responsif teks foto

Jumaat, 26 Jun 2020

Pekan Sehari dibuka


Susulan pembukaan semula pasar malam dan pekan sehari di kuala Lipis  bermula 26 Jun 2020(Jumaat) hari ini.  Di Dataran Orang Kaya Haji , pihak Majlis Daerah Lipis menjalankan kerja-kerja menanda aras dan persedian prosedur operasi standard (SOP).

Pasar Malam
  • Tarikh : 26 Jun 2020 (Jumaat)
  • Masa : 3:00 petang hingga 9:00 malam
  • Tempat : Dataran Orang Kaya Haji Kuala Lipis.
Pekan Sehari
  • Tarikh : 27 Jun 2020(Sabtu)
  • Masa : 7:00 pagi hingga 12:00 tengahari.
  • Tempat : Dataran Orang Kaya Haji Kuala Lipis.

Perniaga perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh MDL iaitu setiap gerai di tapak niaga perlu disusun atur dengan jarak 2.5 meter antara satu sama lain. Selain mengamalkan langkah keselamatan dan kebersihan, peniaga juga tidak boleh mengambil pekerja asing

Selain peniaga, pengunjung juga perlu menjalani norma baharu yang digariskan dalam SOP.
Pengunjung bolehlah membuat dan merancang lebih awal sekiranya ingin ke pasar malam atau Pekan sehari  supaya dapat  mematuhi SOP seperti berikut, antaranya:

• Orang ramai perlu memuat turun aplikasi MY SEJAHTERA, PahangGo dan mendaftar maklumat diri
• Menjalani saringan suhu badan sebelum memasuki tapak niaga
• Membasuh tangan atau Menggunakan hand sanitiser dan digalakkan menggunakan pelitup muka
• Pengunjung yang mempunyai suhu melebihi 37.5° C dilarang sama sekali memasuki kawasan tapak niaga
• Masuk dan keluar di kawasan pasar mengikut laluan yang ditetapkan
• Mengikuti laluan perjalanan yang ditetapkan di tapak pasar

#Pahang1st
#MajuTerusPahang
#LipisBersihHijauDamai
#bandarwarisansejarah

Pasar malam 3:00 petang hingga 9:00 malam



1 ulasan:

miao sai berkata...

cuma di sini agen jud! online dengan proses yang sangat cepat :)
ayo segera daftarkan diri anda di agen365 :)
WA : +85587781483

AddToAny