responsif teks foto

Sabtu, 4 Julai 2020

Keputusan PRK N.23 Chini


JUMLAH PENGUNDI
20,972

BN - 13,872 (MENANG)

BEBAS - 1,222

BEBAS - 137

MAJORITI -12,650

PERATUS KELUAR MENGUNDI - 73.87 PERATUS

Tahniah saya ucapkan kepada Sdr Mohd Sharim Md Zain, calon BN kita, atas kejayaan memenangi PRK N23 Chini pada hari ini.

Kejayaan ini tentulah hasil usaha dan sokongan pelbagai pihak tidak kira yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Terima kasih juga kepada para pengundi yang telah memilih calon BN sebagai nadi suara Tuan-tuan dan Puan-puan.

Saya doakan agar Sdr Mohd Sharim dapat menjalankan tugas sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab dan mampu meneruskan legasi perkhidmatan cemerlang Allahyarham Dato’ Sri Abu Bakar Harun.

Muafakat Demi Kestabilan!

Wan Rosdy bin Wan Ismail




Analisa PRK N23 Chini

PRK CHINI: LIMA ISYARAT RAKYAT MENUJU PRU-15

PERTAMA, rakyat memberikan BN dan Muafakat Nasional kepercayaan dan undi mereka dengan lebih tinggi untuk BN meraih kemenangan besar dengan majoriti 12,650 undi, iaitu tertinggi dalam sejarah DUN Chini.

Calon BN PRK DUN Chini, Sharim Md Zain memperoleh 91% daripada keseluruhan undi atau 13,872 undi daripada keseluruhan 15,231 undi.

Ini adalah rekod luar biasa jika dibandingkan dengan pencapaian BN dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini di Chini (dan di seluruh negara):


  • Keputusan pilihanraya DUN Chini:
  • PRU-11 (2004): 69.9% undi kepada BN
  • PRU-12 (2008): 70.2% undi kepada BN
  • PRU-13 (2013): 72.6% undi kepada BN
  • PRU-14 (2018): 60.8% undi kepada BN
  • PRK Chini (2020): 91.1% undi kepada BN


Ia menunjukkan isyarat bahawa rakyat semakin cenderung kepada BN dengan formula penyatuan UMNO-PAS dalam Muafakat Nasional.

KEDUA, jumlah turun mengundi yang mengatasi sasaran Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan rakyat bersemangat untuk memberikan mandat kepada BN dan MN.
SPR mensasarkan hanya 70% akan keluar mengundi berikutan kekangan wabak Covid-19.
Bagaimanapun, jumlah turun mengundi mengundi sebenar adalah seramai 74% daripada keseluruhan pemilih berdaftar.

Ia menunjukkan isyarat yang rakyat begitu bersungguh mahu menyatakan ‘suara’ mereka melalui peti undi, meskipun terkekang dengan situasi semasa seperti wabak COVID-19.

KETIGA, kebanjiran jentera dan penyokong BN dan MN yang ramai menunjukkan jentera parti mempunyai semangat dan moral yang tinggi.

Meskipun DUN Chini merupakan kubu kuat BN dan telah dijangka menang, namun jentera BN dan PAS dengan semangat Muafakat Nasional dari serata negara tetap menggembeleng tenaga habis-habisan datang berkempen bersama jentera tempatan.

Ia menunjukkan isyarat yang jentera dan penyokong begitu berkobar-kobar mahu menyertai pilihanraya dan bersungguh mahu memenangkan parti.

KEEMPAT, kemenangan kali keenam pilihanraya kecil berturut-turut sejak 2019 adalah trend dan momentum yang baik untuk BN dan MN menuju PRU-15.

BN dengan muafakat bersama PAS telah memenangi kesemua enam pilihanraya kecil berturut-turut dengan peningkatan jumlah undi.  Lebih luar biasa, dua kerusi PH telah berjaya ditawan semula oleh BN iaitu DUN Semenyih dan Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti besar iaitu 1,914 dan 15,086 undi.

Ia menunjukkan isyarat bahawa BN dengan formula Muafakat Nasional adalah disenangi rakyat dan sedang dalam momentum besar untuk Pilihanraya Umum ke-15.

KELIMA, BN berani mengenengahkan muka-muka baharu untuk menang pilihanraya.
Dalam siri pilihanraya-pilihanraya kecil selepas PRU-14, BN telah mengenengahkan ramai muka baharu sebagai calon.

Antaranya Ramli Mohd Noor (Parlimen Cameron Highlands), Zakaria Hanafi (DUN Semenyih) serta Mohd Sharim Mohd Zain (DUN Chini), yang kesemua mereka telah menang.

Ini adalah isyarat bahawa BN sedia membariskan ramai muka baharu dalam PRU-15 akan datang bertepatan dengan kehendak akar umbi dan rakyat.

Pemerhati Politik
5 Julai 2020




2 ulasan:

Cikgu Badar berkata...

Majoriti besar tu

Warisan Petani berkata...

Tahniah calon yang menang

AddToAny