responsif teks foto

Selasa, 31 Mac 2020

Industri getah dan kelapa sawit bantu penularan Covid-19

cerita dari Lipis Getah

Industri getah dan kelapa sawit di Malaysia kini menjadi tumpuan ekoran penularan wabak COVID-19 yang melanda hampir seluruh dunia dengan rekod jangkitan virus itu melebihi setengah juta kes.

Ini berikutan Malaysia, merupakan antara pembekal utama untuk barang keperluan perubatan berasaskan dua bahan berkenaan yang menjadi penyelamat kepada dunia. Malah, negara ekonomi terbesar dunia turut memuji produk keluaran Malaysia itu.

Malaysia pengeluar sarung tangan getah dunia

berdasarkan status twitter daripada Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Malaysia, 65 peratus atau 225 bilion helai sarung tangan yang digunakan oleh barisan saintis, doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan, diimport dari Malaysia.


Meskipun beberapa bulan lepas, pihak Kastam dan Perlindungan Sempadan AS bertindak menyekat import sarung tangan getah pakai buang keluaran syarikat, WRP Asia Pacific Sdn Bhd (WRP) yang berpusat di Sepang, negara itu kini terpaksa menarik balik sekatan berkenaan pada 23 Mac 2020, berikutan peningkatan permintaan serta kekurangan bekalan susulan penularan wabak COVID-19.
Penghasilan sarung tangan getah oleh WRP hanya mencecah tiga bilion helai manakala keperluan AS terhadap sarung tangan getah adalah sebanyak 170 bilion helai iaitu 32 peratus daripada jumlah permintaan dunia.

Ekoran permintaan yang tinggi terhadap sarung tangan getah, Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) terpaksa memohon kepada pihak kerajaan untuk kelonggaran beroperasi pada kapasiti penuh walaupun di tengah-tengah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan

Menurut Presiden MARGMA, Dennis Low, pihaknya perlu memastikan bahawa bekalan sarung tangan getah dapat dipenuhi terutama untuk kegunaan kakitangan hospital dalam usaha memerangi penularan wabak COVID-19.

Kebenaran operasi ini dijangka dapat menyumbang kira-kira 225 bilion helai sarung tangan, iaitu kira-kira 65 peratus daripada keseluruhan keperluan dunia pada tahun ini.

Minyak Sawit berperanan bantu dunia bendung COVID-19

cerita dari lipis Kelapa Sawit

Minyak sawit boleh digunakan sebagai pengganti kepada bahan surfaktan berasaskan petroleum untuk tujuan pembuatan sabun dan pencuci. Hal ini menjadikan bahan itu berperanan dalam membantu dunia membendung wabak COVID-19.

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, minyak sawit bukan sekadar boleh membersihkan tangan dan pakaian tetapi juga membunuh virus COVID-19.

Malaysia sebagai pengeluar utama minyak sawit secara putara mengeksport kira-kira 20 juta tan minyak sawit mentah. Walau bagaimanapun, penganalisis bimbang pengeluaran komoditi itu akan terjejas sekiranya wabak COVID-19 masih berlarutan.

Dalam kita mendepani wabak COVID-19, Malaysia secara tidak langsung memainkan peranan penting dalam membekalkan barang keperluan perubatan dunia. Kedua-dua industri ini sangat diperlukan dan kita harus menyokong dengan patuh kepada arahan PKP dan memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19

Sumber: Astro Awani


6 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Tapi harga getah tak naik2.

Nan Zul berkata...

Hari ni harga getah skrap RM 1.60 sekio.."

Mohd Fairuz berkata...

Asslam, bang nan zul.
Saya Ada tanam pokok getah benih risda,
sekarang usia pokok 6 tahun/
Luas kawasan 2 ekar
Jumlah 400 pokok.

Pokok getah saya ni Ada besar Ada kecil.
Semalam saya ukur lilit atas 45 cm= 37 pokok je.
Ukur lilit 38-43 cm ada dalam 120 pokok.
Yang lain Tu 30-38cm.

Ada Cara tak nak bagi barang pokok besar.
Baja bagi Sama rata je.

Nan Zul berkata...

sunat kan pokok dengan toreh depan, belakang mengunakan pisau lipat dari atas hingga kebawah,

Mohd Fairuz berkata...

Tak paham bang caranya.

Contoh : Pokok getah menghadap saya guna pisau lipat ikut ketinggian saya 170cm Dari paras saya buat satu garis lurus terus kebawah tanah. Depan Dan belakang.

Kedalaman garis dia halus he macam mana?

Tak pernah buat bang?

Nan Zul berkata...

Kedalam sampai ada rasa kena ke batang pokok getah tarik sampai ke bawah.. "

AddToAny