responsif teks foto

Sabtu, 13 Jun 2020

Argopreneur Muda… Pertanian Untuk Golongan BELIA



APA ITU PROJEK AGROPRENUER MUDA?

1. Tahukah anda kerajaan melalui MOA ada menawarkan program Agropreneur Muda yang boleh dipilih dan dipohon oleh para golongan belia yang mempunyai tanah atau kawasan yang sesuai.

2. Tiga jenis BANTUAN yang diberikan iaitu Geran Agropreneur Muda (GAM) bernilai RM20,000 (sektor tanaman), pembiayaan Agrobank – RM 50,000 hingga RM 200,000/, pembiayaan TEKUN Nasional – Sehingga RM 50,000/projek dan Khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif.

3. Program ini diwujudkan di dalam perlaksananaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) untuk golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun.

4. Ianya bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan anak muda dalam bidang keusahawanan agro dalam sektor pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan.

5. Objektif Program Agropreneur Muda adalah menarik golongan muda berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.

6. Selain itu, mengubah persepsi dan mentaliti lama golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju dan sumber kekayaan baharu.

7. Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran,  kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif.

8. Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (2011 – 2020).

SYARAT-SAYARAT PERMOHONAN 

1. Warganegara Malaysia. Berumur 18 – 40 tahun sahaja. Boleh menulis, membaca dan mengira.

2. Individu yang baru memulakan projek, wajib ikut program latihan teknikal yang diiktiraf oleh MOA.

3. Individu yang mempunyai sijil spm/Diploma/Ijazah boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan mengikuti program latihan teknikal.

4. Keutamaan kepada individu yang mempunyai kemudahan tanah dan permis sedia ada. Geran ini adalah satu bentuk pembiayaan oleh pihak MOA, yang mana TIDAK perlu dibayar semula oleh pemohon yang berjaya.

5. Dokumen yang dilengkapkan hendaklah di hantar ke agensi MOA sebelum tarikh tutup permohonan.

6. Tawaran permohonan adalah terhad. Hanya pemohon yang layak sahaja dipilih selepas tapisan. Permohonan dianggap gagal selepas 3 bulan jika tiada tindak balas mengikut fasa.

7. Pemohon yang gagal boleh buat permohonan baru pada fasa berikutnya. 8. FASA 1 (1-31 Januari 2019) FASA 2 (1-31 Mei 2019) FASA 3 ( 1-31 September 2019). Untuk info permohonan tahun 2020, sila hubungi no. 03-88701234/03-88701235
Jadi apa tunggu lagi, cepat-cepat buat permohonan ye. Jangan lepaskan peluang yang terhidang di depan mata.

CARA UNTUK MEMOHON:

1. Pemohon boleh membuat permohonan di Pejabat jabatan/agensi daerah di bawah MOA atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), MAFI (Negeri Sabah) atau MANRED (Negeri Sarawak) yang terdekat.

2. Anda juga boleh layari Link : https://www.moa.gov.my/agropreneur-muda untuk download borang permohonan secara online, mengetahui jenis-jenis bantuan yang disediakan dan mekanisma pelaksanaan.

3. Sekiranya ada persoalan berhubung Program Agropreneur Muda ini, tuan/puan boleh menghubungi melalui :

ALAMAT: 

1. Unit Agroprenuer Muda, Aras 1 Wisama Tani, No 28, Persiaran Perdana, Presint 4, 62624 Putrajaya.

2. No.Tel: 03-88701234/03-88701235 / Emel : uam.agropreneurmuda@gmail.com / Web : www.moa.gov.my

3. Facebook : https://www.facebook.com/AgroyouthMOA/ / Twitter : @agroyouthmoa / Instagram : @agroyouthmoa

Seiranya anda rasa artikel ini bermanfaat jangan lupa SHARE di fb terima kasih –  sifudurian
Sumber dari Portal rasmi KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN

https://www.moa.gov.my/agropreneur-muda

Borang untuk di Download




2 ulasan:

miao sai berkata...


agen365 agen jud! online terpecaya dan teraman di indonesia :)
WA : +85587781483

Logik Tangkas Renovation & Engineering berkata...

saya berminat untuk menyertai agropreneurmuda.

AddToAny