Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain ia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen.
Ia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari tanah untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah.
Ini adalah bunga rafflesia yang hanya perlu menyerap nutrisi daripada perumahnya, yang mana perumahnya juga ialah tumbuh-tumbuhan lain.
Sebelum in raflesia yang merupakan bunga terbesar di dunia pastinya sudah sinonim dengan negeri Sabah hingga menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.
Namun kini bunga aneh ini telah wujud di Lata Jarum di Pahang yang sekali gus menjadi anugerah berharga kepada Pahang khususnya di Raub.
Pengawas Hutan Raub, Zainudin Mahmud,58, berkata, bunga raflesia yang tumbuh di sini apabila berkembang mempunyai saiz sebesar tayar kereta dan sangat cantik dengan variasi lima kelopak.
" Keunikannya menjadi tarikan pelancong domestik dan luar yang kini boleh menyaksikan sendiri bunga itu di depan mata di Taman Eko Rimba di sini.
"Dengan puluhan kudup atau tunas bunga itu yang tumbuh mekar di sini telah menarik lebih 300 pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk menikmati panorama tersebut bermula awal tahun ini,"katanya di sini, baru-baru ini
Menurutnya dengan sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung beliau menjangkakan lebih 2,000 pengunjung akan mengunjungi Lata Jarum menjelang akhir tahun ini
Jelasnya, orang ramai yang berminat mengunjung Bunga Rafflesia perlu menghubungi Jabatan Perhutanan Raub untuk mendapat permit khas dengan bayaran RM10 seorang.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, kewujudan bunga Rafflesia di Lata Jarum melengkapkan kemudahan rekreasi di kawasan itu yang dikenali dengan lokasi perkelahan keluarga.
Katanya , berdasarkan kepada potensi yang ada pihaknya akan menghantar satu kertas kerja kepada kerajaan negeri dan permohonann khas supaya mendapat perhatian Kementerian Pelancongan dalam mempromosikan dan mempopularkan lagi kawasan rekreasi itu.
"Di Raub bukan sahaja terkenal dengan Bukit Fraser, durian Musang King, sambal hitam tetapi amat dikenali sebagai pusat perkhelahan keluarga di Lata Jarum, Pulau Chekas, Jeram Besu, Lata Lembik, Jeram Bangking,"ujarnya.
FB Salehudin Mat Rasad
Bunga Raffiesia |

1 ulasan:
If you're trying to lose fat then you have to start using this brand new custom keto meal plan.
To create this keto diet, licenced nutritionists, fitness couches, and chefs joined together to provide keto meal plans that are powerful, painless, economically-efficient, and enjoyable.
Since their first launch in 2019, hundreds of people have already completely transformed their body and well-being with the benefits a great keto meal plan can provide.
Speaking of benefits; clicking this link, you'll discover 8 scientifically-proven ones given by the keto meal plan.
Catat Ulasan