dan bakti ketika bersama-sama menubuhkan UMNO


Kredit : Media Pahang

Tiada ulasan:

AddToAny