KUALA LIPIS - Masalah pengangkutan dan jarak pasar yang jauh dari bandar Lipis lama menyebabkan orang ramai terutama penduduk kampung sukar ke Pasar Bunga Cengkih itu.
Kesusahan itu bukan sahaja dirasai pembeli dari kampung itu tetapi peniaga juga menghadapi masalah sama.
Seorang peniaga, Siti Rohani Ismail, 56, berkata dia tidak menghadapi masalah pengangkutan tetapi beberapa rakannya terpaksa menyewa kereta sapu atau teksi dengan bayaran RM7 satu hala untuk membawa barang jualan ke pasar baru.
“Jika sebelum ini kebanyakan peniaga dari pedalaman menaiki kereta api dan mengupah orang untuk membawa barang jualan ke pasar tani, tetapi kini kos pengangkutan semakin meningkat sekali ganda,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Siti Rohani berkata, selama berniaga 10 tahun di pasar tani itu, ini adalah kali pertama jualannya agak kurang.
“Pada kebiasaannya jualan akan habis menjelang 11 pagi, tetapi jualan masih habis sehingga jam 12.30 tengah hari,” katanya.
Menurutnya, keadaan itu disebabkan kebanyakan pembeli sukar ke pasar tersebut kerana lokasinya jauh berbanding pasar lama.
“Pasar lama terletak di tengah-tengah bandar dan orang kampung yang naiki bas atau kereta api mudah berjalan ke pasar tersebut.
“Tetapi kini mereka terpaksa menyewa teksi dengan bayaran yang tinggi,” katanya.
Keadaan tersebut katanya, meruncing apabila Terminal Anggerik masih belum beroperasi.
Seorang pembeli pasar tani, Che Him Che Mat, 39, berkata sekiranya terminal tersebut sudah beroperasi pasti segala masalah berkenaan pengangkutan dapat diatasi.
“Pembeli yang mempunyai kenderaan sendiri pasti tidak mempunyai masalah ke pasar tani, tetapi bagaimana dengan orang kampung yang menaiki kereta api dan bas. Pasti mereka sukar ke pasar ini,” katanya.
Terminal Anggerik dan Pasar Bunga Cengkih itu dirasmikan sebulan lalu - Sinar Harian Pahang
2 ulasan:
itu ler lepeh,bawaan diketuakan oleh orang tak berkelayakan menerajui MDL. Cuma Pen/S/Usaha. Ikut suka hati. Lepeh ada banyak bandar . Ada bandar lama,ada bandar baru(Tapak Balai Polis),Bandar Taman Perwira,Bandar Batu Dua,Bandar Centrepoint dan ada yang terbaharu Bandar Baru Seberang Sungai. Susah orang kampong nak gi sana dengan bas. Bas pun susah nak pusing.....aalamat kena pusing kot bulatan ikan ler. Tak pe Puan 122 boleh hapuskan bulatan itu. Memang keja dia, buat ,buang dan bina baru(4B). Itu paling pakar olehnya. Tengok umah dia....Gaji katakan tiga ribu.....Huuuuuuuuuu.
sian orang kampong.....jual tak laku. Apa MDL buat. buat-buat tak tahuler. Sewa tapak mesti masyuk....masyuk. Perduliapa ngan rakyat......
Mikta le kepimpinan baru Arm No ni jenguk-jengok le masalah rakyat. Tuan DO baru juga tolong turun padang lihat keaadaan.
Orang Lepeh tak bertambah tapi bandar bertambah. Felda Kechau 2 hingga 11 bubuh-bubuh dengan peneroka. itu harapa n oramh Lepeh kepada bakal PM yang juga kelahiran Lepeh. Kalau penuh diRancangan itu,keh ingat Lepeh lebih Maju dari bandar Jerantut dan jadi macam Bandar Temerloh.
Cuba bayangkan cuma ada satu buah kolah dalam Gugusan Felda Kechau yang ada 11 peringkat...iaitu SK (LKTP) Kechau satu. itu pun dengar cita murid dan berkurangan.
Kalau setiap peringkat ada pertambahan ,cuba bayangkan apa jadi pada lepeh. Untuk YB Aman....tu banyak orang BN di Kechau 2 hingga 11 jika diisi.
untuk Bakal PM anak Lepeh,berbalik kepada hasrat ayahanda Almarhum Tun Abdul Razak......Ujudnya FELDA untuk rakyat tak bertanah. Kembalilah ke Pangkal Jalan. Itu pun kalau kita hendak berkat dengan doa-doa orang miskin bukan hanya segelintir orang-orang kaya yang menerajui Felda Plantation.
Maju Lepeh Maju..YB Aman,YAB Najib, Ini tugas kamu. YB Sharom dan YB Soffi tolong bantu.
Insyaalah kami memberi komitmen yang tinggi......Puan 122 kalu tak mahu dibenci...tolong batu naikkan taraf lipis. Kalau boleh balik semula pusat pentadbiran pahang yang telah hilang sejak tahun 1965 dulu.
"betul...! manusia ni kalau dia benci Orang cerdik dia tolak, sebangsa sendiri dia tolak, Parti berjasa kat dia, dia tolak so jangan bagi orang(pengundi) benci". Sebab apa orang benci kat pemimpin, lu fikir la sendiri.
Catat Ulasan