responsif teks foto

Khamis, 26 November 2020

Semua ahli KWSP boleh keluarkan Akaun 1



Kerajaan akhirnya bersetuju pengeluaran wang daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui program i-Sinar dibuka kepada semua lapan juta ahli yang menghadapi masalah kewangan.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz ketika menyampaikan ucapan penggulungan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

“Sekarang lapan juta ahli KWSP layak untuk mengeluarkan wang daripada Akaun 1 sama ada mereka dibuang kerja atau tidak, dikurangkan gaji atau tidak,” katanya.

Tambah Tengku Zafrul, bagi pencarum yang mempunyai baki Akaun 1 sebanyak RM90,000 dan ke bawah layak mengeluarkan wang sehingga maksimum RM10,000 berbanding RM9,000 yang diumumkan semasa Belanjawan 2021 pada 6 November lalu.

Katanya, ini akan melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM70 bilion.


Permohonan bermula pertengahan Disember 2020



Jangan Terpedaya Dengan Aplikasi Palsu!



KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan pengeluaran KWSP bagi pihak anda.

Buat masa ini tiada aplikasi yang telah dibangunkan untuk meminta maklumat ahli berkenaan permohonan i-Sinar.
Muat turun serta daftar aplikasi i-Akaun KWSP dan lakukan semakan serta transaksi secara dalam talian melaluinya.

Ahli disarankan untuk merujuk info yang sahih hanya dari media social dan laman web rasmi KWSP. Sekiranya anda menemui sebarang info atau aktiviti yang mencurigakan, anda boleh terus melaporkannya ke Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000





Tiada ulasan:

AddToAny